Nak Buat Kayu Buih 'Bubble Wand' DIY Seperti Di Kedai? Ini Caranya!

kayu buih bubble wand diy tutorial cara

Dear mak-mak, korang pernah tak alami kebingungan tentang bagaimana nak buat bubble wand seperti yang kita selalu sewa kat taman-taman tu?

Jenuh ku Google macam mana nak buat macam dorang buat-- mana nak dapat besi dia, tube dia yang warna-warni tu. Tapi takde sorang pun reveal cara nak buat tu online haha takpe... Kita buat hack!

Bukan apa, seems like dorang punya tu jauh lebih kukuh, tahan lasak, stabil dan selamat, berbanding kalau kita setakat buat pakai dawai bodo je kan?

Well today I'm going to show you how to make a bubble wand yang almost exactly macam yang kat taman-taman tu, tapi takde lah 100% serupa. Korang hanya perlu buat air sabun tu sendiri dan once dah buat kayu buih ni, anak-anak boleh main sampai boring dan poket mak pak pun tak kering, yeayyy!


BAHAN-BAHAN

kayu buih bubble wand diy tutorial cara

1. Pemotong dawai 
2. Tukul / anak lesung
3. Gunting

Lagi tiga bahan berikut aku beli kat Mr. DIY je:

4. Dawai pengikat tanaman getah hijau (+/- RM3)
5. Penggaru plastik batang besi (+/- RM0.81 sebatang)
6. Cloth tape warna hijau (+/- RM1.65)

Batang penggaru tu aku beli 6 batang untuk anak-anak buah sekali. So total kos = RM9.51

Ok lah kan untuk dipakai budak-budak berkali-kali-- sangat cost effective, lagi-lagi jika korang tau macam mana nak buat sabun tu sendiri! 

Aku terlebih rajin ni pun sebab nak buat family day tak lama lagi, saje nak bagi aktiviti tambahan untuk budak-budak nanti (cecair sabun dah ready awal), sementara mak pak membawang hehe. 


CARA-CARA

1. Potong dawai pengikat tanaman sepanjang lebih kurang 50cm, menggunakan pemotong dawai.






2. Cabut keluar kepala penggaru daripada batang besinya. 
 




3. Dawai pengikat tanaman yang telah dipotong tadi dibentuk menjadi bulatan dan simpulkan hujung dawai seketat yang boleh (agar senang dimasukkan ke dalam kayu besi nanti).






4. Masukkan dawai ke dalam batang besi. Getah pada dawai akan membuatkannya sukar untuk tercabut dari batang besi. 






5. Gunting sedikit 'cloth tape' dan lekatkan di sekeliling hujung kayu besi (antara besi dan dawai) agar bahagian tersebut lebih kukuh dan selamat dari apa-apa kesan tajam yang merbahaya kepada kanak-kanak. 






6. Ambil tukul dan ketuk di bahagian yang telah dilekat dengan 'cloth tape' tadi. Kalau tengok pada gambar kedua boleh nampak besi lebih tirus di hujung selepas diketuk. Ini bagi memastikan bahagian tersebut lebih kuat dan dawai tidak mudah tercabut. 






Siappppp!
kayu buih bubble wand diy tutorial cara

Ulasan

Ikuti Saya

What Do You Think?

Artikel Popular