Review Orchid Homestay, Cameron Highlands


Kampung Taman Sedia. Pernah dengar tak?

Haaaa kat sini lah terletaknya Orchid Homestay tempat penginapan kami untuk Family Day baru-baru ni.

Menariknya, Kampung Taman Sedia ni merupakan perkampungan Melayu di Cameron Highlands yang mengusahakan pelbagai aktiviti pelancongan seperti penginapan, ladang strawberry, restoran dan lain-lain.

Di kampung ini korang akan dapat lihat rumah-rumah desa dengan landskap tipikal Cameron Highlands-- bunga-bungaan berwarna-warni, strawberry dan iklan makanan yang menyajikan pelbagai menu berasaskan strawberry (kambing bakar strawberry pun hado weyyyy erkk...๐Ÿ˜‚)

Example of the overuse of strawberry here: Nasi Lemak Strawberry hehe.


Orchid Homestay
Agak-agak sape je yang suka bunga orkid?

Golongan veteran la biasanya kan hehe. Tapi worry not, nama dia je orchid tapi takde bunga orkid pun sini haha.


So itulah yang korang boleh expect dengan pengalaman menginap di Orchid Homestay, tempat ni memberi ketenangan kepada golongan veteran khususnya di mata aku, sebab strawberry tu ditanam betul-betul depan pintu bilik korang. Mak-mak pastinya suka, sambil-sambil hirup kopi makan kuih membawang, wewww! Tapi strawberry tu bukan untuk dipetik tauuu, tu hanyalah lanskap semata-mata, lagipun owner pakai buah-buah tu untuk perniagaan jem dan aiskrim beliau, so nak petik pegi tempat lain hokay!


As I mentioned earlier, pemandangan homestay tu nanti adalah strawberry dan bunga-bungaan. Anda yang betul-betul into gardening, flowers, strawberries and grapes akan suka dengan tempat ni... Whattt? Grapes?



Yessss you heard that right, di sini juga ada tanaman anggur ditanam sebagai lanskap (see pics below)! Unfortunately waktu kami ke sana buah anggurnya semua belum masak lagi. Menurut owner, anggur-anggur tu akan masak biasanya pada hujung bulan Februari-Mac.

Pokok menjalar atas tu kalau diperhatikan betul-betul sebenarnya adalah pokok anggur yang penuh dengan buah belum masak


Ruang Dalam dan Kemudahan Homestay
Di kawasan homestay ni ada beberapa buah rumah (dipanggil pintu), berbentuk kuarters, semua menghadap ladang strawberry tu.

Pemandangan pintu rumah penginapan yang berhadapan dengan tanaman strawberry

Rumah penginapan kami terdapat 3 bilik dan 2 bilik air (bilik mandi dan tandas berasingan). Dapur terletak di luar dan tiada akses dari dalam rumah untuk ke dapur tu, so kena pakai selipar, tapi sebelah je pun, siap ada tingkap in between dapur dan ruang tamu.


Kos adalah RM300 untuk 1 malam. Maximum penginap adalah 10 orang termasuk kanak-kanak.

Terdapat dua bantal, 1 selimut, 1 toto dan 1 sejadah disediakan dalam setiap bilik.

Dah tau tempat tu sejuk kan, haaa bawak la selimut dan bantal extra, jangan jadi macam kitorang. Menggigil tido malam pertama tu, sejuk lain macam sampai ke tulang sum-sum kahkah! Sampai mengigau-ngigau anak aku dibuatnya, adoilaaa...๐Ÿ˜…

Dalam dapur pulak ada peti ais, kuali, periuk, pinggan dan cawan. Tiada rice cooker.


Tapi sekiranya korang ramai dan memang plan untuk masak sendiri, aku nasihatkan bawalah extra pinggan, cawan, sudu, garfu dan senduk sebab sikit sangat jumlahnya di sini, nak merewang payah sikit, apatah lagi nak makan ramai-ramai.

Selain rice cooker, seterika juga perlu dibawa sendiri sebab pihak pengurusan tak sediakan. Tapi sekiranya seterika tertinggal, ada sebuah bilik seterika disediakan di sana yang boleh dipakai, tapi of course, it's better kalau dapat menggosok baju dalam rumah penginapan sendiri kan?

Selain yang ni, ada juga rumah 2 bilik (RM250 satu malam), atau ruang bilik yang memisahkan antara lelaki dan perempuan (tak sure macam mana la rupanya).


Ruang Santai dan BBQ
Sekiranya korang mengharapkan sebuah taman yang luas untuk aktiviti family day, maka korang berada di tempat yang salah ๐Ÿ˜‚

 

Sebabnya ruang santai yang disediakan hanyalah ruang untuk makan-makan dan barbeku, tiada taman yang terbentang luas atau padang di sini.


Tapi... satu pengalaman baru bagi kami sebab ruang santai ni dihiasi gugusan-gugusan anggur di atas kepala dan strawberry di tepi hehe. Pengalaman yang susah nak dapat, so kalau korang tak perlukan padang yang luas then tempat ni sesuailah untuk korang yang setakat nak berkumpul dalam suasana kekampungan di Cameron Highlands. Di sini jugalah kami berkaraoke tapi terpaksa nyanyi slow-slow jelah, takut penginap lain marah pula kitorang buat bising๐Ÿ˜

Anyway, disebabkan tiada padang, maka kami mengambil inisiatif sendiri untuk melaksanakan aktiviti sukaneka family day Omar di padang yang berhampiran (4km perjalanan) dari Orchid Homestay, iaitu Taman Pertabalan Tanah Rata.

Sekiranya korang nak buat macam kitorang, aku suggest korang buat awal pagi lebih kurang jam 7:30am atau 8am, sebab taman ni akan mula dikunjungi orang ramai bermula jam 10am. Lagipun matahari akan mula terik waktu tu so lebih baik korang mulakan awal pagi. Disebabkan kitorang start lambat, so agak payah juga nak buat kecoh sebab orang ramai tengok... Malu, haha!





 














Kemudahan Berhampiran

Disebabkan kedudukan Orchid Homestay ini terletak di tengah-tengah antara Tanah Rata dan Brinchang, dah tentu lokasinya agak strategik untuk ke mana-mana.

Bahkan sekeliling homestay ini juga terdapat banyak restoran, so agak seronok untuk diterokai. Malangnya kedai runcit je yang jauh sedikit (atau mungkin aku yang tak perasan?) so kami terpaksa ke kawasan Ringlet atau Tanah Rata sekiranya nak ke kedai runcit atau bank.

Oh, kepada korang yang who-knows-when, tiba-tiba perlukan kek malam-malam untuk sambut birthday di sana (macam kitorang๐Ÿ˜‚) dan tercari-cari kedai kek halal berhampiran yang masih buka, jangan risau! Aku secara tak sengajanya terjumpa satu kedai kek Melayu yang Alhamdulillah sedap juga keknya, di Tanah Rata sana. Nama kedai tu Manisz Delights, aku dah tolong tandakan dalam Waze untuk korang cari, you're welcome ๐Ÿ˜Š


Jam pukul 9:09pm waktu aku sampai sini, kek banyak dah habis tapi yang bestnya kedai masih buka dan ramai juga pembeli.






Kesimpulannya, aku bagi tempat ni 3/5 bintang. Cantik, yes, but less that I expected.

Tapi jangan terpengaruh dengan rate aku ni, ini hanyalah pandangan peribadi aku. Expectation tinggi sangat kot, tapi berpadananlah dengan harga kan?

Apa-apa pun aku sangat-sangat berterima kasih kepada owner Orchid Homestay ni sebab terima keluarga kami yang besar ni untuk menginap di rumah tu walaupun hanya ada 3 bilik. Kalau kami tak berapa ramai, ikutkan memang selesa tapi tulah, bajet tak berapa mengizinkan untuk sewa 2 rumah ๐Ÿ˜‚ Terima kasih Pakcik yang baik hati, moga kita berjumpa lagi!

Comments