Review Bufet Ramadhan: Cita Rasa Muhibbah, Shah Alam Convention Center (SACC)

Assalamualaikum hai korang! Ya Allah, lamanyaaaa dah tak bersiaran dalam ni, rindulah nak membebel. Sejak masuk kerja semula ni life aku memang sedikit hectic, tapi tetap nak curi masa berceloteh hehe.

Alhamdulillah masih dipanjangkan usia untuk menyambut Ramadhan lagi tahun ni. Moga tahun ni lebih bermakna dan diterima segala amal ibadat kita.

Cakap pasal Ramadhan, tak sah la kalau kita tak bincang perihal apa / mana nak berbuka, betul tak? So di kesempatan ini, aku nak beri setinggi penghargaan kepada pihak SACC yang telah menjemputku untuk merasai sendiri menu hidangan bufet Ramadhan mereka yang menarik, dibuat khas dari dapur SACC. Tahniah juga buat pihak SACC yang memberi servis terbaik sepanjang event ini, aku yakin para penjamu selera bufet nanti juga akan diberi layanan baik yang sama.


Minah lokal & mat saleh sama-sama cari makan ðŸ˜†

Buat korang yang dok Shah Alam (juga dikenali sebagai syurga makanan), apa kata korang rasai sendiri pengalaman berbuka dengan hidangan bufet Ramadhan di Pusat Konvensyen Shah Alam SACC yang berlangsung selama 26 hari bermula dari 25 Mac hingga 19 April 2023.


Hidangan Bufet Selera Masyarakat Majmuk Malaysia

Korang mesti nak tau apa je makanan yang ada kan? Dengan bertemakan ‘Cita Rasa Muhibbah’, hidangan juadah adalah kompilasi selera masyarakat majmuk Malaysia dengan gabungan lebih daripada 100 sajian menarik dari dapur SACC. Ehh, macam-macam lah! Ada Ayam Tikka Masala, Sotong Goreng Cili Kering, Daging Salai Masak Lemak, Ikan Stim Ala Nyonya, Apam Balik, berbagai jenis kerabu, ABC, Cendol, Rojak dan of course: KAMBING GOLEK NASI KEBULI! Dah serupa bazar Ramadhan 😋



Bau dia... MasyaAllah....😋

Untuk memudahkan korang pilih makanan, semua hidangan ni disajikan di gerai-gerai yang diberi gelaran, seperti ‘Gerai Chowrasta’, ‘Gerai Apam Beratur’, ‘Gerai Nyonya Kari Noodle’, ‘Gerai Putu Mayam& Kari Ayam’, ‘Gerai Cendol / ABC’ dan macam-macam lagi, tak cukup nafas nak sebut 😅


My Personal Opinion

Sejujurnya aku tak tau nak express macam mana… Bagi aku semua menu dia sedap, I have no complain! Orang yang kenal aku memang tau aku ni sejenis susah nak puas hati kadang, tapi kat sini bagi aku makananan dia semua sedap belaka. Kudos to the Executive Chef, Chef Rizal Nahar and team! Dari pembuka selera hingga ke menu utama, air minuman, pencuci mulut dan biskut raya yang dihidangkan, semuanya berasa dan lazat. Pakal je perut aku ni kecik (kecik ke?) hahaha.

Air laici biru. Air pun sedap, huwaaaa...

Kalau korang tanya mana yang paling sedap ikut tekak aku pastinya aku pilih Kambing Golek Nasi Kebuli ni hehe. Lembut, berempah, berasa fuhh… aroma dia dari jauh dah boleh bau, dipadankan pula dengan nasi kebuli yang menyelerakan ni, adoiii ngencessss! Kalau korang nak tau, Nasi Kebuli ni secara umumnya merupakan warisan santapan dari dapur istana. Kira, makanan DiRaja lah, so orang kata agak susah nak jumpa nasi ni dijual kat luar.

Selain itu, Ayam Tikka Masala dia pun bagi aku sedap sangat! Very the berempah and creamy, which I loike. Aku boleh samakan rasa dia lebih kurang macam ayam masak kicap tapi lebih sedap, mungkin disebabkan krimnya. Also sangat lembut ye sis, aku rasa kat luar susah nak cari ayam tikka masala rasa macam ni.

Aku juga teruja tengok segala kuih-muih dia yang memikat selera. Banyak betul choice, rasa cam nak bungkuih bawak balik 😂


Kesimpulannya dengan harga yang dibayar bagi aku sangat berbaloi, rasa makanan standard hotel 5-star semuanya hasil gabungan kepakaran chef SACC dan ramuan-ramuan istimewa katanya, so for me it's really worth it!


Hiburan Dari Artis Tempatan

Selain pelbagai santapan yang menggiurkan, terdapat juga artis-artis jemputan setiap hari untuk menghiburkan tetamu yang sedang menjamu selera. Muzik yang dimainkan pula bertemakan keroncong dan lagu-lagu Melayu klasik, tenang betul makan di sini.

 

Tempah Cepat!

Tempah awai tak kalut.

Sis nak bagitau ni, korang kalau berminat lekaih pi tempah tempat. Bukan apa berdasarkan pemerhatian aku, dengan promosi besar-besaran dorang ni, dengan kehadiran ramai pihak dari syarikat agensi kerajaan dan swasta hari tu, ramai juga berminat dengan bufet Ramadhan SACC ni. Mana tak, semua cukup lengkap. Makanan complete package dan sedap, tempat duduk selesa, hiburan yang menarik, fasiliti lengkap dan selesa, ada surau di tingkat atas siap boleh tarawih berjemaah lagi, parking pun banyak. Lepas berbuka nak pi shopping Raya pun boleh disebabkan lokasinya yang dikelilingi dengan kedai-kedai baju Raya hehe.

Apa tunggu lagi? Untuk tempahan dan sebarang bertanyaan, sila hubungi: 03-5511 8858, 03-55118813, 013-2502858 atau klik link berikut: https://www.sacc.com.my/ramadan-buffet/

 

Terma dan Syarat:

  • Pembelian yang telah dibuat tidak boleh ditukar dengan nilai wang.
  • Tempahan tempat duduk perlu dibuat minima 3 hari sebelum tarikh kehadiran.
  • Sebarang perubahan tarikh tempahan perlu dibuat 1 hari sebelum atau pembelian akan dikira hangus jika tiada kehadiran pada tarikh tempahan.
  • Untuk makan di Pusat Konvensyen Shah Alam sahaja. Tiada sebarang servis bawa pulang.
  • Harga yang dipaparkan tidak termasuk 6% SST.
  • Hanya sah digunakan di Pusat Konvensyen Shah Alam sahaja.

 

Harga Biasa:

Dewasa                                   : RM 98.00+ (seorang)
Kanak-kanak                           : RM 58.00+ (seorang)
*Umur 7 – 12 tahun.
*Percuma untuk kanak-kanak berumur 6 tahun dan kebawah.

Juga terdapat dalam bentuk Pakej Korporat. Hubungi 03-5511 8858, 03-55118813, 013-2502858 untuk pertanyaan lajut.

Klik link ini untuk senarai menu: Cita Rasa Muhibbah 2023

Klik link ini untuk lihat tarikh yang masih available: Date Available For Reservation

Ulasan

Ikuti Saya

What Do You Think?

Artikel Popular