Review Belian Fave: Suite 2 Bilik Zetter @ Arte Mont Kiara. Ini 10 Perkara Penting Korang Kena Tahu!

Assalamualaikum, hai. 

Korang pernah dengar nama hotel ni? Terletak di Mont Kiara, kalau korang biasa lalu sana mesti senang nak cam sebab bangunannya yang kelihatan sangat unik dan lawa.
Kami menginap di sini hari tu sebab plan asal nak tidur KL selepas balik kerja (kadang ada masa malas nak balik Shah Alam lepas kerja ðŸ˜‚) so cari punya cari, hotel ni jadi pilihan waktu tu. Sajelaaa nak bawa anak-anak merasa tempat baru di hujung minggu.  

Aku dah lama tak buat review hotel lately, tapi tempat ni trigger minat aku untuk menulis semula.

Sebab apa? Haaa teruskan membaca…

1- Cas Tambahan
Untuk anda yang plan nak membeli kupon menginap di Fave, aku nasihatkan baca betul-betul segala info yang ada (klik di ‘See More’) sebab kupon yang dibeli di situ tak boleh dipulang semula tanpa sebab yang kukuh.
Antara sebab aku pilih tempat ni kerana ku lihat harganya (RM158) agak affordable berbanding hotel lain di KL untuk suite dua bilik tanpa sarapan pagi. Tapi selepas beli baru aku perasan rupanya ada cas tambahan RM80 sekiranya hari penginapan termasuk Jumaat-Ahad. Sah-sahlah kena bayar, bila masa la pulak nak menginap weekdays kat area tu kan ðŸ˜‚ So total yang dibayar adalah RM238, serupa harga hotel dekat area KLCC, which is lebih dekat dengan tempat kerja aku, cissss…

2- Buat Reservation (Tempah Tarikh) Awal
Kenapa point ni penting untuk aku? Sebab untuk reserve bilik bagi tarikh tertentu, korang kena bagitau dorang sebulan awal. Macam kami hari tu ingat nak pergi bulan December, sudahnya awal Januari baru dapat pergi disebabkan semua bilik penuh. 
Aku pula tersilap baca dalam info, ingatkan kena buat reservation 7 hari sebelum, rupanya dalam info katanya ‘at least 7 days prior’ (paling lewat 7 hari sebelum). 
Pihak reservation pula kurang responsive, hanya selepas 24 jam baru respon betul-betul dan bagitau aku bilik dah penuh padahal kami dah ready plan. FYI guys, kalau selepas 24 jam bagitau pihak hotel untuk reservation dan pihak hotel tu tak beri respon, kita boleh minta refund daripada Fave ya (aku dah tanya), tapi tak sempat aku nak minta refund kat dorang, Zetter dah respon pulak so lembut sikit hati aku, tak jadi nak kensel ðŸ˜…
Yang ni aku tak faham. Time booking kata penuh, tapi ruang parking punya kosong, kalau park malam jalan sorang-sorang seram jugak. Pastu kereta bawa kemain laju kat sini sebab dia ingat ni ruang pak dia kot kan

3- Dekorasi yang Cantik dan Instagrammable
Ni aku nak puji. Seawal kami jejak kaki ke tempat ni kami agak ternganga sikit sebab bangunan dia cantik dan lain daripada yang lain. Dari jauh kami dah wow sangat. 
Melangkah masuk ke dalam ruang bangunan korang akan dihidangkan dengan hiasan serba moden dan futuristik. Helok laaa untuk korang yang suka bergambar, memang cantik!

#siscuba
Di sini rupanya ada 3 bangunan berbeza (design sama) di mana terdapat juga hotel-hotel lain. Tapi dorang dihubungkan oleh ruang lobi Ground floor yang sama dengan sedikit dekorasi yang berbeza, so memang agak mengelirukan sedikit apabila korang sampai nanti. 
Dari ruang Check In ke pool sehingga ke tingkat atas, ada banyak port menarik untuk korang posing sakan so sediakanlah battery phone yang mencukupi ya.
Ni je la antara gambar-gambar yang sempat kami capture. Ikutkan ada banyak lagi port cantik kat sini yang korang boleh explore:










4- Ruang yang Kecil
Pertama kali ku melangkah masuk ke suite kami of course masih ada rasa wow lagi sebab lawa tapi tak ku nafikan ruangnya sangat kecil. 

Koridor



Master bedroom

Single bedroom

TV terletak di antara bilik

Untuk ibu bapa dengan dua anak, nak melangkah ke hulu ke hilir pun ruang agak terhad walaupun ada dua bilik. Aku rasa ruang sebegini kalau dihuni oleh penduduk sekalipun pastinya dia tinggal berseorangan atau dengan pasangan sahaja. Nak ada anak tinggal sekali dalam ruang tu macam tak cukup udara pula aku rasa ðŸ¥²
Maaf ini pendapat peribadi aku, you may agree to disagree kalau dah pernah pergi.
Tapi secara keseluruhan, suite nya cantik, kemas dan moden..
Dalam suite ni ada dua tandas kecil, satu berada di sebelah pintu masuk dan satu lagi dalam bilik utama.
FYI, yang sebelah pintu masuk tu cuma ada sebiji jamban dan singki sahaja, manakala shower sahaja (tanpa jamban) berada dalam bilik utama. Hehe.. Bagi aku benda ni agak leceh, nak ambil wudhu’ pun payah, so ni antara perkara yang kurang menarik.


Ku pikirkan jamban, rupanya aircond hihi

Tiada berus gigi, ubat gigi atau shampoo disediakan so jangan lupa bawa dari rumah siap-siap.

5- Peralatan dan Kemudahan Suite
Berikut peralatan dan kemudahan yang disediakan:
  • Sofa
  • TV + Netflix
  • Wifi
  • 1 katil queen, 1 katil single (kalau nak tambah katil kena tambah RM30)
  • Mesin basuh
  • Microwave
  • Bar makan dengan meja & kerusi
  • Dapur elektrik
  • Pemanas air minuman
  • Peti ais
  • Kopi, gula, creamer
  • Cawan, pinggan, mangkuk, sudu, garfu & pisau
  • Seterika & papan seterika
  • 3 helai tuala mandi
6- Fasiliti
Cantik sangat kolam mandi di sini, teruja aku tengok! Luas dan warna-warni, ianya terletak di sebelah gym. Kedalaman kolam berdasarkan warna, semakin gelap, semakin dalam. 



Bilik persalinan juga agak selesa, malah ada surau di sebelah bilik persalinan tu. 

Takat lampu changing room pun comel, ala-ala burung bertenggek gitu

Selain kolam dan gym, ada juga lounge lounge lain yang tak sempat ku teroka, seperti Diamond Lounge (kurang pasti tempat apa ni) dan Rainbow Lounge (tingkat 21), iaitu satu ruang cantik yang tertutup, dipenuhi dengan buaian tali. Aku sempat naik ke ruang ni tapi tak sempat nak masuk sebab perlu daftar (SOP untuk menghadkan pengguna). Tapi aku tengok dalam tu umpama berada di alam fantasi pula, memang cantik kalau nak bergambar, rugi betul tak sempat posing dalam tu😂
Tak sempat nak explore sangat dek kekangan masa

Bagi aku, penginapan 1 malam tak cukup untuk penginap cover segenap ruang yang ada di sana untuk bergambar. Sebabnya, selain bangunan Zetter Arte (MK1), korang juga boleh ke tempat menarik di tingkat-tingkat lain di bangunan lain (MK2 & MK3). Dengan pemandangan langit biru dan sekeliling yang moden, dekorasi yang superb— bagi aku nak buat photo shoot baju atau pengantin, memang banyak ruang boleh digunapakai di sana tapi tolong jangan tanya aku berapa kos photo shoot ya sebab aku tak tau hehe. 

7- Wajib ada Waze atau Google Map!
Bagi korang yang memang tak familiar dengan kawasan Mont Kiara ni, wajib install Waze atau Google Maps sebab kawasan ni banyak simpang tanpa papan tanda. 
Suami aku yang sejenis senang hafal jalan ni pun terkulat-kulat dibuatnya bila tak pakai Waze, entah berapa kali kami sesat, adehh… Kadang takat nak cari kedai makan je pun, terpaksa juga pakai Waze sebab asyik salah masuk simpang, so kalau u all mai dari luar kawasan, harap bersedia dengan GPS atau bateri fon yang mencukupi kalau nak cari jalan pakai aplikasi telefon.

8- Dekat dengan Matrade
Sekiranya korang ada urusan di Matrade, then I suggest boleh lah menginap di sini sebab hotelnya betul-betul terletak sebelah bangunan Matrade.

9- Jauh dari Kedai dan Mall
Sepanjang kami menginap di sini entah berapa kali aku terluah kat suami betapa tempat ni macam kawasan jin bertandang. Jauh dari kedai atau mall-mall, so kalau takat nak cari tempat makan pun terpaksa naik kereta bukak Waze. 
Nasib kami waktu bercuti di sini suami tertinggal baju yang helok untuk kami anak-beranak pakai untuk bergambar keesokannya. Aku pula tertinggal pin tudung (pin tudung je woih!), ya Allah jenuhnyaaaaa lah nak cari kedai baju patuh syariah yang bukak lepas jam 9pm malam tu. Terpaksa drive 15-20 min ke arah Sunway Putra Mall hanya sebab nak cari Uniqlo. 
Paginya pula kami terpaksa ke area Jalan TAR sana sebab aku nak cari pin tudung hahahaha sanggup pulak tu demi nak bergambar punya pasal! 
Point is, hotel ni jauh sikit dari kedai-kedai so pastikan korang jangan tertinggal apa-apa. Payah nak cari barang kalau kat sana, lagi-lagi untuk orang luar macam kami, jenuh weyyy…

10- Perbelanjaan Tak Masuk Akal
Mungkin akan ada orang Mont Kiara yang tak setuju dengan pendapat aku ni tapi sebagai orang luar dari Shah Alam, bagi aku kos harga barang kat sana (setakat yang aku jumpa) macam tak masuk akal.
Waktu nak cari pin tudung tu aku saje la ke Publika sebelah tu kot ada, namun hampehhhh. Satu kedai tudung pun takde situ haha, terjumpa kedai-kedai akesori takat cekak rambut range harga dalam RM27-78! Getah rambut 2 ketul RM12, konfius… Aku ni kat Mont Kiara, KL ke kat Singapore haha. Kat Shah Alam belambak benda ni tak sampai RM10. 
Dah kebulur sangat otw balik tu kami singgah kejap kat Plaza Damas (belakang Istana Negara). The first kedai makan kitorang jumpa nampak macam kedai makan biasa-biasa je (hipster la sikit) kalau kat tempat kitorang banyak je kedai macam ni, so kami assume harga masuk akal la juga kan. Sekali dah duduk, terus terduduk jugak kami tengok harga tu haha. Satu set burger+fries RM30, nasi goreng kambing RM30, nasi butter chicken RM15 adoiiii… Ridiculous betul harga kayangan macam ni tapi sebab dah kebulur sangat lantak la…
Korang mungkin akan cakap, aku tak jumpa kedai murah sebab tu cakap mahal. Well… ini pandangan aku sebagai first timer yang ke sana so based on what we saw, what we experienced, this is our first impression of Mont Kiara.

Kesimpulannya, aku tak recommend tempat ni untuk percutian keluarga sebab ada baaaanyak lagi tempat percutian lain yang lebih berbaloi. Setakat nak bergambar tapi tak ada attraction lain sekeliling, bagi aku is a turn off. Mungkin kalau orang have-have tak terasa sangat agaknya tapi disebabkan aku ni rakyat marhaen je, dok pula tak jauh mana dari tempat tu so aku rasa tak menarik pun. Tapi bergantung pada keperluan korang, kalau ada urusan kerja atau urusan di Matrade untuk beberapa hari then for me agak practical la juga nak dok sini.


Aku bagi tempat ni 3/10  4.5/10 jela, tu pun sebab lawa je. Benda lain bagi aku kebanyakannya tak best, ni mungkin staycation kami ke Mont Kiara yang pertama dan terakhir kot. Pergi tempat lain lagi best hehe.
Akhir kata, pergi la mana-mana tempat sekalipun tapi in the end, rumah sendiri juga tempat yang paling menenangkan!

Home sweet home.

Ulasan

Ikuti Saya

What Do You Think?

Artikel Popular