Tips Anak Fasih Berbahasa Inggeris Secara Semulajadi- Khas Buat Ibu Bapa Dengan Anak Kecil!


Assalamualaikum warga pembaca sekalian,

Wahhh tajuk kemain gempak acah-acah pakar motivasi kan 😂

Actually aku tak berapa gemar topik ni sebab macam masuk troli tolak sediri pulak tapi takpelah, yang baik korang ikut. Mana yang tak elok tu jangan tiru hehe.

Apa-apa pun segala puji-pujian hanya untuk Allah S.W. T.

_______________________________

Kelebihan Fasih Berbahasa Inggeris Pada Usia Muda

Menurut kajian pakar, kanak-kanak yang dapat menguasai dua bahasa ni lebih pintar dan cerdas sebab 'ia memperbaiki fungsi otak'.

Yang aku perasan, aku tak perlu pening sangat pasal progres subjek Bahasa Inggeris anak di sekolah. Dia cuma perlu fokus pada subjek lain je, so kat situ beban pembelajaran dia dah kurang sedikit.

Tapi dasar mak-mak kan, dah kurang pergi tambah pulak 😂 Dah sekarang dia kena belajar Bahasa Cina haha tapi takpe, susah susah dahulu bersenang-senang kemudian, betul tak? (Boleh baca kisah pengalaman anak aku bersekolah di SJKC di sini).

Well, ini lagi satu kelebihannya. Kita boleh bawa dia belajar bahasa ketiga pulak sebab dia dah kuasai bahasa pertama dan kedua pada usia yang muda, so ada banyak lagi bahasa lain yang boleh dipelajari dalam tempoh dia membesar. Tak dinafikan, memang mencabar terutama kita sebagai ibu bapa sebab perlu bagi sokongan padu kepada anak-anak tapi buatlah semampu yang boleh. Anak kita sendiri kan, bukan anak orang lain. Semuanya untuk kebaikan dia juga, untuk masa depan dia.

Sejujurnya, kalau ikutkan kekuatan mental aku, aku tak berapa kuat nak bantu anak untuk belajar lebih bahasa sebab kos dan jarak sekolah, tapi ada 3 perkara yang betul-betul memberi motivasi pada aku:

1- Pengalaman membesar di luar negara selama 2 tahun setengah. Aku dapati begitu mudah untuk berbahasa Inggeris apabila dikelilingi oleh mereka yang berbahasa Inggeris walaupun waktu tu aku langsung tak pandai basic English. Aku budak corot sewaktu di sekolah kebangsaan (pakar ponteng sekolah, kerja sekolah tak pernah siap, selalu dapat nombor top 20 😂) sebelum ikut parents ke luar negara, tapi lepas tu boleh berbahasa Inggeris disebabkan faktor orang sekeliling waktu tu. Jadi sekarang aku fikir, kalau anak aku bersekolah di sekolah Melayu dan berbahasa Inggeris di rumah, dah tentu dia boleh kuasai dua-dua bahasa serentak.

2- Pengalaman melihat orang Eropah fasih berbahasa 3, 4 bahasa. Yang ni aku nampak waktu ke Eropah dulu, dalam train dorang akan beri pengumuman dalam bahasa German, French dan Italy. Maksudnya kebanyakan orang Eropah ni fasih 3 bahasa ni (selain English), jadi kita sebagai orang Melayu kenapa tak mau berusaha untuk berdaya saing seperti diorang?

3- Pengalaman diri sendiri. Membesar sebagai budak Melayu yang fasih 2 bahasa, aku perasan cikgu selalu bagi perhatian lebih sikit (haha perasan tak). Nak cerita panjang tapi itulah... mungkin ada sedikit respect barangkali. Selain itu, aku yang setakat duduk rumah ni pun kadang-kadang terima job daripada luar negara secara atas talian (syarikat alih bahasa atau AI), berkaitan kerja-kerja translation atau projek yang memerlukan penggunaan dwibahasa, jadi kat situ aku nampak 'survival skill' disebabkan fasih berbahasa lain itu amatlah tinggi (walaupun diri ini tak berapa laku di kalangan syarikat tempatan 😂).


_______________________________

TIPS AGAR ANAK FASIH BERBAHASA INGGERIS

Reason aku post topik ni sebab kerap ditanya soalan ni. Walaupun anak-anak aku setakat cakap basic English takde slang bagai, tapi orang selalu tanya jadi aku harap perkongsian di sini dapat membantu ibu bapa lain.

Semalam aku respect betul seorang ibu anak satu ni. Dia approach, jumpa aku mata bertentang mata demi nak tanya soalan lebih kurang macam ni:

"Puan, tadi saya dengar anak-anak puan cakap English sesama dia. Macam mana ya puan, nak bagi anak fasih cakap English?"

Lebih kurang gitulah aku dengar. Aku cuak juga orang datang approach bertentangan mata ni haha so dengan tersipu-sipu aku pun bagi lah tips yang tak seberapa seperti berikut. Mungkin ada orang boleh terima, yang tak boleh terima takpe. Aku tak paksa korang ikut pun, hanya nak berkongsi mudah-mudahan jadi asbab pahala berterusan untuk aku:


TIPS 1: Mulakan Dari Bayi

Untuk pengetahuan, aku sungguh-sungguh ajar anak aku yang first bermula dari dia baby lagi. Contoh kalau aku nak tunjuk dia baju, aku akan sebut, "CLOTH". Kereta aku sebut "CAR". Kalau nak berborak pun aku cuba borak in English dengan dia, biarlah apa orang nak kata.

Yela korang bayangkan, dorang baby lahir-lahir umpama kain putih. Kita yang corakkan dorang kan? So dalam pemikiran aku waktu tu, aku nak dia membesar dengan mengenal Bahasa Inggeris dulu, baru Bahasa Melayu (memandangkan kita sememangnya tinggal kat Malaysia, dah tentu belajar BM lebih mudah daripada English).

So pada aku, aku kena ajar dia bahasa yang lebih susah (BI) dulu sebelum perkenalkan dia dengan bahasa yang lebih mudah (BM).

Ibu bapa kena ada kekuatan untuk laksanakan ideologi ni supaya ia lebih berkesan. Jangan disebabkan perasaan malu atau rasa susah, ibu bapa tak mau berinteraksi dalam BI kepada anak-anak.

Ibu bapa juga kalau boleh berbincang dengan keluarga terdekat atau mereka yang akan menghabiskan banyak masa dengan anak kita. Bincang dengan dorang untuk cuba speaking dengan anak-anak kita, cuba elakkan bahasa Melayu buat masa ni. Alah, kejap je. Dalam tempoh 2-3 tahun pertama je, bukannya lama mana pun kan.

Fasa bayi ni sangat crucial sebab waktu ni otak dia sedang berkembang dan dia akan serap segala ilmu umpama span.


TIPS 2: Perkenalkan Program TV Kanak-Kanak Berbahasa Inggeris

Untuk tips ni, aku sangat berterima kasih kepada Disney Junior kerana banyak membantu aku dalam fasa ni. Kalau ada parents yang tak dedahkan anak dorang kepada TV sewaktu kecil, well... Aku sebaliknya. Tapi berpada-padalah, janganlah jadikan rancangan lagha sebagai santapan mata budak tu.

Macam kami, kami banyak dedahkan Iman Raihannah (anak 1st) dengan program seperti High-5, Mickey Mouse Clubhouse dan Pocoyo. Upin-Ipin aku memang tak kasi tengok langsung waktu tu sebab dia dalam BM dan kalau aku bagi tengok sekali pun aku kurang berkenan dengan BM yang dia pakai- bagi aku bahasa dorang agak kasar untuk budak kecik.

So bila anak aku banyak tengok program ilmiah kanak-kanak macam High-5 sedari bayi, apabila dia boleh mula bercakap dia akan tiru kebanyakan perkataan yang dia belajar sewaktu tengok program-program tu. Segala adab yang diajar dalam program tu pun dia akan tiru, sebab tu aku tak bagi dia tengok Upin Ipin haha poyo kan ibu Iman ni. Yela Upin Ipin tu keje dorang asek nyakat si kakak je tak berkenan pulak aku 😅

Tapi kan, haaaa... tu anak 1st je. Masuk anak 2nd dah bagi tengok Upin Ipin hahahaha. Yela, si kakak tengok kat sekolah, dibawanya adik tengok kat rumah. So takpe, aku bagi can, tapi tengok dalam versi BI. Lagipun nak ajar anak 2nd dah senang sikit, sebab most of the time dia akan tiru si kakak / abang, sebab tu bagi aku, penting untuk kita bentuk yang sulung tu dulu.


TIPS 3: Jangan Beri Gadget

Aku penah terbuat kesilapan ni.

Bagi baby aku ipad, dengan harapan dia dapat belajar dari situ. Tanpa disedari, anak aku mula jadi Zombie, addicted to ipad, bila diambil dia akan tantrum (which dia tak pernah buat). Nasib baik kami cepat perasan perubahan sikap dia, maka sempat lah kami perbaiki dengan cara menyorokkan ipad tu sampai ke sudah haha. Walaupun gambar-gambar kenangan dalam tu semua anak aku dah delete dan kami tak boleh nak dapatkan balik, well at least aku lega dia tak jadi addicted to gadget lagi dah 😂.

Ok sebab apa aku rasakan gadget ni akan ganggu perkembangan bahasa anak aku? Sebab melalui gadget, anak kita akan hilang fokus pada pembelajaran vocabulary, sebaliknya dia akan lebih tertumpu kepada aksi dan warna-warna yang dilihat pada jarak fokus yang terlalu dekat, berbeza dengan TV yang dilihat dari jauh dan tidak terlalu fokus (sebab dorang akan tengok sambil bermain). Akhirnya tabiat ini bukan sahaja merencatkan perkembangan bahasa dan vocabulary kanak-kanak tu, tapi ia juga akan memberi kesan kepada penglihatan dia. Kesian kan?

Sekiranya korang gunakan alasan Youtube untuk berikan gadget kepada anak-anak sebagai kaedah pembelajaran, tiada masalah. Tapi pilihlah rancangan kanak-kanak berbahasa Inggeris yang berilmu, bukan kartun atau games yang bukan-bukan. Lagi satu paling penting, pancarkan program tu kepada TV, jangan diberi melalui handphone atau ipad. Contohnya, korang boleh pakai cable untuk sambungkan laptop ke TV, atau macam kami: pakai Google Chromecast (untuk pembelajaran anak 2nd), supaya dia dapat menonton Youtube di kaca TV.




TIPS 4: Tegas

This comes naturally untuk aku sebab aku sememangnya garang hahaha. Cumanya dalam bab bahasa ni sebenarnya aku tak berapa nak tegas. Suami aku lebih tegas, dia memang tak bagi can langsung anak aku untuk berbahasa Melayu even rojak sekalipun!

Tapi apa dia perjuangkan sememangnya berasas dan aku nampak kesannya. Suami aku nak anak-anak berbahasa Inggeris proper, maksudnya English dorang kena tepat dan tak serupa 'main-main'. Dan sepanjang dorang membesar, korang memang akan perasan English dorang akan mula 'rojak' sendiri, akan mula 'main-main' disebabkan dorang mula bergaul dengan kawan-kawan di sekolah. Sebab tu pentingnya dorang belajar proper English 100% sewaktu kecil kerana rate of proper English yang digunakan akan semakin rendah as they grow.

Contoh waktu umur 3 tahun English dia 100%. Masuk tadika dia jatuh kepada 95%, then 90%, then ada fasa dia mengada nak cakap Melayu pulak dengan kita sebab terikut-ikut dengan kawan-kawan dan sebagainya. Sebab tu pentingnya English education (sambil lambai-lambai tangan macam Usop Wilcha).

Apa yang aku nampak, ketegasan kita dalam mengawal penggunaan bahasa di kalangan anak-anak tu yang akhirnya akan membantu tahap penguasaan bahasa dorang.


____________________________

Soalan Cepumas 1: Anak-anak Tak Confuse Ke Kalau Belajar Banyak Bahasa?

Alhamdulillah apa yang aku nampak setakat ni dorang langsung tak confuse 😂

Bahkan dorang boleh translate sebiji-sebiji, malah boleh pasang telinga kalau aku borak dengan abah dorang! Kadang-kadang aku nak bergosip dengan suami pun payah, terpaksa bagi warning dulu kat dorang untuk jangan pasang telinga or bagitau orang lain. Sebab kita ingat dorang tak faham, rupanya dorang boleh dengar and translate terus haha.

Yang anak no 2 ni pula, pada usia dia 3 tahun ni dia suka translate setiap perkataan Melayu yang dia dengar.

Contohnya dia akan cakap, "Ibu, 'bising' means 'noisy' right ibu? dan sekiranya betul dia rasa seronok, so perkara ni dah jadi jadi tabiat harian dia.

So jangan ada rasa takut anak 'confuse' apabila diajar banyak bahasa. Anak-anak kita ni sebenarnya pintar, cuma kita sebagai ibu bapa yang kena tolong kembangkan tahap potensi dorang ni.


Soalan Cepumas 2: Kalau Dah Cakap English Manjang, Macam Mana Anak Nak Belajar Bahasa Melayu?

Jangan risau kakak-kakak, kebanyakan anak-anak kita yang marhaen ni kan bersekolah di sekolah kebangsaan, dikelilingi budak yang berbahasa Melayu? Of course dia akan belajar sendiri automatik, walaupun awalnya dia macam sedikit pelat atau tergedik-gedik tak faham.

Itu biasa.

Tapi as they grow older, dia akan jadi fasih dengan sendirinya. Dah kita dok Malaysia kan, bukan Zimbabwe! Pastinya lidah Melayunya dan otak kanak-kanaknya dengan sendirinya, nak explore penggunaan bahasa yang kawan-kawan dia pakai hehe. Children are curious creatures, so let them explore (yang baik-baik jela).
-
-
-
Sekian, sedikit tips dari saya rakyat marhaen yang tak seberapa ni. Moga dapat membantu anda yang sudi membaca :) Kalau rasa artikel ni best tolong like & subscribe Youtube channel kami, (nama channel: Yanie Omar) sebagai tanda support naaa, semangatla sikit aku nak menulis lagi hihi. 

Nah, terimalah sedikit hiburan daripada Iman Raihannah (jangan lupa LIKE & SUBSCRIBE ya!):-


Ni video terbaru anak aku yang no 2 sewaktu pertandingan bercerita baru-baru ni. Tak perfect pun, cuma aku harap artikel dan video ni menjadi inspirasi pada u ols :)
@yanieraihan

My 5yo telling her Red Riding Hood story for talents show today❤️ ##undiscovered ##kids ##pdpr ##belajaronline ##fypã‚·

♬ original sound - Yanie



Ulasan

  1. Balasan
    1. Hi Aida 😊 Nama channel: Yanie Omar

      Terima kasih sudi baca :)

      Padam
  2. Salam.. anak saya umur setahun 4 bulan.. saya memang cakap BI dengan dia, cuma dirumah pengasuh dia, mereka cakap BM. Apa yang agak susah hati, anak saya lansung tak nak tengok rancangan kartun lain selain upin ipin. Kalau saya buka mickey mouse clubhouse.. terus dia palingkan muka nya dan jalan2 satu rumah. Adakah ianya akan impact pembelajaran BI memandangkan hanya saya dan suami saja yang bercakap BI? - Terima Kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi puan, tq sebab bertanya. Tapi sebelum tu saya nak maklumkan yg saya bukanlah pakar kanak-kanak ya. Cuma saya berkongsi sedikit tentang anak-anak saya :) Tentang concern puan tu saya rasa puan tak perlu risau sangat. Mungkin boleh pasang Upin Ipin versi Inggeris. Dan kalau dia tak tunjukkan minat untuk tengok rancangan Mickey tu pun bagi saya tak pe sebab budak-budak memang biasanya mudah hilang fokus kan. Anak-anak saya pun macam tu juga, tapi saya biarkan dan lama-lama dia jadi minat untuk tengok. Selain TV puan juga boleh explore penggunaan bahan lain utk tingkatkan penguasaan bahasa anak, mungkin boleh ajak dia membaca in english atau guna buku yang ada audio :)

      Padam

Catat Ulasan

Ikuti Saya

What Do You Think?

Artikel Popular