Resipi Lasagna Daging

Aku memang suka giler makan Lasagna daging ni.. perghhh... tengok gambar dah kecur air liur!



Pada mereka yang membesar tengok katun Garfield pastinya korang tau yang makanan kegemaran Garfield ialah Lasagna, sebagaimana Doraemon tergila-gilakan Dorayaki:







Disebabkan aku ni pun dah macam Garfield maka aku pun meng google cara mat saleh buat Lasagna ni, mudah rupanya hihi... Memang berbaloi buat sendiri-- jimat, lazat, murah dan mudah takyah bayar memahal kt Secret Recipe mahupun Pizza Hut :)


Bahan-bahan yang diperlukan:


  1. 4 biji telur
  2. 1 sudu teh minyak masak
  3. Tepung gandum
  4. Tepung tambahan untuk menguli
  5. Garam
  6. Lada sulah
  7. 5 sudu besar mentega
  8. 4 cawan susu
  9. 2 ulas bawang putih
  10. 1 tin puri tomato
  11. 4-5 biji tomato hancur
  12. Daging cincang
  13. Mozarella cheese
  14. Parmesan cheese





Ni cara aku buat, boleh try ikut step-by-step di bawah, dijamin halal.



Basically ada 3 bahan utama yang perlu disediakan, cara aku buat sesimple yang boleh, tapi sedap (....ehemmm...). Cenggini caranya:




BAHAN A: Kulit Pasta Lasagna




Campur & uli kesemua bahan ini sehingga membentuk doh yang mudah membentuk (fleksible). Pastikan doh tidak melekit. Doh yang terbaik adalah yang kenyal-kenyal gitu. 

Kalau rasa macam doh tu keras sangat (akibat terlebih letak tepung), tambah la lagi telur sebijik ATAU minyak masak sikit kasi dia lembut. 



Dah perasan doh tu macam perfect gittew kan, uli-uli laaa lagi dlm 5 min. Biarkan selama 30 min sebelum mula buat kulit pasta.



Image by finecooking {credit to http://www.finecooking.com/}


Selepas 30 min, uli doh menjadi kepingan-kepingan nipis berbentuk segi empat tepat. 

Aku takde mesin ni so uli pakai tangan jela pakai wooden roller. Uli senipis yang boleh. 



Rebus kepingan kulit-kulit pasta ni selama 2 min. Rebus sikit-sikit tau, dalam sehelai dua helai dalam sekali rebus. 
Bukan apa, kalau rebus sekali banyak takut ada bahagian yang tak termasak atau senang terkoyak apabila diangkat.


Image by finecooking {credit to http://www.finecooking.com/}


Setelah masak, basuh laa sikit bawah air paip bagi dia sejuk dan stabil sikit. 

Simpan tepi.





*****************************************************


BAHAN B: Bechamel Sauce




Ok, sos Bechamel ni adalah untuk menggantikan Ricotta Cheese yang agak mahal dan sukar di cari di Malaysia ni. Daripada kita susah-susah nak mencari cheese ni baik laa pakai je bahan-bahan yang ada. 



Image by verybestbaking {credit to http://www.verybestbaking.com/}

Langkah-langkah membuat sos Bechamel yang creamy:


  • Panaskan mentega sehingga cair. 
  • Tambah tepung dan kacau sehingga sebati.
  • Kecikkan api, kacau bahan ini sehingga ia menjadi keperang-perangan (dalam 6-7 min).
  • Sementara tu, panaskan susu hingga mendidih dalam periuk lain. 
  • Tambahkan susu panas ini ke dalam campuran mentega+tepung tadi sambil kacau. Kacau kesemua bahan ini di atas api kecik selama 10 min sehingga kelihatan likat & creamy. 
  • Padamkan api, tambahkan sedikit garam & lada sulah untuk rasa.


****************************************************

BAHAN C: Sos daging pasta





Tumis bawang putih sehingga mengeluarkan bau yang harum semerbak. 

Dah keluar bau yang sepatutnya, buang bawang tu kerana ditakuti akan menenggelamkan rasa sos.


Image by finecooking {credit to http://www.finecooking.com/}



Masukkan daging cincang, puri tomato & tomato hancur. Kacau sehingga sebati dan likat. Kalau terlebih likat sesangat tambah la sikit air. 
Serikan dengan garam & lada sulah secukup rasa :)



***********************************************************

Hop yeay! Sekarang masa yang dinanti-nantikan-- Sesi susun-menyusun!


Sebelum tu, panaskan oven selama 10 min pada suhu 175 degrees C, sementara kita susun benda alah ni...




1- Sapukan sos daging kat tapak loyang 

2- Tutup dengan selapis kulit pasta yang sudah direbus tadi.





Image by finecooking {link to http://www.finecooking.com/}


3- Campurkan sos Bechamel+sos daging dan sapu ke seluruh permukaan atas lapisan pasta.


4- Letakkan cebisan-cebisan Mozarella cheese di atas tu. 




Image by finecooking {link to http://www.finecooking.com/}


5- Kemudian sapukan lagi sos daging di atasnya.

6- Sprinkle Parmesan cheese sebagai lapisan terakhir sebelum tutup dengan kepingan kulit pasta seterusnya. Ini kiranya macam tingkat 1 untuk Lasagna tersebut :) 

7- Ulang semula sehingga menjadi 3-5 tingkat.



Bakarrrrrrr selama 45 min, anda pastinya teruja melihat hasil yang bakal memikat kalbu ini, yeahhhh!


Jemput tengok hasil kerja i olz. Gambar takde la selawa yang atas-atas tu tapi Alhamdulillah sedap la jugak hahahaha:








Hasilnya setelah dibakar......

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Takde! 


Aku lupa nak ambek gambar hahahahaha dah lapar sangat, dah le makan ramai-ramai bila masa la pulak nak food porn ye dak kihkih.. maaf lah ye ;)


Akhir kata, selamat mencuba!

Ulasan

Catat Ulasan

Ikuti Saya

What Do You Think?

Artikel Popular