Seharian di Goat2Go Animal Garden, MAEPS, Serdang


AMARAN: Artikel ini mengandungi banyak gambar!
-
Hai, ada yang dah mula bekerja musim-musim PKP ni? Selamat bekerja dan moga baik-baik semuanya kepada anda yang mula berjuang mencari nafkah.

Walaupun PKP dah dilonggarkan, pastikan korang tetap #STAYATHOME tau, jangan makan angin satu family pulak. Risiko tetap ada...

Memandangkan time ni belum dapat keluar berjalan bawa anak-anak, aku ingat nak mengimbau jela balik waktu kami sempat bawa dorang jalan-jalan sambut birthday anak sulung, 2 bulan lepas.

Ni bukan sekadar mengimbau, tapi aku juga nak bagi sedikit review tentang tempat tu, mungkin akan membantu korang yang bakal bawa anak-anak ke sana apabila penyakit COVID-19 ni berakhir (tak lama lagi InsyaAllah, mudah-mudahan kita doakan).

Waktu kami pergi awal bulan Mac hari tu, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) belum lagi dilaksanakan tapi kes di Malaysia dah ada, so kitorang memang agak takut juga nak pergi pada awalnya. Lama juga kami nak buat keputusan-- mana lagi nak celebrate birthday si kakak ni, nak ke G2G lama dah plan so setelah banyak buat bacaan dan persiapan termasuk buat hand sanitizer secara DIY (boleh baca di link ini), kami tunaikan juga hajat sambut birthday si sulung, sambil amalkan langkah-langkah pencegahan sewaktu berada di sana seperti jauhkan diri daripada orang ramai dan kerap basuh tangan.

Dan apabila kami sampai aku cuba juga tanya pihak pengurusan, bagaimana dorang nak bendung jangkitan Covid-19 kalau masih terima pengunjung?

Jawabnya, dorang takkan benarkan sesiapa yang nampak sakit untuk masuk sebab haiwan-haiwan yang dijaga paling berisiko tinggi untuk terkena jangkitan penyakit so kiranya dorang pun ambil langkah berjaga-jaga juga. Sedikit lega, but still... kami tetap berwaspada.

Oklah, tanpa berlengah lagi, jom kita ke sesi taaruf G2G Animal Farm, MAEPS ni... so tempat apa ni?


GOAT2GO FARM / ANIMAL GARDEN

Goat2Go atau juga dikenali sebagai G2G Animal Garden ni terletak di MAEPS, Serdang so aku assume pekerja-pekerja dia mungkin kebanyakannya budak-budak part-timer dari UPM, Serdang kot hehe (mungkin laaa sebab muda-muda belaka).

Ia merupakan 'Petting Zoo' yang menempatkan lebih 60 spesies haiwan eksotik dan secara peribadinya aku rasa tempat ni nampak lebih mesra haiwan berbanding zoo biasa.

Dah namanya petting zoo, so pengunjung berpeluang untuk pegang, belai dan bergambar dengan haiwan-haiwan yang ada di sini-- aktiviti yang pastinya menyeronokkan buat korang yang ada anak kecik!

Selain melihat haiwan eksotik secara dekat, G2G juga mempunyai pelbagai fasiliti seperti ruang parking yang luas, tandas, surau dan kafe dengan makanan yang sedap-sedap. Yummyyyy (ni tarikan utama untuk mak pak).

Sebagai pencinta haiwan, kadang-kadang kita rasa kesian kan tengok haiwan terkurung dalam kandang macam tu je, tapi di sini haiwan-haiwan yang dijaga nampak dibiar bergerak bebas dan sentiasa dibelai-belai oleh para pekerja, so aku rasa in terms of emosi haiwan tu pun nampak tenang tenang happy je gitu.
Ewahhh macam aku tau sangat je ahahahah!

But personally that's how I feel, pekerja-pekerja dia pun mesra layan pengunjung so bonus point di situ.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh dibuat di sini, antaranya menaiki kuda, sambut birthday (ada pakej), mencuba hidangan cheese segar yang diperbuat daripada susu kambing yang dibela di sini, bagi makan burung, dan macam-macam lagilah!

Disebabkan tempat ni mesra kanak-kanak, ada juga mereka yang buat kelainan dengan membuat majlis akikah kat sini tau, haaa... menarik kan!

Berikut stesen haiwan yang terdapat di G2G Animal Farm:

  • Rumah Kucing
  • Rumah Terapi Haiwan
  • Kandang Burung
  • Taman Arnab
  • Rumah Reptilia
  • Rumah Merpati
  • Taman Kura-kura
  • Bot Memancing
  • Binatang Peliharaan Kampung
  • Kandang Menunggang Kuda

Rumah Kucing dan Rumah Terapi Haiwan
Penerokaan  kami bermula di rumah kucing dan terapi yang terletak bersebelahan.
Terdapat beberapa ekor kucing dari berlainan spesies dan seekor ferret yang jinak, dibiarkan bergerak bebas dalam rumah berhawa dingin ni. Kucing-kucing dan ferret dibiarkan bermain sambil diperhatikan oleh pekerja zoo so pengunjung boleh pegang dan bermain sama dengan anak-anak bulus yang comel & jinak di situ.






Sesiapa yang takut kucing dok luar rumah jela, ada kerusi disediakan di situ so don't worry ok para penakut kucing 😂 Aku ada kawan lelaki yang pastinya akan menjerit bila nampak kucing so this is true story gais, mohon percaya hahaha. Jangan risau, aku takkan reveal nama 😁

Kandang Burung
Nama je kandang burung tapi bukan main meriah lagi kandang ni dengan bunyi radio yang dipasang 😂

Di sini korang akan dikelilingi oleh burung-burung merak yang sangat cantik, yang dibiar berjalan terkedek-kedek suka hati dorang di sana sini. Cantik oiiii bila dia kembangkan ekor tu, kalau korang bernasib baik dapatlah ambil selfie mahal dengan merak-merak ni.



Selain merak ada juga a few spesies of burung kakak tua / parrot yang besar dan jinak di sini. Nak ajak borak boleh, nak ajak selfie boleh, nak angkat boleh, nak bawak balik je tak boleh hehe.


Rumah Reptilia dan Taman Kura-kura
Demi korang pembaca, aku beranikan diri juga masuk rumah ni nak ambil gambar dan video!
Ikutkan hati geli betul tapi terpaksa masuk juga 😂





As you would expect, dalam ni terdapat haiwan-haiwan berdarah sejuk seperti ular, iguana, katak pelik dan entah apa spesis yang lain tu aku pun kurang pasti... Naga barangkali.


Binatang Peliharaan Kampung
Underrated betul pakai tag 'Kampung' ni tau!
Mana tak, yang binatang kampungnya aku tengok itik je, yang lain-lain semua pelik-pelik hahah.






Rakun, kambing biri-biri dan burung unta! Tak kampung, tapi eksotik-- jarang dapat jumpa kat kampung 😂

Cuma aku harap one day dorang tambah la bilangan burung unta ni, kesian pulak tengok dia buat aktiviti sorang-sorang situ...


Kandang Menunggang Kuda
Kitorang tak buat aktiviti pony ride pada hari tu so gambar pun takde 😅
Tapi di sebelah kawasan pony ride tu ada budak kecik ni--- haiwan ni namanya Fallabella, yang bermaksud kuda mini (miniature horse). Ia merupakan kuda terkecil di dunia, so kalau korang nak tengok kuda terkecil ni boleh lah lawat G2G selepas keadaan dah kembali normal nanti :)



Kafe
Untuk korang yang newbie macam aku, ketahuilah bahawa tempat ni terkenal dengan kilang kejunya yang dibuat daripada susu segar (daripada kambing, lembu, juga kerbau).
Di kafe ni korang berpeluang menikmati cheese segar tu dalam bentuk platers atau pizza.


Sumber gambar: Goat2Go Farm

Other than that, ada macam-macam lagi makanan lain seperti kambing /ayam bakar, nasi minyak, nasi dulang, pasta, kek, aiskrim Malaysia.... eh banyaklah! Ni antara menunya:
Sumber gambar: Goat2Go Farm
Jangan tak tau tempat ni memang agak glamor di kalangan rakyat marhaen dan bukan marhaen ya. Disebabkan itu kafe ini juga menyediakan pakej birthday party (juga aqiqah) buat korang yang teringin sambut birthday anak secara besar-besaran di sana.

Disebabkan keluarga kecil kami ni jenis tak berapa nak kuat makan, so ni jelah yang kami sempat jamah pada petang itu:



Ingat kalau tak kenyang nak tambah platers, tapi lepas makan pizza tu tak larat la pulak nak makan lagi 😂 Nah, saje la nak jamu mata korang tengok makanan lain yang available di sini, nampak sedap-sedap kan?



Sumber gambar: Goat2Go Farm
-
-
Video kami waktu di sana:


Ohhh sebelum aku mengakhiri bicara, saje nak share kat korang yang G2G sekarang terpaksa ditutup disebabkan PKP ni, so apabila tiada pengunjung, maka kuranglah dana untuk haiwan-haiwan comel di sini... Kesian kan?

Oleh itu, kepada anda yang ingin menyalurkan sumbangan atau adopt pets kat sini, boleh dapatkan maklumat lanjut di laman Facebook G2G Animal Garden  atau laman web rasmi dorang di https://www.g2ganimalgarden.com/

**Harap perkongsian aku di sini sedikit sebanyak dapat bantu ringankan beban dorang and help these poor animals. Tak dapat beri sumbangan takpe, tapi the least you can do is share this info guys! Thanks for reading :)

Comments