Buat Sendiri (DIY) Hand Sanitizer Yang Berkesan Menentang Virus Corona!


Timbulnya idea untuk membuat hand sanitizer ni adalah disebabkan keinginan kitorang untuk meng'happy'kan anak-anak untuk meraikan birthday Iman Raihannah baru-baru ni yang dah lama dirancang.

Tapi jangan salah sangka pula, kitorang bawa budak-budak ni berjalan lebih awal lagi sebelum keluarnya arahan tegas kerajaan agar orang ramai tidak bersesak-sesak, berjalan; untuk mengelakkan tersebarnya virus corona-19 dengan lebih meluas baru-baru ni.

Tapi sebagai ibu ayah, kami masih mengambil langkah berjaga-jaga agar kesihatan terjamin sebab tempat yang kami pergi tu adalah 'animal farm' berdekatan. Tak sesak pun, tapi risikonya tetap ada apabila berhadapan dengan haiwan dan pengunjung lain. 

So demi keselamatan kot susah nak dapat air dan sabun berdekatan, kitorang punyalah menggagau cari hand sanitizer secukupnya untuk dibawa keesokannya, malangnya semua farmasi dah kehabisan stok!

Memandangkan aku ni sejenis yang kalau-nak-aku-nak-jugak, aku cari jugak cara untuk DIY hand sanitizer yang terjamin membunuh virus.

Mind you, wabak corona ni adalah disebabkan oleh virus, bukan bakteria. 

Makanya, virus ini tidak dapat dihapuskan dengan menggunakan semua jenis hand sanitizer.
Hand sanitizer yang berkesan untuk membunuh virus ini sekurang-kurangnya perlu mengandungi 60% alkohol untuk ia membunuh virus.

Maksudnya, hand sanitizer tanpa alkohol yang dijual berleluasa pada ketika ini TIDAK BERKESAN untuk membunuh virus ye kawan-kawan. Jangan main pakat beli atau buat yang tanpa alkohol sebab itu kerja sia-sia namanya 😅

So berdasarkan bacaan dan carian aku, resipi mudah hand sanitizer paling berkesan membunuh virus adalah seperti berikut, kebetulan 2 bahan utamanya ni ada pula kat rumah:


BAHAN-BAHAN:







1) Alkohol berkepekatan antara 60% sehingga 99% (dibeli melalui Shopee)
2) Gel aloe vera

Bahan-bahan lain adalah cawan sukatan, botol hand sanitizer kosong dan bekas bertutup yang bersih.

_____________

CARA-CARA:
1- Ambil 2/3 cawan alkohol (isopropyl alcohol atau juga dikenali sebagai 'rubbing alcohol') dan campurkan dengan 1/3 cawan gel aloe vera.

2- Masukkan campuran ini ke dalam sebuah bekas bertutup yang bersih dan goncangkan dengan kuat sehingga adunan menjadi likat (setakat kacau je takut adunan tak berapa sebati).

3- Tuang adunan yang telah siap ke dalam bekas hand sanitizer yang dah kosong. 
Sekiranya nak pakai bekas lain, boleh lap bekas tersebut dengan alkohol dahulu sebelum hand sanitizer dituang ke dalamnya. 

SIAP!

Nak lebih jelas boleh tonton video di bawah:




_____________

NOTA PENTING:
- Alkohol adalah bahan yang mudah terbakar. Oleh itu, proses pembuatannya haruslah dibuat di kawasan yang lapang, jauh dari bahan api dan kanak-kanak.

- Tidak semua orang sesuai dengan hand sanitizer yang mengandungi alkohol. Maka aku sarankan agar korang try dulu tengok sesuai ke tak dengan kulit. Sekiranya ada rasa gatal-gatal atau kemerahan, jangan teruskan penggunaan.

- Hand sanitizer hanyalah membunuh virus dan kuman tapi ianya tidak sebersih penggunaan air+sabun. So sekiranya ada akses kepada air dan sabun, that will be a better option :)

- Alkohol boleh meresap masuk ke dalam kulit dan mengeringkan kulit, so hati-hati dan jangan guna hand sanitizer secara berlebihan. Yang terbaik tetap air + sabun.

- Aku bukanlah seorang doktor atau pakar tapi resipi ini diperolehi hasil bacaan dan penggunaan sendiri semata-mata. Oleh itu, segala risiko adalah tanggungjawab sendiri.

Ulasan

Ikuti Saya

What Do You Think?

Artikel Popular