My Weight Loss Journey BAB 4: Makanan Gantian Yang Sesuai Ketika Diet

Yang ni antara makanan yang boleh dipilih sebagai pelengkap menu diet (mostly atas saranan coach kami). Items ni dipilih berdasarkan jumlah kalori, lemak, carbs dan garam / gula yang terkandung di dalamnya. 

1. Italian Dressing: Jenama Praise (100% fat free) 
Kalau korang suka makan salad dengan creamy dressing seperti Kewpie atau Caesar Dressing, it's time to change to Italian Dressing yang jauh lebih sihat. Italian dressing ni ramuan utamanya hanyalah minyak zaitun, bawang putih, cuka / lemon, dan English herbs. Kalau u ols malas nak buat atau tak cukup bahan, boleh lah beli Praise ni.
Source: Natures Corner

2. Peanut Butter: Jenama Skippy (Chuncky)
Yang ni antara makanan diet favorite aku haha. Dulu tak berapa nak makan sangat yang chuncky chuncky ni tapi rupanya ini lah yang paling kurang kalori dan gula antara banyak-banyak peanut butter. On top of that ianya mengenyangkan, so it's highly recommended!
Source: Bulky

3. Beras Perang dan Pasta Untuk Ganti Beras Putih
Beras perang semestinya dijadikan makanan ruji untuk mereka yang berdiet sebab tinggi fiber dan GI rendah (so akan rasa kenyang lebih lama). Aku prefer EcoBrown's Steam Brown Rice ni sebab ianya takde kanji, takde gluten dan sangat sesuai untuk mereka yang ada kencing manis.
Pasta pula mempunyai karbohidrat kompleks / good carbs dan fiber yang tinggi. Pemilihan pasta yang terbaik of course lah yang wholewheat (warna perang sikit).



4. Suhun Untuk Ganti Bihun dan Nasi
Kadang-kadang time diet tu kan mesti ada masa teringin sangat nak makan bihun kan? Takpe don't worry. Gantilah dengan suhun, sama seperti pasta, ianya mengandungi karbohidrat kompleks, fat & sugar-free. Eh, actually makan suhun lagi sedap tau! Kalau u ols biasa makan kat Boat Noodle sure biasa makan glass noodles kan? Haaa rasanya sebiji macam tu bila diolah masakan. In fact, aku rasa bakso tersedap aku penah makan ada terjual di library Seksyen 13, Shah Alam. Dorang memang pakai mee suhun untuk buat bakso, sedap sangat!
Source: Wikipedia

5. Kekacang Sebagai Ganti Jajan
Bila terasa nak mengunyah tu istighfar banyak-banyak nanti kenyang le tu... Haha sorry gurau-gurau di petang hari 😆
Ok, instead of makan biskut yang ntah apa-apa, kerepek, goreng pisang, bubur chacha ke apa.... Makanlah kacang almond demi kemaslahatan penimbang berat di rumah anda. Selain almond, kacang lain pun ok, janji yang tak processed dan ditambah dengan MSG. Kacang walnut ke, kacang tanah ke, jangan ditambah garam pulak! Almond coach kami sarankan sebab membantu dalam proses diet, di samping tu banyak nutrisi dan mengenyangkan.

Source: Purelyb

6. Gula Perang Untuk Ganti Gula Putih
Lepas ni pastikan kat rumah cuma ada gula perang je tau. Yang putih semua kalau dah habis tu jangan beli dah. Beli yang perang je, kurang sikit manis.
Source: Organic Facts
7. Jem Strawberry: Jenama Smucker's (Sugar-Free) 
Kalau dah boring makan roti dengan peanut butter boleh lah makan dengan jem pula. Jem yang aku sarankan ialan yang berjenama Smucker's ni, langsung takde gula seperti jem lain.
Source: Smucker's

8. Wholemeal Bread Untuk Ganti Roti Putih
Kalau dulu aku memang takkan terfikir nak makan wholemeal ni sebab kurang sedap berbanding roti putih. Tapi ketahuilah bahawasanya wholemeal bread ni sangat bagus untuk yang berdiet, lebih banyak fiber dan low GI. Even roti pita pun aku pastikan untuk beli yang wholemeal, masak isi ayam bakar siap-siap letak dalam peti ais. Anytime rasa malas nak masak lunch, makan je roti pita+isi ayam bakar + salad. Kenyang!

**Untuk membaca perkongsian yang lebih detail, boleh klik di bab-bab seterusnya:


Comments