My Weight Loss Journey BAB 3: Kelab Nutrisi

Korang pernah tak, kalau berborak dengan kawan-kawan pasal nak kurus atau pasal lemak korang yang berlipat sudahnya jadi bahan ejekan? Isu kegemukan kita jarang diambil serius, sebaliknya dijadikan bahan lawak. In fact, ada yang perkecilkan usaha kita nak turunkan berat, seolah-olah kita ni dah takde masa depan nak fit & sihat (pengalaman kawan aku).

Sedih kan? Rasa macam takde siapa memahami...
Gambar dulu (overweight waktu ni) : nak ambil gambar pun takde mood huhu
Dalam bab-bab sebelum ni aku banyak sebut tentang 'kelab nutrisi' dan 'coach' kan?

Haaa ni nak kenalkan la kelab ni pada korang yang mungkin tertanya-tanya. Kelab Nutrisi / Kelab Komuniti Sek 17 ni sebenarnya diasaskan oleh suami isteri yang terlibat dengan Herbalife sejak beberapa tahun lepas. Mereka adalah coach Herbalife yang terlatih dan coach Salimah dah asaskan kelab sebegini sejak dari zaman universiti lagi!

Kelab ni dibuat hanya dari rumah coaches ni; dan rakan kelab terdiri daripada pelbagai latar belakang dan peringkat umur. Ada yang muda, tua, pemandu grab, suri rumah, tenaga pengajar, pekerja kilang, pengusaha kedai makan, peniaga dan macam-macam lagi. Dan surprisingly di kalangan makcik-makcik yang join kelab ni kebanyakannya dah join bertahun-tahun, masih setia datang ke kelab demi kesihatan. Aku respect betul la dorang ni!

Kami semua dah macam satu keluarga besar, masing-masing beri sokongan antara satu sama lain. Takde siapa dalam kelab ni yang akan perkecilkan kau, ejek kau, kutuk kau walaupun dorang tau umur dan berat kau berapa. Kalau ada yang down masing-masing akan cuba beri semangat dan tips, best kan? Kalau tengah stress pegi kelab jumpa kawan-kawan di kelab, terus hilang semua stress sebab tu ramai di kalangan dorang ni suka singgah lepas habis kerja. 

Biasanya di kelab coach Salimah dan suaminya Coach Huzad akan beri penerangan tentang zat dan nutrisi, amalan pemakanan sihat dan senaman. Ehh macam-macam lagi la input yang diberi bila ke kelab ni. Dia buka setiap hari untuk mereka yang nak minum shake kat sana (malas nak buat sendiri kat rumah). 
Suami pun tegur aku dah semakin ceria dan positif sejak join kelab ni. In terms of physical lagi lah berbeza- dah slim sikit, lebih berstamina, bertenaga dan sihat daripada dulu hihi. Alhamdulillah migrain pun dah jarang menyerang, cuma bila terlebih 'cheat day', kurang minum air, makan banyak MSG & garam baru penyakit tu datang. 

Anyway, banyak aktiviti yang dianjurkan oleh kelab ni. Kepada yang suka aktiviti outdoor dan senaman macam aku memang tak rugi join. 


SLIM FIT CHALLENGE: TURUNKAN BERAT DALAM TEMPOH 21 HARI!

Antara aktiviti bulanan yang aku sentiasa masuk dan turun berat adalah Slim Fit Challenge, yang mana peserta akan di guide selama 21 hari untuk turunkan berat badan. Sepanjang tempoh tu ada support group dalam whatsapp merangkumi menu pemakanan sepanjang minggu yang kita perlu follow, aktiviti outdoor / senaman mingguan yang kita akan buat beramai-ramai dan Q&A serta pelbagai info kesihatan / tips coach share untuk galakkan kami turunkan berat cepat. Peserta dengan berat turun paling banyak akan diberi hadiah berupa duit, so siapa tak nak kan? Dah lah badan bertambah kurus, dapat duit pulak tu! Penyampaian hadiah akan diberi selepas sesi timbang terakhir setiap musim. Waktu ni la dapat pulun makan macam-macam sebab kami akan buat potluck.

Aku akui Slim Fit ni sangat baaaanyak membantu aku turun berat sebab kita akan sentiasa terinspirasi tengok rakan-rakan turun berat sama-sama, pulun minum air bebanyak sama-sama, masak menu sihat sama-sama, bertukar-tukar gambar menu dalam whatsapp, bersukan sama-sama. Hilang semua stress nak kurus tu, rasa enjoy je sepanjang challenge ni, sedar-sedar dah terkurus haha :)







TABATA WORKOUT
Aktiviti tabata ni diadakan 2 kali seminggu. Malam selepas night run dan Sabtu pagi di depan kelab.

LARIAN MALAM (NIGHT RUN)
Dulu kami buat sekeliling Masjid Negeri meliputi 5km, tapi sejak ada kejadian orang dok ngintai kereta kami waktu larian, coach tukar ke Stadium Panasonic. Akiviti ni dilakukan seminggu sekali, larian lap sebanyak mana yang mampu hehe. 




BADMINTON
Also, dibuat seminggu sekali malam Sabtu. 




DAKI BUKIT
So far aku baru join sekali- daki Bukit Gasing. Tengah tunggu next session :)




MARATHON & FAMILY DAY
InsyaAllah akan diadakan di Penang pada akhir tahun nanti. Kami akan sekalikan dengan Family Day kelab so boleh lah bawa family sekali bercuti beramai-ramai. Naik bas, makan-makan... wahh bestnya! Nanti aku share gambar :)

BERJIMBA
Maksud berjimba di sini bukan pergi kelab malam atau dangdut ke apa tau. Maksudnya buat aktiviti beramai-ramai selain di atas. Antara aktiviti berjimba yang telah berlangsung: pergi open house rakan kelab, karaoke, makan durian, makan char kuey teow, tengok wayang, main boling dan lain-lain. 





****************************************
Seronok tak baca tentang kelab ni?

Best kan? Satu pengalaman positif sambil dikelilingi oleh rakan-rakan yang positif. Balik rumah pun aura positif tu melekat, aku cherish every moment aku spend dengan rakan-rakan kelab ni. Di saat aku rasa aku sedang diuji dengan macam-macam, Allah pertemukan aku dengan satu kumpulan kawan-kawan positif yang sentiasa buatkan aku tersenyum :)
Oh by the way, esok kami akan mulakan sesi timbang awal untuk Slim Fit Challenge musim baru (musim keempat untuk aku). Target aku nak turunkan lagi 3kg musim ni, doakan aku hehe.

So kepada anda yang berminat untuk join kelab ni boleh lah hantar mesej pada aku, nanti aku reply. Benda baik kita kena sebarkan betul tak?

**Untuk membaca perkongsian yang lebih detail, boleh klik di bab-bab seterusnya:
Bab 1- Tips Untuk Kurus Tanpa Berlapar
Bab 2-Amalan & Pemakanan Sihat
Bab 4- Makanan Gantian yang Lebih Sihat

Ulasan

Ikuti Saya

What Do You Think?

Artikel Popular