Mulakan Bisnes dengan RM20?

Haaaa.... Bunyi macam MLM kan?

Taklah.

Ni tips yang aku terbaca, ditulis oleh seorang sifu duit online a.k.a blogger antarabangsa, Ramit Sethi

Apa yang dikongsikan oleh beliau amat menarik. Biar aku tolong translate kan di sini :)


"Jika anda ingin memulakan perniagaan, RM20 yang paling berbaloi untuk dibelanjakan adalah dengan mencari usahawan (entrepreneurs) yang berjaya dan belanja dia makan. Dia boleh datang dari industri yang sama dengan anda atau industri berbeza -- tak kisah."
Sebagai contoh; you buat bisnes karipap. Cuba cari peniaga karipap yang berjaya dan belanja beliau makan tengahari ke. Makan malam ke... 
(Better makan tengahari kot kalau dinner takut bini atau husband dia jeles pulak hehehe).
"Habiskan 90% masa makan tu untuk berbincang mengenai:
  • Bagaimana dia boleh berjaya?
  • Apa kesilapan yang telah dilakukan sepanjang proses tu?
  • Pada minit-minit terakhir, tanya tentang idea anda. Adakah ianya gila? Apa yang patut anda fikirkan?
Setelah anda bertemu dengan 2 atau 3 orang yang berbeza, anda akan mula mendapati terdapat beberapa pattern (atau persamaan di antara mereka) yang anda belum perasan. Waktu tu anda akan sedar betapa hebatnya kesan meminta nasihat orang sekeliling kita.

Ya, nasihat itu murah. Kebanyakan orang suka bercerita tentang diri masing-masing. Tapi usahawan biasanya mempunyai kesungguhan untuk membantu usahawan lain berjaya.

Orang lain ingin membantu anda. Hanya anda yang perlu memulakan langkah dan bertanya"

Aku sukakan perkongsian ni sebabnya dalam seminar Dr. Azizan sendiri banyak kali tekankan: "Jika ingin berjaya, tanya pada orang yang berjaya. Copy paste sistem orang yang berjaya ni sebijik-sebijik (atau improvise sedikit)."

Memang sepanjang aku berbisnes ni, ada beberapa kawan-kawan & pembeli sendiri yang bertanya... Macam mana aku buat? Macam mana nak mula? Berapa modal? 
Ikutkan nak kata aku ni dah berjaya sangat tu belum jugak, aku pun masih dalam proses belajar lagi. Bisnes pun masih kecil-kecilan so agak segan jugak bila orang tanya.
Hurmmmm... Aku tak marah pun orang query macam-macam ni. Tapi kalau sampai 5 orang bertanya (pulak tu dalam Whatsapp, jenuh nak taip panjang-panjang), memang tepuk dahi jugak aku nak menaip. 
Dan bagi yang tak pernah berniaga, korang perlu tau satu perkara. Bagi seseorang usahawan tu, masa adalah emas.
So masa yang nak dihabiskan untuk terangkan dan FAQ tu pun sangat-sangat berharga bagi peniaga macam kami, lagi-lagi usahawan online. Sebabnya, daripada kami dok melayan soalan-soalan ni baik lagi layan customer atau rancang marketing, dapat duit :) Pulak tu customer ni mesej tak tentu masa. Kadang tengah makan pun dia mesej, kalau kita lambat sikit boleh melepassss....
Pernah ada sorang kawan aku jemput datang rumah dia waktu tengahari mintak tolong share tips untuk bisnes dia. Dah la rumahnya jauh, hidang makanan pun tak. Nak share tips berjam-jam jugak, sudahnya aku pulang ke rumah kelaparan sekali package dengan gastrik. Mengenangkan dia kawan sendiri aku lupakan jela benda ni, jadikan pengajaran. 
Lepas ni sape nak ajak aku bincang pasal bisnes memang aku akan ajak minum kat kedai kopi la tapi dia kena belanja hahaha. Eh ni aku bukan ungkit tau, just nak share pengalaman sadis aku seorang peniaga kecil-kecilan diperlakukan sebegini. So rasa-rasanya kalau usahawan berjaya, nak ke dia datang rumah korang dan kebulur macam tu? Aku rasa tak kot hehehe...
Jadi nya... Korang dah baca kan tips En. Ramit kat atas tu? Apa la salahnya sekali-sekala belanja duit sikit ajak usahawan-usahawan yang korang minat tu pi makan kat mana-mana. Ikut masa dia, bukan masa korang. Ni nak mintak ilmu tau, bukan keluar berjimba. 
Ntah-ntah ilmu yang dikongsi bakal merubah hidup korang so apa yang membuatkan korang fikir dia senang-senang nak habiskan masa dia dok membalas SMS / Whatsapp korang untuk share ilmu dia? 
Renung-renungkan, selamat mencuba :)

Ulasan