Rag Curls: Cara Paling Cepat Untuk Kerintingkan Rambut Anak




Haluuu.

Pernah terpikir nak try kerintingkan a.k.a perm rambut baby girl korang tak? Alaa yang sementara je, untuk fotoshoot ke, Raya ke... 

Haritu gatal tangan plk aku nak test perm kan rambut my 2-year old, semangat i olz ambek gambar sebab nak tunjuk step-by-step kat sini hehe..

Memandangkan my girl kecik lagi, aku pun usya la cara terbaekk & selamat untuk kepala dak tecik ni. Hasilnya, aku dapati Rag curl paling selamat sekali sebab bahan yg digunakan hanyalah kain perca yang digulung kt rambut & sedikit hair mousse :)


Ops, untuk pengetahuan umum, aku kerintingkan rambut dia hanya untuk photoshoot next day. Anak aku kena posing pakai baju brand member (merangkap ex-boss), untuk katalog katanyeww. So memandangkan sebelum tu MIL aku dah potong rambut depannya, terpaksa laa aku pikir cara terbaek untuk cover potongan yg terlalu pendek itu.


Gaya rambut ini seswaiii digayakan untuk apa-apa event suka suki ya.



Gini caranya:

1- Potong kain

Potong lebihan kain dengan panjang 15cm, lebar 2cm. Potonglaaa dalam 20 helai gitu, bergantung kepada kelebatan rambut anak korang.




2- Pastikan ada mainan untuk si manja

Ini penting untuk pastikan anak anda tak gerak-gerak atau keboringan sepanjang proses kerinting rambut. Kasi la dia main apa-apa sementara mak nya sebok buatkan rambut kat belakang. Lama ni oooiii, ada laa dalam 30 min kot, sian budak tu kang.

3- Gulung rambut guna kain

Belah rambutnya kepada 2 bahagian. Start dari satu bahagian dulu. Kalau ada 2 orang, boleh la sorang buat belah kanan, sorang buat belah kiri. 
Ambil sikit-sikit rambutnya, letakkan kain di atas hujung helaian rambut tu dan gulung rambut ke arah atas. Pastikan kain kekal di dalam juntaian rambut yg digulung. Nak kesan lebih kuat, sapu hair mousse kat setiap juntaian rambut sebelum digulung. Kami pakai mousse ni: 




4- Ikat gulungan

Apabila gulungan dah dekat dengan kulit kepala, ambil lebihan hujung kain kiri & kanan tu dan ikatkan di atas gulungan rambut tu, macam ni:





So dengan itu, gulungan dah selamat kekal je camtu. Biorkan... 
Buat bebanyak sampai abes rambut semua dah selamat digulung.

Ni hasil nya:


Haaa kan dah macam orang dulu-dulu tu kalau korang biasa tengok cita omputeh zaman lampau gini la budak-budak dey ols haha

Biarkan budaknya tido sekali dengan kain-kain tu sampai esok pagi. Alaaa macam kita pakai inai gitu hihi. InsyaAllah tak sakit sebab kita pakai kain je kan. 



Keesokan pagi nya... Jeng jeng jeng.....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
TADAAAA!



Kerinting abess!
Sebelum tanggal tu kakak aku pi sembur hair spray plk kt gulungan-gulungan tu nak kasi keras sikit katanya huhu... sudahnya nampak wet look gitu, keras pulak tu. Kekal laa sampai abes photoshoot tu hihi.

Hair spray yang dipakai (tak wajib pun / optional)



Tak nak pakai hair spray & mousse ni pun takpe aku rasa, lebih nampak natural kot. Aku ada test jugak buat tanpa bahan-bahan ni waktu bercuti kat Cameron Highlands hari tu, gini gaya nya:


Susah sikit nak gulung sebab rambut asyik terkeluar. 

Hasilnya:



Tampak lebih natural, bukan?

Tapi tak tahan mana pun. Adalaaaa dalam 40 20 min je hahahaa (bazir masa ja oii). Mungkin jugak sebab aku pasang ni pun dalam 1 jam je kot lepas tu tanggaltak bawak tido malam tu yang tak berapa tahan agaknya. 

Alang-alang tu biar la aku share sekali gambar photoshoot tu kasi korang gambaran jelas effect rambut kerinting tu hehe:






Haaa nampak la lain sikit rambut Iman Raihannah... kalau tak rambut dia nampak lurus beralun sikit.

By the way, lawa jugak baju-baju baby ni kan? Kalau berminat boleh pi Instagram 'Quackids'. 
Serius material dia best sangat sebab English cotton imported dari UK, lembut, sejuk. Jauh lebih selesa dari cotton Vietnam tu, so untuk baby memang best! Untuk quality macam ni, harga dia pun sangat berpatutan :)




Ulasan