Ikea Hack- Ubah Kabinet Lama Jadi Kaunter Dapur & Bar Kopi

Assalamualaikum hello, tengah makan kuih raya ke tu?

Sendiri buat sendiri makan ye dak? Aku le tu kihkih. Sungguh-sungguh buat dengan anak-anak dara ni lepas tu elok susun dalam balang, then makan sendiri hihi. Welcome to Raya PKP 3.0 guys!

Ok hari ni sister nak cerita sikit pasal Ikea hack yang kami buat pada kabinet Ikea Kallax yang dah lama kami pakai. 


Alkisahnya kabinet ni kami gunakan untuk susun buku-buku dan seterusnya diletakkan di tepi pintu untuk barang-barang persiapan  SOP sebelum keluar seperti face mask, hand sanitizer, medical kit dan lain-lain. Tapi disebabkan dia tak ada pintu, maka seperti biasa mata aku ni rasa macam dicucuk-cucuk je, geram tengok barang-barang dalam tu. Rasa macam bersepah...

BEFORE
AFTER

So bincang dengan Tuan Pengerusi (suami) awalnya kami decided untuk jual semula je. Biasa barang Ikea ni mudah nak dijual semula dalam Carousell hehe so itu plan asal. Tapi sayang pula sebab lama dah dia berkhidmat, nak beli pun bukan murah. Kebetulan kami memang ada plan nak cantikkan bar kopi (coffee bar) so aku terfikir, why not jadikan benda ni bar kopi kan? Tapi Kallax panjang, macam tak sesuai. So takpe, kita gabungkan dia jadi kaunter dapur + bar kopi memandangkan kami belum ada kitchen counter.

Seperti biasa, Pinterest dan Google menjadi sumber rujukan. So here goes cara proses pembuatan Kallax hack kami untuk ubah dia jadi perabot dapur:-


FASA-FASA YANG TERLIBAT

Terdapat dua fasa untuk kami capai misi mengubah Kallax dua tingkat kepada kitchen counter+coffee bar, iaitu:

Fasa 1-Ubah Kallax, daripada kabinet barang kepada kabinet dapur berkaki
Fasa 2- Tambah worktop dengan kaki

__________________________________

Fasa 1-Ubah Kallax Kepada Kabinet Dapur Berkaki (RM260)

Memandangkan Kallax ni mempunyai kelebaran yang agak kecil, kami dapati ketinggiannya agak rendah sekiranya ia dibaringkan untuk dijadikan kaunter dapur.

Nasib baiklah Ikea menyediakan kaki kabinet yang boleh dipasang secara manual so ini nanti aku akan nyatakan kat bawah cara-cara memasangnya. Selain memasang dua pintu kabinet, kami juga menarik keluar dua papan kayu dari Kallax agar ruang partition nya menjadi lebih panjang dan sesuai untuk diletakkan sedikit perkakas dapur seperti dulang dan teko.

So bahan-bahan yang kami pakai untuk fasa pertama ni: 

a) Ikea Kallax 2 tingkat x 1 (RM0 sebab dah ada kat rumah)

b) Ikea Capita 16cm x 2 pek (RM80)

c) Ikea Kallax insert with door, white 33cm x 33cm x 2 kotak (RM100)

d) Ikea Utrusta hinge x 2 pek (RM80)

Cara-cara:

Langkah 1- Pasangkan kaki Capita di bawah Kallax. FYI, Capita ni ada dua ketinggian, 8cm atau 16cm. Kami pilih untuk pakai 16cm supaya kaunter lebih tinggi. Dan untuk projek ni kami cuma pakai 6 batang kaki, lagi 2 batang kami simpan untuk projek masa akan datang.



Langkah 2- Sekiranya korang pilih untuk mempunyai ruangan yang panjang seperti kami, dirikan Kallax atas kaki tadi dan tanggalkan salah satu sisi Kallax. Keluarkan papan-papan di bahagian tengah yang berukuran 33cm x 33cm (no 2 & 3). Gantikannya dengan papan yang berukuran 66cm (no 1). Papan yang dikeluarkan tadi boleh disimpan buat pekasam.
Dah setel bab tu boleh lah pasang semula papan bahagian sisi Kallax tadi.


Langkah 3- Pasang pintu (Kallax insert with door) pada mana-mana ruang Kallax yang korang nakkan ia bertutup. Insert ni perlu dipasang menggunakan Utrusta hinge ye, so jangan terlupa beli pula. Untuk pilihan kami ni, kami perlukan lebih kurang 2 ruangan bertutup untuk simpan makanan supaya tak nampak bersepah. In fact, bahagian tempat simpan teko pun kami nak tutup dengan insert glass sebenarnya, tapi Ikea Malaysia masih belum ada stok ni (for now hanya ada di UK sahaja), so takpe, kita tunggu dah ada kat Malaysia baru pasang hehe.

Actually waktu ni kami pasang worktop terlebih dahulu sebelum pasang pintu Kallax. So either or, korang boleh pasang pintu ni sebelum atau selepas pasang worktop, takde masalah:)

__________________________________

Fasa 2-Tambah Worktop dengan Kaki (RM360)

Untuk bahagian worktop ni asalnya kami nak letak tabletop sahaja memandangkan harganya yang lebih murah berbanding worktop di Ikea, malangnya ukuran yang kami nak dah tak ada stok. Pusing punya pusing, survey punya survey, kami buat keputusan untuk beli worktop dan potong sahaja ikut selera. Sekiranya suami korang tukang kayu ke, ada banyak lebihan papan kayu atau ada stok kayu pine atau kayu pallet kat rumah, boleh juga dipakai sebagai alternatif worktop.

Beza tabletop dengan worktop Ikea ni yang aku nampak adalah: tabletop dah tersedia dipotong (tak sesuai untuk dipotong lagi) dan lebih nipis, manakala worktop ni lebih tebal dan boleh dipotong. Malah pihak Ikea juga ada sediakan kertas tampal untuk hujung worktop seandainya pengguna potong, so bahagian kayu yang terserlah setelah dipotong nanti boleh ditampal dengan kertas corak worktop tersebut. Err... Faham kan? 😅

Untuk pengetahuan anda juga, terdapat pelbagai corak dan warna worktop dan tabletop di Ikea, so harga pun berbeza mengikut jenis material, ketebalan, panjang dan sekiranya ia adalah corak baru/lama.

Untuk bahagian kaki pula, kami pakai Olov (kaki boleh laras) yang berketinggian max 90cm, so kalau anda nakkan kaunter dapur yang lebih tinggi kena pakai kaki lain lah ya.

So bahan-bahan yang kami pakai untuk fasa kedua pula ialah: 

a) Ikea Saljan Worktop beige stone effect/laminate 186cm x 3.8cm (RM270)

b) Ikea Olov leg, adjustable, white 33cm x 33cm x 2 kotak (RM100)

Cara-cara:


Langkah 1- Potong worktop sekiranya ia terlalu panjang untuk dapur anda. Kalau tak perlu potong lagi bagus. Kami hari tu pakai gergaji tangan je, macam buat projek Kemahiran Hidup haha. Worktop dia ni agak mudah digergaji (aku cakap memang senang lah, yang buatnya Tuan Pengerusi 😂). Ada la dalam setengah jam dok gergaji benda alah tu. Tampalkan kertas corak worktop pada bahagian yang telah dipotong untuk tutup permukaan kayu dengan menggunakan gam kayu.
DISCLAIMER: Untuk elakkan kayunya terpecah sewaktu digergaji, sila selotep dulu pakai cloth tape pada bahagian yang ingin dipotong. Ni kesilapan kami hari tu, moga korang tak terbuat juga😅.

Langkah 2- Terbalikkan worktop dan pasangkan kaki Olov di dua penjuru hadapan worktop. Boleh tambah lagi satu kaki di penjuru belakang sekiranya perlu, tapi kami tak buat sebab mengganggu laluan ke dapur.


Langkah 3- Letakkan worktop berkaki di atas kabinet. Kami tak lekatkan worktop tu pun, hanya letak di atas sahaja dah cukup kukuh. Lagipun dengan cara ni, kami bebas untuk tukar worktop di masa akan datang jika perlu. Kot laaa dia rosak ke atau kitorang saje nak tukar warna / corak ke, kami hanya perlu angkat, cabut dan tukar.

-

And your DIY kitchen counter / coffee bar is done at a total cost of RM620 :)

Hack kali ini agak mudah sedikit, kami yang amatur ni berjaya selesaikan dalam masa 3-4 jam je, apatah lagi yang expert macam korang hehe.

Mungkin ada di antara korang yang akan dispute, kata mahal atau boleh dapat yang lagi murah kat Shopee or tempat lain. Tapi bagi aku ianya berbaloi sebab kami recycle/reuse menggunakan kabinet sedia ada, yang sesuai dengan keluasan rumah dan boleh di custom-made mengikut keperluan kami sekarang atau pada masa akan datang. Nak letak pintu ke, tak nak letak pintu ke, nak ruang panjang or pendek, semuanya ikut apa yang kami nak dan dengan kualiti bahan yang dipakai, aku happy dengan hasilnya.

Untuk lihat cara-cara kami buat ruang penyangkut beg (mudroom) di sebelah kanan tu, boleh klik di sini.

Lastly, please comment or share this post sekiranya membantu korang ye. Thank you for reading!

UPDATE: Baru-baru ni kami tambah rel kecil (Ikea Kungsfors) kat belakang worktop untuk buat gantung kain lap tangan. Cara pasang mudah sangat, hanya pakai skrewdriver je untuk lekatkan rel ni.

Editing bits credit to Brusheezy

Ulasan

  1. Cantiknya.. Pandai buat... Memang terus wowww sangat2

    BalasPadam
  2. Cantik pula kejadiannya ye. Nie namanya kita upcycled produk nie - dinaiktaraf dan jadi makin indah. Tahniah Tuan Pengerusi hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya benar, upcycle namanya hehe, terima kasih :)

      Padam
  3. x tau nak ckp macam mana...for me...its a WOW... kita sendiri x pandai nak DIY cenggini...cantik laaaa

    BalasPadam
  4. Memang WOW sangat kejadiannya selepasnya :)

    BalasPadam
  5. Cantiknya rumah dia, eh sama la gigih buat kuih raya makan sendiri haha, haaa nasib baik tak jual lagi kan, kejadian lagi cantik dan nampak gah gitu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah nasib baik Allah bg ilham 😂 Ya betul tu sis, kita buat kita makan hahaha sadis 🤣

      Padam
  6. Wow cantik dan kemas! Yang hujung tu ruang terlebih ke sis atau memang reka camtu. Macam khai pun suka yang simple cuma kalau putih ni kena pandai jaga la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah tq Khai, sep sikit penggemar deko putih hehe! Yg hujung tu asalnya ruang kosong, kami buat mudroom secara DIY juga. Link cara buat ada di sini:

      http://www.yaniepedia.com/2021/04/diymudroom.html?m=1

      Padam
  7. kreatifnya. cantik jugak kan ubahsuai camni, jimat pun jimat, boleh ikut bajet kita sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul tu sis, progres projek pun berjalan mengikut bajet kita :)

      Padam
  8. nice la! kadang kadang tak terfikir pulak boleh diy macam ni. kat pinterest memang banyak idea menarik. and bagus jugak ada husband handyman. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih :) Alhamdulillah tercapai hajat. Biasa layan Pinterest ni setakat berangan je kami hehe

      Padam
  9. Betul kata pepatah kalau rajin dan ada usaha mesti akan jadi punya tengok lah ubah perabot lama jadi nampak lebih moden dan cantik hehehe kalau jual naik harga tu. Kita ni nak juga cuba buat kat rumah ni masa tak ada hehehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul faham sangat. Kami sendiri ambil masa setahun nak bagi siap ni nasib baik tahun ni menjadi jugak :) Moga terinspirasi ya

      Padam
  10. This is so brilliant and truly impressed with the final product ya! Walaupun DIY tapi nampak macam beli beribu riban taw! good job sis and husband..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks Nelfei, appreciate it, so kind of you :)

      Padam
  11. this cabinet/shelf is super beautiful and it fits flawlessly into your home. i love how it doubles as a kitchen island and a high table too.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks Grace, yes it functions for both. Glad you like it :)

      Padam
  12. Huyooo awesome kak hasilnya! Tengok setiap step by step tu. Terinspirasi saya nak cuba. Ini kerja pertukangan yang serius. Hahaha. Nanti nak cuba buat. Doakan menjadi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha ya mmg serius diknon, sampai sekarang sakit lagi kaki ni akibat banyak sangat berjalan dok survey komponen segala ni, Alhamdulillah tak sia-sia hehe moga terinspirasi ya :)

      Padam
  13. Wishlist Sis di dapo.. one day nak kaunter masak tengah-tengah dapo.. at least ada sinki.. tp simple macam ni pun ook.. senangkan nak buat kerja di dapo...

    BalasPadam

Catat Ulasan

What Do You Think?

Artikel Popular