6 Tips Persediaan Pindah Rumah Yang Anda Perlu Tahu

yaniepedia

Proses pindah rumah tidak perlu menjadi satu perkara yang memeningkan. Jadikannya lebih mudah dan menyenangkan dengan mengikuti 6 tips persediaan pindah rumah seperti berikut:

1- Kurangkan Barang-barang Anda

Semasa anda ingin pindah rumah, anda mesti tidak ingin membayar untuk perkhidmatan lori sewa di Puchong untuk memindahkan barangan yang akhirnya anda akan buang di tempat baru setelah barangan tersebut telah dipindahkan. Oleh itu, anda disarankan agar membuang dan pilih barangan yang akan dipindahkan dengan teliti, sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum anda berpindah. Pastikan anda mengeluarkan semua barangan dari bilik stor dan bilik tidur tetamu. Kadang-kala anda akan berasa terkejut apabila mengetahui berapa banyak barangan yang telah anda kumpulkan selama ini.

2- Rancang Susun Atur Perabot Di Tempat Baru

Sila bayangkan rumah kediaman baru dan fikir bagaimana anda akan menyusun perabot di sana nanti. Fikirkan juga sama ada anda benar-benar akan menggunakan perabot yang sedia ada di kediaman baru ataupun tidak
Dengan ini, anda boleh menentukan perabot yang sesuai untuk rumah tersebut. Sekiranya perabot semasa anda tidak sesuai, anda boleh jual, berikan kepada mereka yang memerlukan atau dapatkan khidmat buang perabot lama untuk membawa ia ke tempat pembuangan sampah dengan segera. Buat dengan segera supaya anda mempunyai lebih banyak masa untuk menjual barang yang tidak diingini dengan harga yang berpatutan dan tidak akan terdesak untuk menyingkirkannya sebelum hari berpindah.

yaniepedia.com

3- Pertimbangkan Penggunaan Syarikat Pemindahan Dan Survey Harga

Sila lihat kembali jumlah barangan yang ada. Bayangkan sekiranya anda perlu mengambil setiap barangan tersebut, memuatkannya ke dalam kotak, memunggah dan meletakkan kotak tersebut tanpa mencederakan pinggang anda. 
Pekerja pemindahan yang profesional dapat mengurangkan tekanan mental dan fizikal anda dengan membantu anda memuat dan memunggah barangan pada hari berpindah. Sekiranya anda memutuskan untuk mencari syarikat pemindahan, anda boleh bermula sekarang untuk mencari syarikat lori transport yang baik agar anda mempunyai masa untuk mendapatkan harga yang kompetitif.

4- Kenalpasti Barang Berharga Dan Barang Mudah Pecah

Walaupun selalunya sebahagian besar barang-barang boleh terus masuk ke dalam kotak, anda masih perlu berhati-hati dengan susunan barang-barang yang mudah pecah. Barangan tersebut perlu dikemas terlebih dahulu secara berasingan dari pada barang-barang yang lain. Anda boleh membalut barangan yang mungkin pecah dalam pembungkus gelembung atau bungkusan tambahan, kemudian labelkan kotak ini sebagai barangan mudah pecah. Sekiranya boleh, anda harus memindah barang-barang ini dengan menggunakan kereta anda dan bukannya lori. Sama juga dengan barangan yang berharga. Asing, bungkus dan labelkan. 

5- Mulakan Proses Mengemas Barang

Perkara yang boleh anda lakukan untuk membuat pembungkusan atau pengemasan barang dengan lebih mudah: beli bahan pembungkusan yang berkualiti, termasuk kotak yang mencukupi, pembalut gelembung, surat khabar atau bahan pelindung untuk diletak di antara setiap barang bagi mengelakkan barang tercalar atau pecah. Jangan letak terlalu banyak barang dalam satu kotak. Anda harus meletakkan barang berat di kotak-kotak secara berasingan dan tulis isi kandungannya di setiap kotak. 
Sekiranya anda berasa proses sebegini terlalu menyusahkan, anda boleh mendapatkan pekerja pemindahan dan pembungkusan untuk mengemas barang-barang dengan mudah. Barangan anda akan dibungkus oleh pekerja pakar yang akan melakukan kerja ini dengan cepat dan berhati-hati. Anda juga boleh meminta mereka membuka bahan pembungkusan untuk anda di tempat baru. Secara amnya, syarikat lori hantar barang profesional memerlukan setengah hari atau satu hari penuh untuk mengemas barang, bergantung kepada jumlah barang yang anda miliki.

mover2u

6- Dapatkan Bantuan Syarikat Pemindahan Yang Dipercayai

Sekiranya anda sedang mencari syarikat lori sewa di Selangor yang boleh dipercayai, sila cari Mover2U. Mereka telah beroperasi di Lembah Klang dan bandar-bandar berhampiran selama bertahun-tahun dan merupakan syarikat pemindahan yang profesional untuk menguruskan pemindahan rumah kediaman dan perabot. Hubungi mereka untuk sebut harga PERCUMA hari ini.

Ulasan

  1. Tips yg sangat berguna ni. Adoiii sebut pindah rumah mmg dah terbayang letihnya nak kemas umah yg nak pindah pastu kemas umah baru plak haha

    BalasPadam
  2. Haaaa lamanya xjumpa akak!

    BalasPadam
  3. Tips yang amat berguna dan penyelamat keadaan. Yang mana rasa tak perlu, boleh la sedekahkan kepada jiran. Kan...

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas perkongsian tips. Tip #1 tu saya paling suka. Kena 'Marie Kondo' dulu rumah sebelum pindah. Saya pun jenis tak suka ada barang banyak2, sebab fikir nanti nak pindah, susah. Haha

    BalasPadam
  5. Kita baru mengemas bilik buang barang2 tak pakai dekat 3 guni. OMG entah apa yg Bella simpan. Ni baru lega sikit mata. Kalau pindah memang penat nak bungkus, nak angkut. Btw tips sangat berguna.

    BalasPadam
  6. Teringat balik masa pindah hari tu. Masa packing tu beriya label semua kotak. Bila dah masuk rumah, rasa malas pula nak unpack hahaha. Sampai sekarang masih ada lagi kotak yang tak unpack.

    BalasPadam
  7. Bagus tips sebegini utk yg bru pindah rumah.. Kadang yela kelam kabut smpai terlupa nk susun atur brg mana yg sepatutnya... Thanks share!

    BalasPadam
  8. terima kasih bagi tips yang bagus ni. pindah ni memang penat macam2 benda nak buat

    BalasPadam
  9. Ni kalau ada servis pindah rumah macam kat Korea tu mesti lagi power syarikat tu. Tapi ialah kan ikut kesesuaian tempat jugak. Apapun ini memang tips yang bagus walaupun belum ada rancangan untuk pindah tapi boleh share dengan orang lain.

    BalasPadam
  10. Bab buang barang tu betul. kemas mana yang nak dibawa je. Bab susun barng mana yang kaca tu pun ye. Senang ornag yang angkat takdala rosak nanti

    BalasPadam
  11. Betul juga kan! Sekarang ada Mover2U ni senang kerja kita... boleh consult the expert and save the cost!

    BalasPadam
  12. Tips yang sangat berguna ni bagus dan juga memang perlu tahu agar proses pemindahan menjadi lancara dan kurang malasah yang kita tidak jangka akan berlaku.. Thank tau share ilmu ini....

    BalasPadam
  13. Kalau kata pindah rumah ni, dah 3 kali Sis berpindah.. rasa seriau tobat nak mengemas adoii.. now duduk lee rumah sekarangs ampai tua hahaha

    BalasPadam
  14. Bab mengemas pindah rumah memang struggle giler. Part sorting nak buang tu yg sadis. HAhaa... Tapi once dah buang rupanya idok let susah mana rasa Sayang barang tu. Hehee

    BalasPadam
  15. Thanks foe sharing these tips, memang banyak benda yang kena plan and prepare sebelum pindah rumah.

    BalasPadam
  16. Thank you for the tips. I hate moving actually. All that packing and unpacking...huhu

    BalasPadam
  17. Nice tips... Akak baru pindah last year.. Proses pindah2 ni adalah proses yg memenatkan 🤣

    BalasPadam
  18. absolutely good tips shared here for moving house, actually I scard of moving hourse, just too much preparation works. cheers, siennylovesdrawing

    BalasPadam
  19. Kami memang tengah prepare nak pindah rumah. Duduk rumah sekarang dah 6 tahun lebih, point no 1 tu punya lah payah sebab banyak gila barang Haha.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Ikuti Saya

What Do You Think?

Artikel Popular