4 Hari Safiya Terlantar Di Hospital, Ini Rupanya Puncanya...

Aku cerita kisah ni panjang lebar untuk rujukan mak bapa di luar sana yang mungkin akan hadapi perkara ni suatu hari nanti, at least dah prepare dan tau nak buat apa. Yela bila anak sakit macam ni agak payah sikit nak cari punca sakitnya kan, kita juga yang susah hati...
7 Feb 2021 | Ahad
Aku sambut hari jadi ke-35 di rumah dgn suasana yang bagiku sangat indah.
Aku tak tahu yang aku bakal hadapi huru hara bermula hari seterusnya. 
Itulah namanya takdir, tak ada siapa boleh teka. Semua ketentuan Allah, kan?


8 Feb 2021 | Isnin
Jam 10pm. Malam ni kami semua tidur awal akibat kepenatan. Apa yang lelah sangat aku pun kurang pasti. Anak keduaku, Safiya tak mau tidur dari tadi. Asyik mengajak teman ke bilik air, nak yak yak katanya. 
Hairan aku, sepanjang hari ni asyik buang air besar. Malam ni je dah 3 kali, kali ketiga ni langsung tak keluar apa. Aku pun mula la bising, kenapa berak tak mau habiskan? Macam-macam aku marahkan Safiya, kesian dia. Aku ugut dia tak mau temankan lagi dah lepas ni, aku ingatkan dia saje buat perangai manja dia, yak-yak sikit-sikit... Sambil tersedu-sedu dia dengar bebelan Ibu dia ni dan cuba tidur dalam kesakitan yg aku tak perasan. Alahai sedihnya bila ingat balik...

Tapi lepas 15 minit macam tu aku rasa bersalah sangat. Aku peluk Safiya, minta maaf dengan dia dan usap badannya. Aku bagitau dia kalau sakit perut lagi bagitau Ibu, Ibu takkan marah dah.
Betul jangkaanku, beberapa minit kemudian dia mengadu sakit perut lagi. Ku capai minyak angin, sapu, urut-urut perut Safiya. Aku perasan dia tak boleh baring, duduk mengerekot tahan sakit. Baru aku perasan rupanya dia bukan cirit-birit, tapi nampak macam tengah tahan senak perut. Kelam-kabut aku buat milo panas dan bakar bawang putih malam tu, bagi Safiya makan. Sedihnya sakit perut Safiya tak surut-surut, jam 2 pagi tu ku kejutkan suami ajak ke hospital.

Sesampainya kami di hospital, tak sempat jumpa doktor Safiya muntah semuanya keluar depan orang ramai. Aduhaiii lah anak, maafkan Ibu tak perasan Safiya sakit... 
Dah muntah macam tu terpaksa lah kami balik sebab baju semua dah kena muntah. Balik tu Safiya tidur nyenyak bermula jam 5 pagi, kami ingatkan Safiya dah sihat, rupanya...


9 Feb 2021 | Selasa
Tengahari lepas bangun tidur tu Safiya kembali ceria, makan tengahari dengan happynya tapi tak lama. Lepas makan dia mengadu sakit lagi, kalini berguling-guling dia minta diurut perut. Macam-macam petua ku buat untuk bantu Safiya— antaranya buat teh halia. Safiya siap kunyah-kunyah dan telan halia tu satu-satu tapi tak membantu juga. Muntah-muntah jangan cakap la, entah berapa kali... 

Sayu aku dengar Safiya merayu-rayu, “Ibu please, make me better. I want to be better...” katanya. Cuba buang air, masih hampa. Tak ada apa keluar hatta kentut sekali pun. Kami decide untuk bawa Safiya ke klinik berdekatan dan doktor sahkan masalah angin je so ubat-ubat yg dibekalkan adalah untuk kembung perut dan tahan sakit. Pesan doktor, kalau ubat tak memberi kesan dalam masa sehari, kena bawa Safiya segera ke hospital. 

So lepas dapat ubat tu kami suapkan pada Safiya dalam klinik terus sebab dia dah meraung-raung kesakitan dan seperti semalam, dia muntahkan semua ubat tu atas lantai klinik huhu. Nasib baik kami dah prepare baldi dan baju extra siap-siap. 


10 Feb 2021 | Rabu | Siang
Keadaan masih sama, Safiya masih muntah-muntah, tak boleh telan makanan langsung. Sudahnya kami bergegas ke Avisena, doktor kata usus Safiya ada bunyi pelik. Dia nak admit Safiya untuk drip air, tapi disebabkan kami belum ada insurans, aku minta doc tulis surat refer doktor kat Hospital Shah Alam je. Dan bergegaslah kami ke sana untuk dapatkan bantuan demi Safiya. 

Di HSA doktor minta Safiya buat X-Ray & ujian darah. Alhamdulillah semuanya normal, doc minta kami teruskan ubat angin yang dibekalkan oleh klinik swasta semalam je.


10 Feb 2021 | Rabu | Malam
Kesian Safiya, dah makan ubat pun masih meraung-raung minta ‘dibetulkan’ sakit perutnya. Pakej sakit kepala sekali, kata Safiya, “Ibu, there’s something wrong with me. There’s something wrong with my head and my tummy.” 
Ya Allah, untuk budak 4 tahun cakap macam tu, hati mak bapak mana lah yang tak tersentuh kan... 
Aku pun apa lagi, “Bang, jom kita bawak budak ni pergi hospital balik. Sakit sangat dia ni.” 

Dan Alhamdulillah aku lega buat keputusan ni. 
Malam tu doc buat ujian darah sekali lagi, semua ok. Tapi doc kata Safiya perlu warded sebab dah lemah, perlu dimasukkan air. Yela, dah masuk 3 hari makanan susah nak masuk kan. Kesiannya lah wahai anak, sedih kalau ingat balik...

Setelah 2 jam menanti di wad pemerhatian, jam 5 pagi tu kami (aku dan Safiya) dihantar ke wad paediatrik yang lebih selesa. 4 hari kami di situ dan sepanjang masa tu nurse pantau air drip, bagi ubat cair najis sekali dan ubat tahan sakit setiap hari. Ubat yang dapat dari klinik swasta diberhentikan sama sekali. Dan sepanjang di wad ni jugalah aku mengurut perut Safiya, jarang dapat rehat sebab hampir 24 jam dia minta aku urut perutnya pakai minyak angin. 


11 Feb 2021 | Khamis

Doc kata Safiya kena puasa. Aku pun kurang pasti kenapa tapi dia pun tak kisah sebab dia memang takde selera makan. So mengharapkan tenaga daripada air drip jela sejak malam tadi. 
Harini juga doc buat ultrasound kat perut Safiya, untuk lihat kot ada usus yang termasuk antara satu sama lain... Alhamdulillah semuanya ok dan pagi Khamis tu dia merayu minta minum air. Permulaan yang baik memandangkan sebelum ni Safiya langsung tak mau jamah apa-apa sebab perutnya terlalu sakit. So tengahari tu doc izinkan Safiya makan dan dia mula jamah 5 sudu nasi goreng. Tengahari aku menjadi saksi Safiya mengeluarkan sendawa dan kentut pertama selepas 3 hari langsung tak buang angin. Dan petang tu juga dia mula buang air besar tapi sikit dan dengan susah payah dia meneran. 

Ya Allah, tak pernah aku rasa lega macam ni sekali bila anak membuang, all these time kita ambil mudah nikmat sebegini kan? Sekali Allah tarik, sengsara hidup oi...


12 Feb 2021 | Jumaat
Selepas 3 hari tak mandi, akhirnya kami mandi juga pada hari Jumaat nan indah ni. Indah lah sebab Safiya berak kali kedua, tapi masih sedikit seperti semalam. Untuk raikan kejayaan Safiya berak, ku dandan dia cantik-cantik, dengan harapan dapat balik hari ni hihi. 

Namun langit tak selalunya cerah. Sakit perutnya kembali datang menyerang. Selera makan mati balik. Dan seperti sebelumnya, dia merayu-rayu minta aku urut perutnya, dia jadi macam ketagih minta aku pakai minyak angin sebab seolahnya itu sahaja yang mampu memberi sedikit kelegaan. Sayu hati tengok anak sakit meraung-raung minta diberi kesembuhan, apa sahaja lah kudrat aku sebagai manusia, rasa useless betul aku waktu tu sebab hanya dapat lihat tapi tak mampu buat apa-apa untuk bantu dia...

Aku buntu. Aku putus asa. Banyak dah ikhtiar aku lakukan. Ikhtiar secara alami, secara perubatan moden, secara rohani... Sedih tengok anak umur 4 tahun tak mampu berdiri, hanya mampu mencangkung, mengerekot menahan sakit perut. Ku lihat ubat-ubatan yang diberi kepada Safiya semua tak memberi kesan, jadi apa je lagi yang boleh aku lakukan sekarang?

Tiba-tiba entah macam mana Allah berikan aku ilham untuk panggil doc minta tengok anak aku sekali lagi. Aku minta Safiya tunjukkan semula di mana point yang sakit, kali ni dia tunjuk di bahagian atas pusat, yakni di ulu hati (sebelum-sebelum ni dia tunjuk atas pusat atau tepi perut). 
Sejurus dapat petunjuk baru tu doc kata nak bagi ubat gastrik pula. 

Haaaa gais, sila ingat fakta ni ya. Kat sini lah aku perasan kesilapan teknikal yang berlaku. 

Ubat angin dan ubat gastrik itu berbeza tauuu. Memandangkan aku ni bukanlah seorang doktor, aku ingatkan ubatnya sama, rupanya berbeza. Doc kata dorang takkan berikan ubat angin kepada kanak-kanak tapi kalau didapati budak tu gastrik, yes. Dorang akan bagi ubat gastrik. Dan ubat gastrik (juga dikenali sebagai ubat kapur) ni lah yang ku harapkan doc bagi since day 1 tapi semua doc tak kasi. Sebab aku sendiri kadang-kadang sakit macam ni, dapat ubat kapur terus hilang. Tapi di pihak doc pula, dorang bagi ubat berdasarkan point sakit yang ditunjuk oleh kanak-kanak tu.

Dan Alhamdulillah, walaupun mulanya Safiya muntah-muntah apabila diberi ubat tahan sakit dan gastrik pada hari tu, keadaan dia bertambah baik selepas diberi ubat semula (dia tahan muntah kali kedua diberi makan tu). 

Syukur malam tu Safiya dah kembali ceria seperti Safiya yang asal. Dah boleh bercerita, ketawa dan tidur dengan nyenyak tanpa perlu ku urut. Di situ kami simpulkan dia sakit perut rupanya akibat gastrik, bukan angin semata-mata. Malam tu aku rasa seronok sangat dapat layan Safiya borak. Kami tidur berpelukan dalam katil kecik tu dan bila ku lihat dia tidur sambil tersenyum, Allah... Aku rasakan moment tu antara bonding moment yang terindah antara kami.

 


 



13 Feb 2021 | Sabtu
Hari keempat kami di sini. Pagi tu aku bangun dengan perasaan membuak-buak mengharapkan boleh discharge. And yes, doc bagi green light walaupun Safiya masih struggle untuk buang air besar, tapi aku masih mengharap semuanya kembali normal. 
Unfortunately tengahari dia mula sakit perut balik selepas makan. Aku dah mula stress dah. Awat datang balik, ingat dah makan ubat semalam harini dah ok?

Oh aku silap kawan-kawan, untuk kanak-kanak dos ubat gastrik dia sangat sedikit dan cair, tak macam orang dewasa. So tak hairan lah kenapa dia masih perlu makan ubat tu lagi harini. 

Jam 3:30pm aku minta nurse berikan ubat gastrik yang sepatutnya dibekalkan untuk discharge petang nanti. Jam 6:30pm, baru ubat tu beri kelegaan. Lama sangat masa diambil untuk ubat tu berkesan sebab Safiya diberi ubat selepas makan (ubat gastrik perlu diambil sebelum makan). 
Alhamdulillah lega bila tengok dia dah tak sakit perut. Saspen betul ðŸ˜…
Rindu betul budak ni kat abah dia. Dah peluk tak mau lepas...

Di rumah masih saspen lagi sebab tengah malam Safiya terbangun sakit perut lagi katanya. Ubat gastrik hanya boleh dimakan sekali sehari, maka terpaksa aku berikan dia ubat tahan sakit untuk bertahan sampai esok.


14 Feb 2021 | Ahad
Pagi ni mak mertua dah set appointment untuk Safiya dengan makcik tukang urut. FYI, makcik ni lah yang urutkan aku selepas bersalin dulu dan urutannya memang syok! 

Sejurus je makcik tu letak tapak tangannya kt badan Safiya, bukan main banyak makcik tu sendawa. Dia jentik badan Safiya, dari dada sampai ke perut bunyi seperti bergema. Terkejut makcik tu, banyak sangat angin katanya, kat kepala pun sama. Sepanjang makcik tu urut Safiya dia dok sendawa non-stop, aku yang tengok pun puas hati huhu. Makcik tu kata ada najis keras sangkut kat usus Safiya so dia nasihatkan kami untuk bagi makan bubur nasi dan yakult kat Safiya selepas ni. 

Kami ikut cakap makcik tu dan Alhamdulillah malam tu Safiya terbangun, perut tak selesa lagi katanya. Aku dah fobia ni takut sakitnya kembali, tapi rupa-rupanya dia nak buang air besar. Kalini memang banyak angin dan najis yang dikeluarkan, syukur sangat-sangat ya Allah...

Kini selepas seminggu, Safiya dah kembali sihat, Alhamdulillah. Kembali ceria seperti biasa, suka mengusik dan suka buat lawak. Setiap kali sendawa atau kentut dia report kat aku ðŸ˜‚.

Oh sebelum lupa, aku nak bagitau yang Wad Paediatrik Hospital Shah Alam bagi aku sangat-sangat selesa. Doktor dan nurse sangat-sangat baik dan sopan, lemah lembut dan nampak genuinely concern. Setiap kerisauan aku dorang ambil berat. Aku sangat berterima kasih dengan dorang, layanan dorang 1st class! Jauh beza dengan layanan kasar di Wad Materniti Hospital Shah Alam yang bagi aku penuh toksik sampai aku fobia nak bersalin kat situ, huhu.

Sekali lagi, aku ucapkan terima kasih kepada staff di Wad Paediatrik Hospital Shah Alam, semoga Allah rahmati anda semua.

*Nota: Kesan penggunaan minyak angin 24 jam selama seminggu tu, kulit perut Safiya jadi kering dan gatal-gatal.

Ulasan

Ikuti Saya

What Do You Think?

Artikel Popular