Resipi Basque Burnt Cheesecake Gerenti Jadi!

Hai sis!

Pernah tak korang alami kejadian di mana tiba-tiba ada sanak saudara call bagitau nak datang rumah lalu korang pun dengan kelam kabutnya kemas rumah, sapu sampah, lap meja, basuh toilet, malah transform jadi tarzan jerit kat anak-anak suruh kemas rumah? Pernah tak u ols? Eleh pernah kan, mengaku cepat hihi.

Lepas tu kan, dah kemas rumah baru terfikir, "Eh aku nak masak apa nak hidang kat diorang ni ye?" 

Kah kahhh (ketawa sebab ada pengalaman).

Ok jangan risau, di sini kakak ada satu resipi yang mudah, gerenti menjadi dan bakal memberi persepsi positif kepada tetamu korang nanti. FYI ni pun first time juga aku buat ni, hidangkan kat keluarga besar waktu pot luck haritu, Alhamdulillah ramai suka fuhhh nasib baik😅. Maka terimalah...


RESIPI BASQUE BURNT CHEESECAKE

Bahan-bahan:

* Pastikan semua bahan-bahan berada pada suhu bilik agar mudah diadun

1)    Butter / Mentega (untuk disapu pada bekas)

2)    Cream cheese jenama Tatura 250g x 3 bungkus

3)    1 1/2 cawan gula

4)    6 biji telur gred A

5)    2 cawan krim masakan

6)    1 sudu kecil garam

7)    1 sudu kecil perisa vanila

8)    1/3 cawan tepung gandum

9)     Buah-buahan dan gula icing (untuk hiasan)

10)    Peralatan: Loyang kek (non-stick) dan kertas minyak (baking paper)


Cara-cara:


Langkah 1
Cream cheese dan gula dipukul pada kelajuan sederhana rendah sehingga sebati (tiada ketulan gula kelihatan) lebih kurang 2 minit.

Langkah 2
Tingkatkan kelajuan dan campurkan telur sebiji demi sebiji (pukul telur 15 saat sebelum tambah telur seterusnya). 
Kurangkan kelajuan dan tambahkan krim masakan, garam dan perisa vanila. Pukul hingga sebati, lebih kurang 30 saat. 

Langkah 3
Tambahkan tepung gandum ke dalam adunan dan kacau hingga sebati, lebih kurang 15 saat. 
Pastikan semua sisa tepung di spatula dan seluruh mangkuk digaulkan bersama dan teruskan memukul adunan sehingga membentuk adunan yang halus dan sebati, lebih kurang 10 saat macam tu.



Langkah 4
Panaskan oven sekurang-kurangnya 30 minit.
Pada masa yang sama, sapukan mentega ke dalam loyang dan letakkan baking paper.  Pastikan baking paper disusun dengan ketinggian melebihi loyang tersebut (lebih kurang 2 inci lebih tinggi). Boleh lipat baking paper secara 'pleated' dalam loyang tersebut supaya lebih kemas. 

Langkah 5
Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah disediakan. 
Bakar cheesecake pada suhu 230°C selama 30-35 minit, sehingga permukaan kek berwarna perang gelap dan bahagian tengah kek masih kelihatan lembut dan 'jiggly'.
Cuba goyang-goyangkan loyang dengan lembut, tengok kek gegar-gegar ke tak. Kalau gegar gedik-gedik tu kira masak dah tu. Biarkan dia menyejuk selama 2-3 jam pada suhu bilik sebelum dihidang. Bahagian tengah kek akan kelihatan mendap sedikit ke bawah. 

Untuk lebih instagramable atau saje nak tayang bakat kat mak mertua, boleh lah hias cantik-cantik mengikut cita rasa sendiri hehe :)

My Basque Burnt Cheesecake time ni tak sempat nak disejukkan sebab tetamu dah sampai, so dia nak mendap kat tengah tu pun tak sempat 😂

* Jangan panjangkan masa membakar, takut nanti kek akan terlebih masak dan bahagian dalam kek jadi tak comel serta berketul-ketul. Lagipun bahagian rentung atas tu akan menjadi semakin gelap lepas dikeluarkan dari oven, so jangan risau kalau kek tak berapa gelap lepas bakar setengah jam tu.

* Kek boleh disimpan di dalam peti ais sebelum dihidang atau boleh juga dihidang pada suhu bilik, ikut kesesuaian tekak anda :)

Comments