MYEGGWHITE Review: Cara Mudah Untuk Pakai Dan Simpan Putih Telur

Tahukah anda yang kini kita wanita Malaysia dah tak perlu sibuk-sibuk pecahkan dan asingkan telur untuk dapatkan putih telur?

Tahukah anda bahawasanya kini terdapat satu botol yang bakal menjimatkan masa dan tenaga anda hanya dengan menuang isi putih telur? 

Yes! That being said, I present to you- MYEGGWHITE!

Jeng jeng!

Untuk korang yang sejenis memerlukan putih telur yang banyak untuk masakan for like, buat kek ke, untuk buat krim ke, untuk jaga kesihatan atau untuk makanan diet. Aku memang sarankan MYEGGWHITE sebab memudahkan kerja.


Tak perlu dah nak pecahkan dan asingkan telur banyak-banyak.

Untuk diet, memang disarankan untuk elak makan kuning telur kan so bagi aku memang senang kerja nak buat egg muffin atau egg roll atau lain-lain masakan yang memerlukan telur tanpa pengambilan kuning telur. Boleh je makan kuning telur tapi kalau kadang-kadang dapat elak tu kan bonus. 

Selain untuk masakan, boleh juga masukkan dalam protein shakes untuk korang yang sejenis kuat bersenam atau tengah dalam proses bina otot (muscle building) sebab MYEGGWHITE ni 100% daripada telur asli yang telah di pasteur kan so selamat digunakan. Hanya perlu tambah je dalam shake so nanti shake akan jadi lebih likat dan mengandungi lebih protein, banyak kegunaan EggWhite ni, aku suka!

Eh, untuk korang yang sejenis tak makan kuning telur pun recommended la pakai MYEGGWHITE, pastikan sentiasa ada sebotol dalam peti ais tau, hehe. Harga dia bagi aku sangat berpatutan sebab sebotol ni dihasilkan daripada 30 biji telur gred A, so memang berbaloi, nak buat masker pun tak adalah membazir.

Ni aku share sedikit resipi diet dengan menggunakan MYEGGWHITE yang aku sendiri dah test dan dijamin sedap :) 

1- MUFFIN TELUR

Kalori: +/- 70kcal

Bahan-bahan:

- 1 cawan putih telur Egg White

- Sedikit dada ayam (dicincang)

- Baby Spinach / Bayam (dicincang kasar)

- Tomato (dipotong dadu)

- Parmesan cheese

- Secubit garam dan lada hitam

- Muffin cup

- English herbs (tak wajib)

Cara-cara:

1) Panaskan sedikit minyak atas kuali. Goreng dada ayam sekejap dalam 2 minit. 

2) Keluarkan dada ayam dan masukkan ke dalam mangkuk. Campurkan telur, baby spinach, tomato, secubit garam dan lada hitam. Kacau.

3) Sediakan cawan mufin. Tuang bahan yang dicampur tadi ke dalam muffin cups sehingga hampir penuh. Jangan penuh sangat sebab nanti waktu dibakar telur akan mengembang.

4) Bakar dalam oven selama 15-20 minit atau sehingga telur masak. Telur dah masak sekiranya permukaan atas mufin rasa tegang apabila disentuh.

5) Hidangkan muffin di atas pinggan dan taburkan sedikit parmesan cheese sebagai penambah rasa.

6) Baki mufin boleh disimpan dalam bekas kedap udara dan dimasukkan ke dalam peti sejuk. Panaskan je balik apabila nak makan. Mudah kan?

KOMEN: Sedap sangat-sangat mufin ni walaupun tanpa kuning telur, husband dan anak-anak pun suka! And dah tentu mengenyangkan, so aku rasa menu ni sesuai dijadikan sarapan atau minum petang yang menyihatkan. 

__________________________________________________


2- TELUR DADAR PUTIH TELUR

Kalori: +/- 300kcal

Bahan-bahan: 

- 1/3 cawan putih telur Egg White

- Cheddar cheese

- Baby Spinach / Bayam

- Tomato (dipotong dadu)

- Sikit garam / lada hitam

Cara-cara:

1) Tuangkan EggWhite ke dalam mangkuk. Tambahkan secubit garam dan lada hitam. 

2) Tambah sedikit daun baby spinach dan tomato (dah dipotong dadu).

3) Kacau adunan telur + sayur. Panaskan kuali dengan sedikit minyak

4) Tuangkan adunan telur ke dalam kuali + minyak panas. Kecilkan api dan ratakan telur agar membentuk bulatan yang comel.

5) Taburkan sedikit cheddar cheese ke atas telur mengikut selera. 

6) Tak perlu terbalikkan telur. Apabila bahagian bawah telur dah masak, lipat je telur tu. 

7) Hidangkan di atas pinggan dengan potongan buah-buahan dan sayur seperti salad, baby spinach atau parsley. Voila!

KOMEN: Kenyang ke? Sebab telur tu mengandungi cheddar cheese kan, so memang kenyang :) Ditambah dengan buah-buahan dan sayuran tu so menu ni juga sesuai dijadikan sarapan sihat.

__________________________________________________


3- BURRITO TELUR @ EGG WRAP

Kalori: +/- 200-300kcal

Bahan-bahan: 

- 1/3 cawan putih telur Egg White

- Low carb cheese spread (brand Arla)

- Baby Spinach / Bayam

- Tomato (dipotong dadu)

- Salad

- Avocado

- Wholemeal wrap

- Sikit garam / lada hitam

Cara-cara:

1) Tuangkan EggWhite ke dalam mangkuk. Tambahkan secubit garam dan lada hitam. 

2) Tambah sedikit daun baby spinach dan tomato (dah dipotong dadu).

3) Kacau adunan telur + sayur. Panaskan kuali dengan sedikit minyak

4) Tuangkan adunan telur ke dalam kuali + minyak panas. Kecilkan api dan ratakan telur agar membentuk bulatan yang comel dan nipis agar mudah digulung.

5) Tak perlu terbalikkan telur. Apabila bahagian bawah telur dah masak, gulung telur tu. Tutup api.

6) Keluarkan sekeping wholemeal wrap dan sapukan cheese spread. Letakkan sedikit salad.

7) Letakkan gulungan telur yang dah masak tadi di atas wrap dan gulung. Cara gulung menurut giliran seperti di bawah:

8) Selepas selesai menggulung, kini ianya dipanggil burrito haha. 

So untuk dapatkan the crunchiness atau rangup di luar lembut di dalam, sila panaskan burrito tersebut di atas kuali tanpa minyak. Panaskan dengan api kecik je tau, rentung pula nanti kalau pakai api besar! Panaskan la kejap atas bawah, kiri kanan... Tutup api apabila semua bahagian burrito kelihatan keperang-perangan dan rangup. Jangan sampai hitam, itu hangit namanya awak.

Potong burrito secara menyerong agar mudah disuap ke mulut dan kelihatan lebih menarik apabila dihias di atas pinggan bersama sayur dan buah, untuk laman Instagram anda 😁

KOMEN: Boleh juga tambah cheddar cheese sewaktu menggulung wrap. Dengan tambahan carb daripada wrap dan spread, bagi aku menu ni sesuai untuk dimakan waktu tengahari, dengan syarat buat 2 gulung untuk lebih kenyang. 

*******************************************************

Kalau la aku ni seorang baker memang aku wajibkan diri pakai ni je, jimat masa! 

Lagipun telur ni dah dipasteur kan, so memang tahan lama. Aku terima item ni bulan September and it's been 3 months dalam freezer, keadaan telur masih elok dan boleh digunakan. Nak pakai pun sekejapan je untuk tunggu dia defrost, dalam 5-10 minit kat luar selepas dikeluarkan daripada freezer, dah boleh pakai (bergantung juga kepada jumlah putih telur yang ingin digunakan)  :)

So kepada korang yang berminat nak beli MYEGGWHITE, boleh beli kat laman web diorang, www.myeggwhite.my 

Klik link ni untuk dapatkan diskaun 10%:

https://myeggwhite.my/discount/YANIE

Link ni valid until further notice, so kalau korang tak dapat diskaun tu melalui link ni, jangan segan silu untuk bagitahu aku kat email izyanie7@gmail.com ye. 

#myeggwhite #myeggwhitebaking

Ulasan