My ZENYUM Journey: Review, Kos dan Proses Pemakaian Pendakap Gigi Lutsinar

Sebelum aku mulakan kisah perjalananku menggunakan Zenyum ni, biar aku ceritakan sedikit sejarah aku, gigi dan braces ni.

KENAPA AKU PERLU PAKAI BRACES?
Aku ni asalnya dari kecil mempunyai banyak gigi rosak dan miliki susunan gigi yang tak teratur sangat. Mungkin disebabkan tiada peraturan tentang penjagaan gigi di rumah sewaktu membesar menyebabkan aku tiada kesedaran.

Tapi aku puji ibu ayah aku juga sebab dorang banyak galakkan kami minum susu untuk ‘cantikkan gigi’ katanya. Tapi bab penjagaan gigi tu agak tak strict la hehe.

Paling aku ingat sepanjang bersekolah di sekolah rendah (darjah 1-3), aku kerap dipanggil oleh doktor gigi untuk sesi cabut mahupun tampal gigi. Mak oii, aku tak boleh bayang macam mana aku yang kecik waktu tu menghadap ngilu dan sakit semasa gigi ditampal tanpa sebarang bius. Yang aku ingat aku terjerit-jerit sakit dan hanya mampu gerak-gerakkan tangan dan kaki minta simpati dengan nurse. 

Ok, berbalik kepada susunan gigiku yang tak berapa cun dulu, tumbuhnya gigi berlapis ni akibat aku terlalu takut nak cabut gigi yang dah goyang dulu (trauma, hehe). So bila ada gigi yang dah tak boleh dipakai masih berada di kedudukannya, tak ada ruang untuk gigi baru aku nak tumbuh, so dia tumbuh di tempat yang tak sepatutnya.

Anyway, semakin aku membesar, semakin runcing gigi tu membentuk gigi taring yang terkeluar dari landasan. Asalnya aku tak kisah pun. Ada je orang yang kadang-kadang kata manis, tapi bagi aku itu macam seakan nak sedapkan hati je la. Bagi aku dah terjulur keluar macam tu sure aku tak normal macam orang lain, so aku membesar dengan perasaan ada low self-esteem. 

Kemuncaknya apabila aku diejek orang sekeliling yang mungkin bagi dorang benda biasa. Gigi taring la, gigi terkeluar la. Tapi bagi aku yang dah memang low self-esteem ni, ejekan dorang buat aku rasa lebih down so aku nekad untuk pakai braces supaya gigi lebih tersusun.

Kat sini aku take note betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam menyelia keadaan fizikal anak-anak rupanya. Budak-budak dorang tak akan sedar kepentingan self-esteem ni kan, tup tup, dia membesar malu-malu nak bersuara atau bergaul disebabkan apa-apa kekurangan pada diri sendiri (aku ler tuuu haha). Tapi aku tak salahkan parents aku, for me they did their best at that time :) Aku hanya ambil iktibar la segala yang aku perhatikan. Eh panjang pulak cerita haha.

BRACES BESI
Disebabkan waktu tu masih belajar di universiti, dengan keadaan kewangan yang tak berapa mengizinkan, aku cari orthodontist (doktor gigi yang boleh buat braces) yang paling murah dan sudi pakaikan braces untuk gigi bahagian atas sahaja untuk kurangkan kos. Waktu tu kos pakai atas sahaja RM2500, bawah RM2500 (total RM5000). So aku pilih untuk buat atas sahaja, and of course dengan bayaran instalment.

Akhirnya aku dapat juga orthodontist yang sudi buatkan, tapi selepas pakai braces besi di gigi bahagian atas selama 2 tahun, gigi aku tak selurus yang aku harapkan disebabkan gigi bawah tak berapa lurus (gigi atas dok berlaga dengan gigi bawah). 

So sekarang, setelah dekat 10 tahun tanggal braces tu, gigi aku di bahagian atas yang sebelum ni agak lurus selepas pakai braces, kini semakin membengkok ke dalam akibat bertahun berlaga dengan gigi bawah, so ketidaklurusan itu semakin terserlah kini haih. Maka inilah antara sebab aku mula pakai Zenyum, nak bagi lurus atas dan bawah, aaagitu kisahnya...

PEMERIKSAAN 
Perjalanan Zenyumku bermula dengan aku PM dorang di Instagram. Dorang memang terus terang bagitau harga so korang jangan risau. Harga in general +/- RM6000, tapi kadang dorang ada sale so jadi lah RM5000+.

Waktu tu dorang akan minta gambar gigi kita bahagian depan, sisi dan sewaktu nganga. Korang jangan pelik pula tapi prosedur ini untuk dorang pastikan yang gigi kita ni sesuai atau tidak pakai Zenyum, sebab Zenyum ni hanya sesuai untuk keadaan gigi yang tidak berapa kritikal je. 

Ok, apabila dorang dah dapat gambar tu, dia akan suruh kita tunggu respon daripada pakar gigi dorang, samada kita layak atau tidak pakai Zenyum. Kita akan dapat respon ni dalam beberapa hari. 

KONSULTASI
Apabila korang dah dapat green light daripada pihak Zenyum dan setuju untuk proses seterusnya, Zenyum akan hantar whatsapp untuk tetapkan tarikh appointment bagi prosedur konsultasi dengan klinik gigi terdekat. Klinik mana? Yang ni nanti Zenyum akan bagi list klinik berdekatan korang. 

Konsultasi ni melibatkan xray, pemeriksaan gigi (sedikit scalling jika perlu), ambil gambar gigi dan ambil cerapan gigi. Sekiranya perlu, doktor akan set next appointment untuk tampal / cabut / scalling gigi pada minggu seterusnya.

Memandangkan aku tinggal di area Shah Alam, maka klinik terdekat untuk prosedur Zenyum ni terletak di Kota Kemuning. 

Lawa eh lampu dia ni. Mana mau cari ni ye?

Emel yang kita akan terima once selesai membayar deposit
Alhamdulillah doktor klinik ni sangat lembut & supportive, sentiasa menjawab soalan dan paling aku suka- dia bukan sejenis doktor yang dok promote kat kita buat itu, ini. Dia hanya akan buat upon our request so bagi aku, it made me feel comfortable.

Untuk sesi konsultasi ni korang kena ready bajet sekitar RM200-250, bergantung kepada keadaan gigi. Kos yang aku tanggung untuk sesi ni dalam RM250 yang mana melibatkan sedikit scalling selain konsultasi Zenyum. 

The week after, aku terpaksa tampal gigi bongsu dengan kos RM100 pula sebab nak pastikan keadaan gigi semua ok sebelum pakai braces. Tapi tak rugi rasanya sebab doktor buat dengan sangat lembut dan menenangkan dan aku berjaya juga rawat gigi yang tak disangka menjadi penyebab sakit gigi selama ni. So overall kos konsultasi termasuk rawatan adalah RM350.

Doktor kemudian akan hantar gambar, xray dan cerapan gigi korang ni kepada pakar gigi di HQ Zenyum (Lokasi: Singapore) untuk pihak Zenyum hasilkan video 3D bagi memberi gambaran tentang hasil terakhir selepas korang pakai braces Zenyum selama 6 bulan. 

Apabila video tu dah siap (lebih kurang 4 minggu kemudian), Zenyum akan emel kepada kita dan sekiranya kita setuju dengan hasil dan ingin teruskan proses berikutnya, kita perlu buat bayaran deposit berjumlah RM1400+ untuk proses membuat braces pertama. Once bayaran diterima, pihak Zenyum akan set appointment seterusnya untuk pemakaian braces pertama, yang juga mengambil masa 4 minggu untuk siap. 

Oh bagi anda yang nak tahu, aku ambil pakej bayaran secara ansuran untuk pakai Zenyum ni. Maknanya, setiap bulan aku kena bayar RM740 selama 6 bulan. Segala kerosakan atau pembuatan semula braces tidak akan dikenakan caj tambahan, melainkan korang sendiri yang rosakkan atau hilangkan hehe.

PEMAKAIAN BRACES PERTAMA
To be continued...

*Follow my IG @yanieraihan untuk dapatkan kemaskini yang lebih awal & live story on my Zenyum journey :)

Ulasan