6 Tips Penting Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Ke Kidzania Dalam Tempoh PKP!

Hello and Assalamualaikum readers! 

2 minggu lepas Alhamdulillah aku berkesempatan bawa anak-anak ke Kidzania, Damansara setelah sekian lama tak bawa dorang ni jalan-jalan. 

Ibu and abah busy bebenor la diknon, kesian anak-anak pagi petang siang malam hadap mak pak tengok laptop, so saje la nak bagi dorang happy. Lagi-lagi dapat less dekat 50% untuk tiket entrance baru-baru ni sempena Merdeka Sales, weww ok lah kan, peluang jangan tengok je, kena la rebut hehe. Sebelum baca tips, adalah lebih baik kalau korang tau dulu serba sedikit tentang tempat ni.


KIDZANIA FUN FACTS

  • Kidzania merupakan pusat keluarga indoor yang menggalakkan pembelajaran kanak-kanak melalui 'role-play' ataupun pembawaan watak. Ada macam-macam watak untuk aktiviti-aktiviti di sana, contohnya seperti DJ radio, pekerja McDonalds, model, doktor veterinar, posmen, bomba, pelakon teater dan lain-lain. Ehemm... mak pak toksah berangan nak join ye, hanya kanak-kanak shj dibenarkan untuk membawa watak-watak ni hehe.
  • Harga tiket bermula dari RM46 (umur 2-3 thn) hingga RM95 (umur 4-17 thn). Harga tiket penjaga adalah RM50 seorang.
  • Beli tiket online lebih murah berbanding beli secara walk-in. 
  • Di sana nanti kanak-kanak akan menggunakan mata wang 'Kidzos', yang mana duit ni nanti akan diberi sewaktu masuk ke dalam Kidzania.
  • Anak-anak juga akan menerima duit tambahan sebagai 'gaji' apabila selesai membuat beberapa aktiviti yang biasanya berunsurkan servis, seperti aktiviti penghantaran parcel ekspres, jadi pilot, jadi pegawai penguatkuasa, jadi doktor gigi dan sebagainya. So lagi banyak buat kerja-kerja servis, lagi banyaklah duit tambahan yang akan diterima.
  • Mana nak belanja duit ni? Haa kita akan pakai waktu nak buat aktiviti yang memberi pulangan produk kepada anak-anak. Contohnya sebagai pekerja McDonalds, selepas buat burger tu anak kita boleh bawa balik burger yang dah dibuat. So untuk buat aktiviti sebagai pekerja McD tu, anak kita kena bayar sejumlah duit Kidzos, baru boleh buat roleplay as a McD staff.
  • Kemungkinan besar anda takkan dapat habiskan semua aktiviti, so akan ada lebihan duit Kidzos nanti. So nak buat apa dengan baki duit tu? Haaa korang ada 3 pilihan, sama ada nak claim barang di Zentral Gallery, buka akaun bank di Kidzania & simpan duit di situ, atau bawa balik je & simpan sendiri. Kot laaa ada nak pergi lagi in the future kan. Semakin banyak duit, semakin besar la barang yang boleh di claim nanti.
**By the way guys, Kidzania sekarang tengah ada promosi Hari Malaysia yang mana tiket dewasa cuma RM33 dan kanak-kanak RM63 je, tapi hanya melalui pembelian online dari 11-25 September 2020. Kod promo: MDKZ16

You're welcome :)

__________________

Anyway, setelah sehari suntuk berada di Kidzania sambil mematuhi SOP, aku rasa lebih baik aku share sedikit tips kepada ibu bapa yang baru nak ke Kidzania buat pertama kali:


TIPS 1: DATANG AWAL

Ini tips yang paling basic sekali, of course. 

Gambar diambil pada jam 10:34 pagi. Tengok skrin tu, tiket dah sold out!

Tempat ni buka jam 10 pagi, tapi adalah lebih baik sekiranya korang datang dalam jam 9-9:30 pagi untuk beratur, lebih-lebih lagi jika korang belum beli tiket sebab tiket cepat je sold out. Dan sekiranya dah beli tiket online sekali pun, korang masih perlu datang awal sebab disarankan korang masuk ke Kidzania awal pagi sekiranya nak merasa semua aktiviti yang terdapat di sana nanti sebab dalam tempoh PKP ni setiap aktiviti mempunyai had masa dan had pengguna. 

Disebabkan itu, semua aktiviti kena beratur panjang makanya aku berani jamin yang korang takkan sempat buat semua aktiviti dalam masa sehari. Jadi kalau korang nak maximize masa di sana, silalah datang awal pagi, baru puas hati :)


TIPS 2: PAKAI KASUT

Nangis si kakak setelah aku bagi can budak lain
potong queue
 😅
Ni bukan rules dorang kat sana tau, tapi ni tips peribadi dari aku sendiri yang balik dari situ terus tak boleh rasa tapak kaki dah ahaha. Padahal aku memang pakai sneakers dah waktu tu, nasib baik laa tak pakai heels-- mau nangis situ sambil urut kaki pula dibuatnya😂 Sebab apa tau awak? Sebabnya kan banyak beratur situ, ada masa boleh cari port duduk, ada masa berdiri la kau situ setengah - 1 jam, tunggu turn anak. 

Kesimpulannya pakailah kasut. Anak-anak pun sama, kesian dorang banyak menunggu nanti so pastikan dorang selesa.




TIPS 3: BAWA STROLLER / PULLCHAIR JIKA PERLU

Again, disebabkan keadaan yang banyak menunggu dan beratur di Kidzania nanti, jadi aku sarankan la korang bawa stroller atau pullchair untuk anak-anak kecil supaya dorang lebih selesa. At least takdela sakit kaki dorang berdiri menunggu berjam-jam. Kesian beb, anak-anak kami balik dari situ masing-masing kepenatan, sakit kaki, bawa pergi ikea makan pun boleh tertidur atas meja aiyoo.


TIPS 4: BAWA POWERBANK & USB CABLE

Dah ada dalam tu kena lah ambik gambar banyak-banyak ye dak. Kenangan anak membesar, tengok dorang happy happy dalam tu, rugila kalau tak tangkap gambar dorang puas-puas. 

Dah tu, dah tahu nak bergambar, janganlah bawa phone dengan bateri cukup-cukup makan je, kan dah nyesal hehe (ku bermonolog sendirian). 

Well, hari tu aku bawa fully charged phone sebenarnya, tapi mungkin sebab banyak ambil video so bateri habis dalam masa 3 jam je aduh. Dalam tu memang ada kedai tapi takde jual powerbank ye gais, so kalau korang sejenis macam aku rajin snap gambar & video pakai phone, silalah bersiap siaga dengan powerbank. USB Cable jangan lupa bawa pula, ada powerbank cable takde pun tak gune hehe.


TIPS 5: BAWA TELEKUNG / SEJADAH TRAVEL

Solat tiang agama ya ibu ayah, walau di mana kita berada wajib untuk tunaikan solat. Dengan keadaan pandemik sekarang ni tolonglah bawa telekung dan sejadah sendiri sebagai langkah menjaga SOP, dalam tu ada je surau untuk kemudahan kita.

Kalau rasa telekung tu terlalu berat nak dibawa, boleh je beli telekung travel jenis ringan macam ni, boleh masuk handbag lagi:


Mana nak beli? Ada jual kat Shopee, ni link nya>> bit.ly/travelsis

Aku kalau travel mana-mana memang bawa Travel Sister ni je, ringan & senang angkut. Walaupun kainnya sedikit pendek, tapi materialnya tak telus dan boleh je pakai dengan stokin, takde masalah :)


TIPS 6: RUJUK JADUAL AKTIVITI

Ni jadual aktiviti kami pada hari tu. Ada kemungkinan jadualnya berbeza pada setiap hari sebab jadual ni dia takde upload kat website.

 

Okey nanti dah sampai sana pihak Kidzania akan berikan korang list of activities beserta masa aktiviti-aktiviti tu akan bermula dan tamat.

So guys, please be alert. Rancang awal nak buat aktiviti yang mana dulu. 

Aku sarankan sekiranya korang ternampak aktiviti yang melibatkan makanan dah buka dan takde orang beratur, silalah ke sana dulu sebab itulah aktiviti yang bakal menyaksikan barisan panjang beberapa minit kemudian. Satu aktiviti memperuntukkan masa selama 20 minit untuk seorang peserta dan disebabkan perlu ada social distancing, jadinya jumlah peserta yang boleh buat aktiviti pada satu-satu masa sangat terhad. So boleh bayang tak berapa lama nak menunggu tu kalau dalam satu barisan ada 10 budak tengah beratur? Ha lu pikir la sendiri hihi.

Tapi apa-apa pun, sebelum tu pastikan ada duit Kidzos yang mencukupi la dulu ye.


Till then, aku harap artikel ni membantu korang buat persiapan rapi untuk ke Kidzania dalam tempoh PKP ni. 

Enjoy your day everyone :)

Comments

Post a Comment