Resipi Buttered Popcorn @ Bertih Jagung Mentega Sedap Untuk Movie Night!


AMARAN: Jangan baca sekiranya anda mengharapkan resipi popcorn caramel berperisa manis!

Ya, BUTTERED POPCORN ni rasanya masin-masin buttery, memang tak sama macam popcorn yang biasa korang makan tu. In fact, buttered popcorn ni lebih mudah dan kurang leceh disediakan, tapi sangat jarang dimakan di Malaysia (aku agaklah sebab belum pernah jumpa lagi).

FYI aku dah lama mencari resipi popcorn ni tapi tak tau macam mana nak search sebab sebelum ni aku tak tau nama dia, apa jenis popcorn yang rasa classic macam ni. The last time aku makan buttered popcorn ni waktu darjah 5 masa tinggal kat US dulu, sewaktu join 'slumber party' di rumah kawan mat saleh sorang ni. Maknya buat buttered popcorn untuk movie night kami and I was like, 'Awat la popcorn dia ni takde rasa maneh? Oh well.... mungkin budaya dorang ni kot tak suka makanan manis' fikirku dengan naifnya. 

Mula-mula memang rasa pelik, tapi selepas dari tu macam teringat-ingat pula dengan rasanya yang unik! Bertahun ku simpan hasrat nak merasa balik popcorn ni akhirnya ketemu jua resipinyaaaaaaaa yeayyy! Aku suka caramel popcorn (and other popcorns out there) juga tapi buttered popcorn ni pun boleh tahan addictive, especially untuk mereka yang tak suka makan benda-benda manis tapi nak mengunyah, you've got to try this okay!

Bebel panjang berjela puji melambung, kalau tak sedap buat malu ja kan. So here goes:-

BAHAN-BAHAN:
Alamak buruknya sticker dapur hamba😂
1)    4 sudu besar biji jagung (corn kernels)
2)    1 sudu teh serbuk kunyit atau safron
3)    1 sudu besar ghee untuk masak
4)    1 sudu besar ghee untuk perasa
5)    1 sudu besar garam ditumbuk halus


CARA-CARA
1.    Campurkan serbuk kunyit atau safron dengan sedikit air.
Campuran ni lebih kepada untuk kuningkan warna popcorn nanti. Popcorn tidak akan berperisa kunyit, don't worry.

2.    Panaskan 1 sudu ghee hingga cair sepenuhnya.
Kalau boleh jangan pakai butter sebab butter akan buat popcorn sedikit lembap.

3.    Tuang air kunyit tadi ke dalam kuali. Kacau.

4.    Masukkan biji jagung ke dalam kuali. Tutup kuali. 
Api kena sederhana besar ye gais. Kalau kecik sangat nanti lambat dia masak. Sekiranya korang pakai kuali besar macam aku ni dia lebih senang masak cantik sekata. Tapi kalau korang pakai kuali kecik atau periuk, pastikan korang gerak-gerakkan / goncang periuk tu supaya dia masak sekata. Biji jagung akan meletup-letup menjadi popcorn so pastikan periuk ditutup dan biarkan dia meletup puas-puas sampai senyap. Apabila bunyi semakin senyap, api boleh mula dikecilkan dan seterusnya tutup api (takut hangit). Tunggu sekejap sehingga keadaan senyap sunyi sepenuhnya.


5.    Cairkan sesudu ghee. Tuang pada popcorn dan gaulkan sekata.

6.    Taburkan garam yang dah ditumbuk pada popcorn tadi dan gaul sekata lagi.
Tabur garam ala-ala Salt Bae banyak mana, ikut selera masing-masing. So kalau terlebih masin tu kira salah sendiri lah ya hehe.

Enjoy!

Untuk melihat proses membuat Buttered Popcorn dengan lebih jelas, boleh klik video di bawah:


Guys, please LIKE & SUBSCRIBE our Youtube channel ya! Promise we won't bore you with boring contents, nanti aku up resipi signature lain yang meletops, yang gerenti buat mertua sayang punya hihi 💗 Thank you!

Comments