Romantic Candlelight Dinner Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)


Assalamualaikum hai gais!

First of all aku pun kurang pasti kenapa aku kena tulis pasal ni... Mungkin kekangan idea kot haha😂. 

Tapi kalau tak tulis apa-apa takut blog tenggelam (lol) so takpelah aku spare sikit masa untuk tulis pasal makan malam romantik yang kami buat sendiri (DIY) waktu PKP haritu. 

Mana lah tau penulisanku kalini boleh bantu beri sedikit idea kepada korang yang teringin buat surprise dinner untuk yang tersayang ke kan 😁 Yela biasa kita tengok mat saleh je buat, tapi kalini dengan bahan-bahan yang ada why not korang try buat sendiri kat rumah, tak susah mana pun hehe. 
Ok buat yang tertanya-tanya kenapa aku sebokkan diri buat semua ni-- wedding anniversary kami yang ke-9 jatuh pada bulan Mei baru-baru ni, so disebabkan waktu tu kita masih belum dibenarkan untuk keluar makan sekeluarga di mana-mana, maka aku pun sungguh-sungguh plan semua ni 2 hari sebelum. 


Kebanyakan bahan yang digunakan memang kami dah ada di rumah dan aku suka nak buat semuanya nampak almost perfect (kononlaaa ehh) lebih kepada untuk disimpan sebagai memori dalam gambar 💓  Aku kan sentimetal orangnya aaaagitchuuu.... 

So dalam post aku kalini aku akan share dengan korang kat mana aku dapatkan bahan-bahan atau props yang diperlukan untuk buat semua ni eh. Nanti korang jugak senang, tak yah susah-susah melilau macam aku haritu... Fuhhhh... penat ok! Nampak je simple tapi dia punya beratur and melilau cari barang dalam keadaan PKP ni kannnn...


Kalau tengok deco ni biasa je, takdelah lawa sebiji macam kat restoran tapi boleh lah buat kami happy sendiri, bagi budak-budak rasa seronok (dah 3 bulan tak keluar rumah). And in addition to the happiness during this MCO, this simple setup is also not very costly ye, so kepada korang yang bajet kecik tapi nak dinner romantik acah-acah fine dining tu boleh lah buat macam ni hehehe. Waktu dinner suami pasang lagu jazz ala-ala kat restoran pulak, so lagi la kami berfeeling-feeling situ haha.






DEKORASI 
(bahan yang bertanda * dah sedia ada di rumah)

*Lilin LED pendek (yellow): Shopee, RM3 satu
*Gelas untuk letak lilin: FOC, doorgift kenduri kahwin
*Lantern: Mr DIY, lebih kurang RM14, juga boleh didapati di Shopee atau Ikea
*Alas meja: Kaison (lupa harganya tapi rasanya dalam RM8)
Pasu gelas: Mr DIY, lebih kurang RM7
Daun hiasan: AEON, RM12 satu (aku beli 2)
Gelas minuman: Mr DIY, RM24 (1 set)

Jumlah yang dibelanjakan untuk dekorasi: RM56


MAKANAN 
Sepatutnya nak masak Aglio Olio tapi disebabkan susah sangat nak dapat daun Parsley, maka kami terpaksa tukar menu kepada kambing bakar, boleh lihat resipinya di sini

So overall menu western kami malam tu:
APPETIZER- Onion ring
MAIN DISH- Kambing bakar 
SIDE DISH- Salad, mashed potato & ayam bakar ala Dominos
DESSERT- Mango Panna Cotta & Japanese Cheese Cake
DRINK- Sparkling juice

Kambing (lambshoulder, 6 pieces): Tesco, RM34
Ayam drummet (8-10 pcs): Mydin, RM24
Mixed salad+free dressing: Tesco, RM6.90
Kentang: Tesco, RM5
Mangga premium (sebiji): Mydin, RM8
Whipping/Heavy cream: Mydin, RM18
Sparkling juice (grape): Giant, RM8
Cheese cake: AEON: RM13

Jumlah yang dibelanjakan untuk makanan (5-6 pax): RM116.90


Dan dengan jumlah ni, kami makan puas-puas selama 2 hari, wewww! Memang puas hati, puas perut hehe. 

Mungkin korang boleh belanja kurang daripada ni, tengok pada bahan yang diperlukan. Or korang boleh improvise, letak bunga fresh kat tengah tu atau tambah belon-belon bentuk love ke, ouch 💋

Kadang ada bahan yang nampak remeh tapi aku beli juga sebab memikirkan yang ianya boleh dipakai semula di masa akan datang :)


Jangan fikir bukan-bukan pula dengan perkongsian detail macam ni tau, bukan berkira ke atau nak show off ke apa, just nak bantu korang buat kira-kira dan pada masa yang sama beri sedikit idea DIY untuk ambil hati suami ewahhhh! Ye la kadang kita mati kutu nak buat kelainan apa untuk anniversary kan, jadi bagi aku tak salah kalau sekali sekala kita buat romantik dinner macam ni 😊

Tapi seriously suami dan anak-anak memang suka sangat Alhamdulillah, rasa berbaloi sungguh penat-lelah tu hihi!


TOTAL DIY ROMANTIC DINNER SETUP WITH WESTERN CUISINE (5-6 pax): RM172.90

Kalau kat luar untuk jumlah pax menu yang sama, mungkin kami kena bayar 2x ganda dari jumlah ni.
And again, nak diingatkan kos yang tertera adalah telah termasuk bahan yang boleh digunakan semula di rumah (contoh: gelas minuman, pasu gelas, daun hiasan, even baki whipped cream aku jadikan chocolate ice cream hehe). 

Tapi setiap benda ada pros and cons dia kan? Dalam event macam ni ada satu je kelemahannya-- kami lah customer, kami jugalah pelayannya hahaha... Jenuh nak kemas & basuh pinggan lepas tu lol.

Haaa... Kan baju kitorang dah serupa macam pelayan jugak tu 😅 

Sekian.

Comments