Jom Ternak Cendawan Atas Balkoni!

Klik video di bawah untuk tengok keseluruhan proses dan hasil projek cendawan balkoni aku ni:

Hai ibu-ibu, salam PKP #stayathome!

Dok rumah lama-lama mesti dah boring tak tau nak buat apa kan?
Makan tido makan tido je keje (aku le tuuuu) πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Dalam post kalini aku nak share aktiviti bermanfaat yang korang boleh buat di waktu berkurung ni. Aktiviti ni boleh dilakukan oleh semua golongan-- tua dan muda, tinggi dan rendah, kaya atau miskin, tinggal di banglo mahupun rumah tinggi. 

Tapi aktiviti yang dinamakan 'Mari Menternak Cendawan, Bukan Ternak Lemak' ini memerlukan korang mendapatkan stok bongkah cendawan terlebih dahulu. Di mana?

Tentulah Shopee! 
Dah sah-sah kakak ko ni pakar membeli kat Shopee kahkah! Musim PKP ni ntah berapa banyak barang dah aku beli situ, hari-hari dapat parcel, suami paling risau sekali sebab PKP ni nampak macam lambat lagi nak selesai πŸ˜…

**Eh tapi aku beli benda yang bermanfaat je tau, mostly untuk aktiviti DIY, bukan melagha hokay! #donebackupdirisendiri

Ok lah, sepanjang aku membebel ni korang dah beli belum bongkah tu? Punyala panjang aku taip atas tu patut cendawan korang dah sampai sekarangπŸ˜‚

Once korang beli online, seller biasanya akan pos dalam kotak dan letak manual (arahan) dan penutup bongkah sekali dalam tu.


BAHAN-BAHAN



1) Bongkah cendawan: beli di Shopee dalam RM1.20-2.20 sebongkah (harga bergantung kepada jenis cendawan dan tahap kematangan). Bongkah-bongkah ini telah pun diisi dengan benih cendawan. 

2) Air dalam botol spray

3) Sudu besi

4) Kain lembap


CARA TERNAK CENDAWAN

1) Kenal Pasti Kawasan Gelap / Redup
Pilih kawasan yang ingin dijadikan tempat penternakan cendawan di rumah anda. Boleh jadi di bawah sinki, di kabinet rumah, malah ada juga yang letak di dalam tandas (aku tak recommend).
Mana-mana pun, pastikan kawasan yang dipilih adalah bersih dan tidak diganggu oleh sebarang haiwan serta tidak kena sinaran terus matahari.


Macam aku lebih prefer di balkoni kerana ada bahagian yang sedikit gelap dan kawasan tu juga bersih daripada sebarang gangguan haiwan (semut / lipas).


2) Buka Plastik Bungkusan Bongkah dan Susun Bongkah



Susun bongkah-bongkah cendawan di kawasan yang telah dipilih. Susun je ikut keselesaan dan ketenangan mata yang memandang, takde syarat pun :)


3) Buka Penutup Bongkah
Buka penutup bongkah yang sudah matang
Bagaimana untuk pastikan bongkah dah matang? Tengok pada warna bongkah, sekiranya ia berwarna putih keseluruhan, maknanya ia dah matang dan boleh mula diternak mengikut langkah seterusnya. 
Yang mana belum matang (berwarna keperangan, belum putih sepenuhnya), tak perlu dibuka dulu.


4) Bersihkan Menggunakan Antiseptik / Air Garam




Dengan menggunakan hujung sudu, bersihkan kerak-kerak di dalam bongkah. 
Celup hujung sudu ke dalam cecair antiseptik atau air garam dahulu sebelum kerak-kerak dibersihkan. 
Bersihkan hujung sudu dengan antiseptik / air garam setiap kali ingin bersihkan bongkah seterusnya agar bongkah-bongkah ini tidak mengalami sebarang jangkitan kulat. 


5) Semburkan Dengan Air Dan Tutup
Sembur air ke dalam lubang bongkah-bongkah itu tadi. Seterusnya tutup lubang bongkah dengan penutup-penutup yang dibekalkan bersama bongkah. 
Pastikan air yang disembur tidak keterlaluan banyak, agar ia tidak merosakkan benih-benih cendawan di dalam bongkah. 


6) Tutup Keseluruhan Bongkah Dengan Kain Lembap


Ambil kain lembap dan tutup keseluruhan bongkah-bongkah tadi. 
Aku suggest korang pakai kain yang berwarna putih atau jenis kain yang tidak luntur warna sebab kita tak mau warna kain luntur ke atas cendawan yang tumbuh nanti. 

Dah tutup ni tunggu sehingga 7-8 hari sebelum penutup boleh dibuka. Tapi dalam tempoh tu jangan lupa untuk sentiasa sembur bongkah 3 kali sehari + lembapkan kain.


7) Buka Penutup Selepas 7-8 Hari



Setelah tamat tempoh 7 atau 8 hari, silakan buka penutup bongkah tadi dan sembur macam biasa (tak perlu tutup). Korang akan dapat hasil dalam 3-4 hari seterusnya :)


8) Kutip Hasil Dan Tutup Semula 


Apabila bongkah telah membuahkan hasil, kutiplah cendawan dan buat cendawan goreng πŸ˜‚. Hehe ikut suka koranglah nak masak apa. Cendawan dah sedia dituai apabila sekelilingnya dah mula merekah. Yang bestnya pasal cendawan ni pagi dia kecik. Petang dia dah cukup besar untuk dipetik, tumbesarannya memang pantas!
Tapi jangan tunggu terlalu lama tau, nanti cendawan tu akan jadi kering.

Setelah hasil dah dituai, tutup semula dengan penutup dan rehatkan bongkah selama 8 hingga 10 hari sebelum boleh buka semula penutup. Dalam tempoh tu jangan lupa sembur pulak, kering karang hehe.


HASILNYA:


Fresh from balcony :)
Ni la antara sebab utama projek ni!
Suami suka sangat makan benda alah ni haaa amekau terus tanam hahahah!

Comments