LinkedIn: Pertemuan Dengan Scammer Mat Saleh Yang Kacak

Hai adik-adik, para pencari kerja sekalian...

Harini kakak nak cerita tentang pengalaman bertemu, duduk bertentang mata dan berbincang dengan seorang scammer kacak dari Eropah.
Sekadar gambar hiasan. {credit to Scandinavia Standard}
Tujuan kakak berkongsi kisah ni sebab nak anda semua berhati-hari apabila berurusan dengan kenalan di LinkedIn.

As we all know, LinkedIn ni merupakan platform media sosial / networking di kalangan para profesional, kan? Platform ni juga antara yang popular digunakan untuk mencari kerja.

Alkisahnya, profile LinkedIn aku tu highlight yang ku pakai pada tajuk adalah ‘Open To Opportunities & Seeking For New Challenges’. Maksudnya, aku terbuka untuk peluang kerjaya dan cabaran baru. So ada juga lah a few people yang pernah contact aku untuk tawarkan cabaran baru (so far takde yang fit pulak).

Sebelum ni aku dah bertemu empat mata dengan sorang bekas pekerja Astro yang berminat nak hire aku untuk syarikat start-up nya, tapi syarikat tu belum beroperasi di pejabat rasmi  lagi, so proses hiring is still on hold.

Then baru-baru ni ada sorang lelaki dari Scandinavia mesej aku, juga nak offer bekerja dengan ‘cabaran baru’ katanya, related to something about ‘Cashbacks’ ‘Coupons’ ‘Shopping’, company Eropah yang nak expand ke Malaysia - so aku expect this would be another Shopee or Lazada la kot, tapi version Europe agaknya. Nak tau lebih lanjut, dia ajak aku jumpa.

Untuk makluman, profile dia simple, tak banyak pengalaman kerja. Budaknya muda tapi highlight profilenya ialah ‘Enterpreneur’ so aku agak pelik juga la, macam mana ko bisnes tapi kerja juga kan?

But cara dia explain dekat aku memang macam satu company yang legit, bila aku bagitau husband and kami buat research pasal nama company tu pun nampak legit, so suami galakkan la aku jumpa dia untuk tanya apa opportunity yang dia nak tawarkan?


Baca sampai habis kalau nak tau nama company tu hehe

Well, what do you know? Aku agreed untuk jumpa dia sementara dia kat KL sekarang sebab tak lama lagi dia dah nak return ke Europe.

So on the day I met this guy, huishh... Girls, beware. He’s damn good looking! Macam model dari Europe sana.

Aku jumpa dia kat lobi hotel, dua tiga kali orang pandang bila nampak aku dengan this guy 😂 Tapi lobi ramai orang so tak sepatutnya mengundang fitnah la kan hehe.

Anyway, aku ke sana solely on business purpose, untuk tau pasal peluang kerja ni. Sebab aku tak berapa faham waktu dia explain dalam inbox. Baru je duduk, aku terus tembak dia dengan soalan pasal syarikat tu, takde peluang dia nak ice breaking ke apa hahaha nasibla.

At first, memang cara dia explain sangat meyakinkan.

Aku dah mula berminat sebab dia kata syarikat ni start up dan akan expand ke Malaysia, bla bla bla.... sampai laaa tiba ke soalan dia yang berbaur macam nak tanya aku something like, 'macam mana kalau aku sentiasa dapat income walaupun tak perlu bekerja', or 'apa aku akan buat kalau orang seluruh dunia akan sentiasa beli barang kat kedai aku' (lebih kurang macam tu la, aku pun lupa the exact question sebab dah mula lose interest).

Dia mula explain pelbagai technical stuff melalui powerpoint, tentang macam mana dorang generate income, etc.

Ok meh lah aku list kan dalam bentuk point tentang syarikat tu berdasarkan apa yang mamat hensem ni cakap, so korang tak berapa pening baca:

  • Syarikat dia ni katanya agak popular kat Scandinavia, di mana dorang buat kad yang menawarkan cashbacks apabila kita shopping dengan certain kedai ternama dunia, termasuk Shopee & Lazada. 
  • Syarikat dia akan terima % duit dari kedai-kedai tu (merchants) apabila orang ramai shopping dengan dorang. Katanya total merchants so far ada lebih kurang 140,000 syarikat di seluruh dunia, fuyooo!
  • Cashbacks tu takkan expire sampai bila-bila. Pemegang kad boleh redeem cash tu di mana-mana sahaja di seluruh dunia.
  • The more you shop, the more cash you receive! Itu point utama dia apabila ditanya apa beza servis dia ni dengan kad kredit. 
  • In order untuk dapatkan income yang banyak, korang kena beli saham juga di bawah syarikat tu. Unit-unit saham ni dipanggil sebagai 'cloud'. Untuk dapatkan cloud permulaan, korang kena bayar RM1399 dan sekiranya tak mampu, boleh bayar RM455 sahaja dulu. Bila dah ada unit cloud, korang juga akan terima sedikit % of income daripada pemegang-pemegang kad yang shopping menggunakan kad tersebut. 
  • Selain itu, pemegang unit clouds juga kena cari orang (sistem piramid). Sekiranya tak dapat cari orang, pemegang unit clouds tu wajib bayar RM455 tu seumur hidup sampailaaaa dia berjaya dapatkan at least 3 orang untuk sign up for the clouds. Gila tak gila tu!
HAHAHAHAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!

Terkena aku!

Seriously, memang bazir masa betul aku pergi jumpa mamat ni. 

Nasib baik hensem, so sepanjang dia membebel tu aku cuci mata je la sambil bersandar kat sofa empuk tu layankan semangat dia bercerita tu kan. Boleh tahan pekat accent dia tapi faham juga aku 😂😂

Sambil-sambil dia bercerita tu kepala otak aku ligat mikir cemana nak cabut nih. Punyala aku berharap sangat suami ke sesapa call untuk aku ada alasan nak blah, malangnya takde cett! Terpaksa la aku hadap je dulu sampai dia penat, then aku minta dia bagi masa 24 jam untuk aku buat research pasal 'opportunity' ni. Waktu aku cakap pasal research tu muka dia berubah betul. Dia kata, biasanya MLM ni ada reputasi buruk dalam forum-forum online, so harap aku tak percaya la apa orang cakap tentang syarikat dia ni.

Aku tanya juga dia, so far berapa ramai Malaysian dah sign up untuk buat kerja ni? Katanya buat masa ni dia dah jumpa beberapa orang tapi dia pelik kenapa orang Malaysia susah sangat nak bayar jumlah di atas.

Then aku tanya lah dia, apasal orang Scandinavia dengan mudahnya nak bayar banyak tu? Dia kata sebab Scandinavian gaji tinggi, so takde hal takat nak bayar banyak tu. Dia sendiri memula dulu bayar RM10,000 (wow dah la hensem, kaya pulak tu 😷)


2 jam kemudian...

Fuhhhh, lega aku dapat juga blah dari situ. Tau la orang MLM ni kan kalau dia dah start pujuk tu punya la agresif. Aku mana la sangka orang Europe pun ada bisnes MLM, hahaha. Tak pasal-pasal terkena, hantu punya budak!

And yes, balik tu aku terus buat research pasal benda yang dia cakap tu.

Well, what do you know? Syarikat dia ni sah ada unsur-unsur scammer!

Berdasarkan apa yang aku found out online, syarikat dia ni memang terkenal di Europe atas kejayaan dorang menipu ramai mat saleh kat US & Eropah nun! Ramai mat saleh yang tertipu tengah cuba nak claim balik duit yang dorang dah bayar, and so far dorang masih belum dapat refund.

Antara perkara yang menyebabkan syarikat ini diharamkan di Italy dan disahkan sebagai scammer ialah:
  • Merchants yang dikatakan telah berdaftar dengan dorang tu sebenarnya tak pernah daftar as merchants pun. Dorang hanya menawarkan e-voucher tapi bukan sebagai partner sebagaimana yang diwar-warkan oleh syarikat ni.
  • Akibatnya, pemegang kad memang akan dapat e-voucher yang dijanjikan dengan penggunaan kad tu tapi most of them are invalid, tak boleh pakai apabila tamat tempoh (walhal katanya takkan tamat sampai bila-bila). 
So in the end, apa guna ada kad macam tu kalau tak boleh pakai? Sendiri mau ingat haha. 

But to be fair, aku pun baca juga artikel daripada orang yang pernah buat kerja ni. Berdasarkan pengalaman dorang, benda ni bukan entirely scam. Memang ada juga income, tapi terlalu sedikit. 

FYI, ada banyak cara untuk pemegang kad ni dapatkan reward, tapi tak berbaloi kalau setakat shopping sahaja. Nak betul-betul untung, kena ajak orang lain untuk sign up beli cloud. Dan di Latvia atau Scandinavia sana, dah terlalu ramai pegang kad ni tapi dorang tak berapa pakai. Bila orang ramai tak pakai, pemegang saham 'cloud' pun tak berapa nak ada income. 

Kesimpulannya, kepada adik-adik atau pencari kerja sekalian, kakak nasihatkan agar anda jangan mudah tertipu dengan taktik scammer atau MLM macam ni. Dorang ni bijak menggunakan peluang yang ada, menggunakan taktik menipu dengan ayat-ayat teknikal yang kita kurang faham agar kita percaya dengan reputasi syarikat dorang.

Kadang ada je MLM yang bagus, tapi cara dia pujuk kita untuk sign-up tu paling aku tak suka- dia buat macam ada job offer, walhal dia sebenarnya nak kita sign-up bawah dia dalam sistem MLM!

Cara dia explain memang company ni legit, sah, dan ada sistemnya- tapi sekiranya kemampuan dan komitmen kita tak sesuai dengan sistem kerja macam ni, jangan mudah terpedaya dan terus daftar. Tak pasal-pasal korang terikat dengan komitmen yang tak diperlukan macam ni, so hati-hati guys!

By the way, nama syarikat tu ialah myWorld. Saham dia pula dikendalikan oleh Lyconet atau Lyoness. So sekiranya anda mendapat offer dari syarikat-syarikat ni, boleh suruh dia pergi jalan da atau bolayan je lagi senang haha.

Anyway, harap korang dapat pengajaran dari kisah kakak ni and all the best to job seekers out there!

Ulasan

Ikuti Saya

What Do You Think?

Artikel Popular