Buat Cheese Rendah Kalori Daripada Susu Basi!

cheese buat sendiri homemade susu rosak

Hai gais.

Pernah terbeli susu yang dah basi tak?
Susu dah melepasi tarikh luput?
Susu berketul-ketul tanpa sebab munasabah?
Bila minum rasa pahit, masam atau sewaktu dengannya?

Ni semua aku dah pernah hadap, so I feel you 😂

Nak buang, rasa membazir. Nak tukar, resit hilang adoiii paroh paroh!

Demi membela nasib rakyat marhaen macam kita, gigih aku buat bideo nak tunjuk korang macam mana kita boleh guna semula susu rosak tu.

Actually ada dua benda boleh buat dengan susu tu:

1- Buttermilk. Boleh pakai untuk resipi yang memerlukan buttermilk sebagai bahan utama, contohnya kek red velvet.
2- Keju. Kalau di kalangan orang India cheese ni dikenali sebagai Paneer Cheese, kalau mat saleh depa panggil Cottage Cheese.

Pilihan no 2 senang sikit, so meh aku tunjuk macam mana kita boleh olah susu ni menjadi cheese yang rendah kalori, dengan hanya 3 bahan utama:


1- Susu basi (1 liter)
2- 1 sudu besar cuka
3- Kain penapis (beli kat Daiso)

______________

CARA-CARA

1- Panaskan susu rosak di dalam periuk sehingga susu mendidih
Just to make it clear, selain susu rosak, kalau korang nak pakai susu biasa yang belum rosak pun ok je 😊

2- Tambah sesudu besar cuka
Cuka ni akan memisahkan ketulan keju tu daripada susu. Hasilnya tu lah is actually the buttermilk yang diperlukan sebagai bahan untuk sesetengah masakan tu.
Kalau takde cuka jangan risau, boleh digantikan dengan perahan jus lemon.

3- Kacau sekejap dan tutup api
Sepanjang bahan dikacau nanti korang akan nampak ketulan keju tu semakin terpisah daripada susu, dan susu jadi semakin cair. Dah nampak macam ni, tutup api.

4- Tapis menggunakan kain penapis
Kain penapis atau cheese cloth ni aku beli kat Daiso je. Sekiranya korang tak jumpa, boleh je pakai kain lain (contoh lampin kain). Nak pakai penapis biasa boleh tapi susah la nak bentukkan cheese tu nanti.

5- Perah keluar air
Bentukkan keju ni dalam bunjut kain tu dan perah. Cheese masih panas dalam proses ni, so korang boleh la tunggu sekejap sampai dia sejuk, atau terus buat dengan berhati-hati.

6- Rendam dalam air garam selama 2 hingga 3 jam
Garam tu jangan letak banyak sangat ye, takut masin sangat pula. Yela, 1 liter susu tu bukan boleh hasilkan banyak sangat cheese pun.
Sekiranya tak nak ada apa-apa rasa pada cheese tu pun boleh, skip je proses ni. Siap!

7- Perah keju sekali lagi 
Selesai rendaman 2-3 jam tu hampa perah la cheese tu sekali lagi.

______________

Settle! Cheese boleh disimpan dalam peti ais dan digunakan bila-bila diperlukan. Cheese macam ni rendah kalori tapi tinggi protein tau, so ianya boleh lah dijadikan bahan tambahan waktu makan pasta ke, sandwich ke, or makan dengan biskut.

Kalau orang India dorang biasanya tambah dalam masakan kari or lain-lain masakan India sebab cheese jenis ni jenis yang takkan cair, dia akan kekal dalam bentuk asal even setelah dimasak, so ianya boleh dikunyah-kunyah.

Selamat mencuba!


Comments