Family Day 2018 Kami di Santai Riverside, Janda Baik, Pahang... Memang santaiiiii....

family day homestay santai riverside janda baik
Safiya's look says it all :)

Assalamualaikum geng,

Kalini aku nak cerita tentang satu tempat yang menarik di Janda Baik yang aku rasakan tempat ni agak kurang mendapat perhatian / tak diviralkan berbanding tempat lain kat Janda Baik (atau mungkin aku yang tak tau? 😂)

Tempat ni perniagaan utamanya adalah menyediakan tapak perkhemahan untuk pengunjung tapi yang kami tinggal untuk family day haritu merupakan satu-satunya homestay yang pihak Santai sediakan.

Dah namanya rezeki, ikutkan homestay ni perlu ditempah sekurang-kurangnya 3, 4 bulan sebelum tapi kebetulan waktu aku call tu, penyewa sebelum kami dah batalkan tempahan so adalah peluang untuk kitorang tinggal dalam satu rumah dengan sewa yang berpatutan di Janda Baik :)


Sejarah & Latar Belakang Santai Riversidehomestay santai riverside janda baik
Santai Riverside, Janda Baik. Seperti namanya, Santai Riverside memang menjanjikan tempat untuk bersantai sambil ditemani bunyi unggas dan sungai, dengan cuaca yang sejuk dan nyaman.

Sempat juga aku bersembang dengan empunya kawasan ni: Kak Liza yang sangat prihatin dan peramah. Bayangkan malam-malam owner dok ke hulu ke hilir pakai torchlight nak beramah mesra dengan penginap... How sweet weyy haha.

Menurut Kak Liza kawasan Santai ni sebenarnya tanah warisan dan asalnya diorang cuma ke sini setiap hujung minggu. Sepanjang tempoh tu, ada beberapa kali orang luar minta izin nak berkhemah di kawasan tanah diorang ni, maybe disebabkan tapaknya yang strategik dan terletak di tepi sungai kot. Memandangkan ramai gemar berkhemah di situ kak Liza dan suami, En. Azhan pun jadikanlah tempat tu kawasan rekreasi, focusing on perkhemahan sebagai tarikan utama.

homestay santai riverside janda baik
Homestay cuma ada sebuah je di sini, memandangkan keluasan tanah agak terhad (menurut tuan tanah). So merasa la kau jadi orang kaya kejap sebab kau sorang je dok umah batu, orang lain dok khemah 😂.

Sebenarnya rumah ni pun dibina atas permintaan customer, sebab ada penginap yang bawa orang tua yang inginkan keselesaan atau yang bawa anak kecik ke... Atau mereka yang nak rasa suasana dikelilingi campers dan hutan tapi nak tinggal dengan selesa so boleh la dok homestay untuk pengalaman 2-in-1 ni dengan hanya RM450 sewa semalam.



















Dalam homestay ni ruang tamunya agak luas tapi bilik cuma ada dua (tiada had penginap). Ada 8 tilam ekstra disediakan untuk mereka yang nak tidur di ruang tamu. TV disediakan dengan kemudahan Astro Njoi.





Toilet cuma ada satu tapi kak Liza ada bagitau aku diorang ada juga merancang untuk tambah lagi kat rumah ni. Ruang dapur terletak di beranda depan rumah yang luas, untuk membangkitkan suasana melepak dan santai bersama keluarga-- kemudahan paling aku treasure sebab dapat rasakan the togetherness dan inilah masa yang sesuai untuk family bonding kan. Memasak, makan-makan, sambil ditemani bunyi sungai dan membawang dengan dahsyatnya hahaha. Best wey, takde rasa sunyi langsung sebab kita dikelilingi oleh campers yang ke hulu-ke hilir menyuluh dan berborak sampai pagi. Kan kadang-kadang dok hutan ni kita ada rasa seram kan, tapi tidak di Santai Riverside. Kau takkan rasa sunyi kat situ, walaupun meriah tetap ada ketenangan... Wahhhh!

dapur santai riverside homestay
Peralatan dapur semuanya lengkap: ada rice cooker, peti ais, dapur, pinggan mangkuk, sudu, garfu, sudip, penyepit, cerek elektrik, cawan, besen dan lain-lain. Set BBQ je la korang kena bawa sendiri sebab peralatan BBQ nya kurang lengkap.

dapur santai riverside homestay

dapur santai riverside homestay
Berkenalan dengan Kak Liza dan En. Azhan walaupun sekejap, aku tumpang seronok tengok perniagaan diorang maju. Kak Liza pun ada bagitau, bukan senang nak senang macam sekarang, pelbagai proses perlu dilalui dalam perjalanan nak bina perniagaan diorang ni. Berendam air mata dan keringat itu normal. Alhamdulillah sekarang dorang mampu senyum besar dengan perniagaan kini walaupun kedua-duanya masih bekerja makan gaji... Haaa, inspiring kan?


Aktiviti yang Boleh Dilakukan di Santai Riverside

Kenapa aku rasakan tempat ni underrated?

Sebab pelbagai aktiviti boleh dilakukan dengan kos penginapan yang mampu milik. Lagi-lagi untuk backpackers, korang cuma perlu belanja lebih pada kos makanan dan aktiviti je, penginapan tak memerlukan banyak perbelanjaan kalau korang stay sini.

Berikut aku senaraikan aktiviti yang boleh dibuat sepanjang berada di Santai Riverside:


1) Berkhemah
berkhemah di santai riverside janda baik
Tapak perkhemahan kat sini kalau tak silap aku ada sebanyak 15 tapak. Semuanya ditutup dengan kanvas kalis air supaya penginap tak kena panas mentari mahupun hujan. Khemah boleh bawa sendiri atau sewa daripada pihak Santai dengan kos tertentu (tak sure pulak berapa). Tapi yang aku pasti sewa semalam untuk berkhemah adalah RM60.

berkhemah di santai riverside janda baik
Tapak perkhemahan disusun dengan begitu teratur, so apabila pengunjung sampai ke sini kita akan berasa seperti di suatu perkampungan perkhemahan gitu (kalau korang tau tentang perkampungan 'caravan' yang biasanya ada kat luar negara then you'd know what I mean).
berkhemah di santai riverside janda baik
Selain beriadah dengan keluarga, korang juga berpeluang untuk beramah mesra dengan jiran tetangga khemah korang. Cuba bayangkan kalau jiran tu Siti Nurhaliza ke, perghhh... Tak mungkin la kan, hahahaha in your dreams!😆

And you might wonder... Nak memerut kat mana?

Good question hehe. Toilet agak selesa dan bersih, dibina macam toilet hostel dan terletak sebelah surau. Kedua-dua kemudahan ni disediakan untuk campers, tapi yang dok homestay kalau jenuh nak tunggu tu boleh lah ke toilet campers yang terletak di belakang homestay ni.

Kiri: Surau
Kanan: Toilet
Aku sangat recommend kalau pihak sekolah nak buat aktiviti perkhemahan kat sini sebab students dapat berkhemah dengan tersusun dan mudah dipantau. Walaupun air sungai sedikit deras (sikiiit je), airnya agak cetek setakat betis orang dewasa, so dari segi keselamatan aku rasa tempat ni agak sesuai untuk aktiviti sekolah.

2) Family Day
omar family day di santai riverside janda baik

Perkara lain yang best kat sini ialah laman homestay yang luas dan boleh memuatkan banyak kereta dalam satu-satu masa. Walaupun laman ni penginap homestay akan berkongsi dengan penginap khemah, keluasannya tetap sesuai untuk buat aktiviti sukaneka atau family day. Cumanya matahari pagi akan meliputi padang ni so kalau ada aktiviti pagi di sini pastikan bawa sunblock ye.

omar family day di santai riverside janda baik

Video family day kami baru-baru ni di Santai Riverside, Janda Baik :) :-


3) Mandi Sungai dan Tubing
Tak sah la kalau tak mandi sungai kalau menginap kat Janda Baik kan? Kat Santai ni sungainya terletak berhadapan dengan homestay, kalau yang dok khemah tu ada peluang untuk camping betul-betul sebelah sungai. Malam-malam tidur kami bertemankan bunyi aliran sungai yang tenang, so can you imagine the peacefulness yang campers tu rasa?


beriadah di santai riverside janda baik
Tajuk album: "Kanak-kanak Di Tebing Sungai"
Yang atas tu tapak khemah orang

beriadah di santai riverside janda baik
Sungainya banyak batu dan air sedikit laju, so korang kena pandai-pandai cari port yang tenang, especially kalau bawa budak kecik. So the best way is, bawa la sekali pelampung untuk menjamin keselamatan anak-anak.

Untuk mereka yang nak buat aktiviti sedikit ekstrem boleh sewa pelampung dari pejabat Santai (yang terletak betul-betul sebelah homestay). Sebiji pelampung cuma RM5 tapi agak limited so kalau nak pakai kena book awal. Oh ya, hati-hati sikit kalau buat tubing kat sini kerana banyak batu dan apabila melalui kawasan deras, sakitnya hanya Allah je yang tau 😂 Untuk protect kepala daripada terhantuk ke batu-batu sewaktu sesi tubing ni aku suggest korang pakailah helmet untuk lebih selamat.
beriadah di santai riverside janda baik


4) Memanah
Aktiviti memanah juga disediakan di sini dengan kos hanya RM5 untuk 10 susur panah. Kitorang tak buat hari tu sebab tak tau, dah nak balik baru tau hihi.

memanah di santai riverside janda baik

memanah di santai riverside janda baik

5) ATV
beriadah di santai riverside janda baik
Gambar sekadar contoh.
Sumber: motosport.com
Untuk yang berminat nak meneroka hutan atau ingin menimba pengalaman naik ATV, boleh sewa kenderaan tersebut di homestay Mama Papa yang terletak berdekatan dengan Santai Riverside. Kos serendah RM30 per ATV untuk 3 laps. Yang ni pun kami tak sempat buat sebab sedikit rushing pada hari terakhir penginapan kami.
beriadah di santai riverside janda baik

6) Kutip Sayur

Last but not least, kutip sayur!! Haha ni bukanlah aktiviti pun sebenarnya tapi aku saje nak highlight betapa pemurahnya owners Santai ni. Aku ni kan minat berkebun tapi dok bandar mana la ada tanah. So bila tengok kebun sayur yang ditanam sekeliling homestay ni rasa teruja sangat, lagi-lagi bila tuan tanah benarkan kami kutip sayur yang hidup dengan suburnya.

Antara sayur yang banyak terdapat di sini:
pucuk ubi, ulam raja, betik, kacang panjang, pandan, cili kampung, terung, serai, daun kunyit, daun kesum dan bunga kantan.

kebun sayur di homestay santai riverside janda baik (yaniepedia.com)

kebun sayur di homestay santai riverside janda baik

kebun sayur di homestay santai riverside janda baik

kebun sayur di homestay santai riverside janda baik
Dan disebabkan tuan tanah dah bagi izin dan kami ni memang pelahap dan gilakan produk organik, maka aku dengan gelojohnya pi kutip banyak-banyak nak buat bawa balik hihi. Bukan apa, aku treasure sangat pengalaman mengutip sayur tu, mana nak dapat kat bandar kan. Terima kasih tuan tanah, saya doakan anda dipanjangkan lagi usia dan dimurahkan lagi rezeki :)
-
-
Aku rasa setakat ni itu je kot aktiviti yang paling popular dibuat di Santai Riverside. Memancing? Yang tu aku kurang pasti sebab tengok airnya tak nampak pulak ikan. Tapi ada juga aku ternampak orang memancing di hujung sungai, mungkin ada ikan juga kot.

Sekian nukilanku kali ini, all in all kami seronok sangat sepanjang penginapan kami di Santai Homestay. InsyaAllah panjang umur, ada rezeki kami rancang untuk ke sini lagi di masa akan datang :)

Comments