Isi Borang Online Untuk Mempercepatkan Proses Mematikan Setem di LHDN

Cerita beberapa bulan lepas.

Aku ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk matikan setem perjanjian sewa rumah. Biasanya takdelah lama sangat prosesnya, adalah dalam sejam - sejam setengah.

Bagi yang biasa buat, korang mesti tau kan. Proses untuk matikan setem ada dua:
1- Isi borang maklumat berkenaan dokumen kita
2- Selepas borang dah diisi dan submit, no giliran kita akan dipanggil untuk proses matikan setem

Simple kan?

Tapi dah nasib aku, kalini best pulak... Diorang dah tukar sistem. Instead of isi borang waktu step pertama tu, kita kena ambil no giliran dua kali.

No giliran pertama untuk isi borang online seperti gambar di bawah: (isi details agak rumit sikit, lagi-lagi untuk mereka yang jarang buat)
proses matikan setem isi borang online LHDN
Proses 1 agak merumitkan keadaan...

No giliran kedua untuk proses matikan setem di kaunter.

Yang buat lambat sangat-sangat hari tu bermula dari proses no 1: proses mengisi borang online.

Kalau tak silap aku pada hari kejadian, mereka yang isi borang online tu ambil masa dalam 10 min sorang. Kalau 12 orang depan kita dah 2 jam... Ko sanggup??

Dan bukan aku sorang je stress menunggu rupanya. Pada hari tersebut ada beberapa orang bising (siap panggil depa bodoh), merungut-rungut tentang sistem baru ni yang melambatkan lagi proses mematikan setem. Haaa... Nampak tak betapa kurang efisian nya cara perlaksaan isi borang online ni? Rugi beb kalau korang tak belajar cara nak isi borang online sebelum ke LHDN, at least kalau dah tau boleh la isi siap-siap kat rumah dulu baru ke LHDN ambil no untuk proses 2 je terus!

Aku dapat idea untuk isi online ni sebab waktu tu aku memang urgently rushing untuk ambil anak dari sekolah, so otak aku ligat la memikir macam mana nak bagi cepat lagi. Depan aku ramai lagi ni!

Tiba-tiba aku ternampak sign ni:
proses matikan setem isi borang online LHDN

So apa lagi nak tunggu, daripada aku lepak main handphone baik download app ni dan isi borang, tanpa menunggu lama-lama kan hehe.

Okay, meh aku simpulkan cara-cara untuk mempercepatkan proses 1 dengan cara mengisi borang online. Korang boleh isi siap-siap kat rumah sebelum ke kaunter LHDN tau, jadi cepat sikit urusan.

Harap maklum contoh berikut adalah khas bagi mereka yang nak matikan setem untuk dokumen perjanjian sewa rumah, untuk perjanjian lain korang hanya perlu tukar jenis dokumen di langkah 2 di bawah:


proses matikan setem isi borang online LHDN
Langkah 1:
Muat turun aplikasi DIGITAL FRANKING di handphone

                                                                                             

 
lembaga hasil dalam negeri
Langkah 2:
Buka aplikasi tersebut dan klik pada simbol tambah (+) di kanan atas skrin

Klik 'Jenis Penyeteman', pilih PENYETEMAN SEWA PAJAK


 
borang online lhdn
Langkah 3:
Klik 'Kategori', pilih 'SEWA'

Klik 'Jenis Surat Cara', pilih 'PERJANJIAN SEWA RUMAH KEDIAMAN'

Klik 'Tarikh Surat Cara', masukkan tarikh perjanjian

Klik 'Tajuk Surat Cara', isi tajuk perjanjian

Klik 'Kontrak/Balasan/Pinjaman', isi jumlah sewaan sebulan

 
digital franking
Langkah 4:
Klik 'Bil. Asal', isi jumlah salinan asal perjanjian

Klik 'Bil. Salinan', isi jumlah salinan copy sekiranya ada

Klik 'Pihak Pertama', isi maklumat pemilik rumah kediaman

Klik 'Pihak Kedua', isi maklumat penyewa

Dan sekiranya anda hanyalah pembawa dokumen (bukan pemilik rumah, bukan juga penyewa), klik 'Tambah Pihak Ketiga' dan isi maklumat anda






Klik butang 'SIMPAN' sekiranya kesemua maklumat telah diisi dengan lengkap.
 
Langkah 5:

Kembali ke skrin menu utama dan klik pada 'DOKET'

 
Langkah 6:
Korang akan nampak ni. Klik pada kotak hitam tu


Akhirnya korang akan terima kod yang dinanti-nantikan ni. Once korang terima kod ni, cepat-cepat pi ambik no giliran untuk proses 2:

Dalam proses 2 nanti, pegawai di kaunter akan scan kod ni dan proses seterusnya seperti biasa. Setem akan dimatikan dan bayaran di kaunter seperti biasa hehe.

Dengan cara isi form online ni aku dapat langkah 10 orang di hadapan kalau tak silap waktu ni. Best kan??? :)

Comments

  1. Hi nak tanya, perlu beli setem di pejabat pos ke? Atau LHDN cop sahaja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Ahmad :)

      Kaedah yang saya tunjukkan di atas adalah cara mematikan duti setem yang betul (khas untuk perjanjian penyewaan rumah antara owner dan penyewa; atau boleh juga untuk perjanjian lain). Kaedah ini tidak memerlukan Setem Hasil kerana pegawai LHDN akan Cop setem tersebut. Kaedah ini dibuat untuk memastikan perjanjian itu valid dan melindungi hak pihak-pihak yang terlibat.

      Setem yg Ahmad sebut tu adalah 'Setem Hasil', berbentuk seperti setem tapi berharga dalam lingkungan RM1, RM10, dll. Yang tu biasanya diperlukan untuk permohonan ke IPTA kan? Kalau yg tu memang hanya dijual di Pejabat Pos sahaja, dan boleh dimatikan di LHDN atau Pesuruhjaya Sumpah.

      Harap membantu :)

      Delete
  2. Salam.. mcm mne kaedah stamping utk perjanjian kontrak pembinaan?
    p/s: perjanjian kontrak pembinaan adalah salah satu penyeteman sekuriti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.

      Selepas tuan selesai download aplikasi Digital Franking, klik pada simbol tambah (+) di kanan atas skrin.

      Dalam Maklumat Surat Cara isi seperti berikut:

      bahagian Jenis Penyeteman, pilih 'PENYETEMAN SEKURITI'

      bahagian Kategori, pilih 'PERJANJIAN PENYEDIA PERKHIDMATAN'

      bahagian Jenis Surat Cara, pilih 'PERJANJIAN KONTRAK PEMBINAAN'

      Maklumat seterusnya tuan isikan mengikut maklumat yang tertera dalam kontrak tuan. Harap membantu :)

      Delete
  3. Nak tanya, kene bawa owner rumah dan penyewa ke time kat LHDN nanti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu.
      Yang penting surat perjanjian dah ditandatangani oleh owner dan penyewa pada setiap muka surat (sign pada hujung tepi setiap muka surat, kecuali muka surat yg sudah menyediakan garisan untuk ditandatangan).

      Harap membantu :)

      Delete
  4. untuk isi maklumat pihak pertama kedua ketiga tu mmg semua kene isi ke..no cukai..alamat..email..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu isi semua maklumat. Hanya isi yang mana bertanda bintang (*) sahaja.

      Maklumat pihak ketiga hanya perlu diisi apabila perjanjian tu dibawa ke LHDN oleh orang lain (selain owner dan penyewa).

      Delete

Post a Comment