Resipi: Chocolate Nuts Energy Bar (Coklat Tenaga) Yang Sihat

Ok first of all ini bukan kek batik tau!!!😂

Ni Chocolate Nuts Energy Bar, aku salut dah macam rupa kek batik pula alahaiii haha. Takpela janji nampak la kekacang tu... Hmmm... Macam tempe salut cekelat pun ada kan? Hihi apa nak buat, gambar snap pakai handphone je pun.
resipi sihat
Kepada kaki sukan, kaki workout dan hikers pasti biasa makan benda ni. Kalau kat luar biasa dijual dari RM5 hingga RM7 seketul. Mahal kan...

Energy Bar biasanya dimakan sewaktu membuat kegiatan-kegiatan lasak untuk menambah tenaga dan sumber protein sihat tanpa menggemukkan. Ini yang aku faham la, kalau ada info tambahan silakan komen di bawah :)
BAHAN-BAHAN
 
1. Dark chocolate: 600g
2. Ekstrak vanilla: 1 sudu teh
3. Gula kabung/melaka: 3 sudu besar
4. Minyak kelapa: 1 sudu besar
5. Kekacang campuran yang dah dibakar dan dicincang, seperti pistachio, almond, kacang tanah, kuaci, raspberi kering, chia seed dan lain-lain kekacang: total 500g, dibeli di Mahnaz
6. Madu: 3/4 cawan
7. Secubit garam

* Bahan kekacang boleh diganti dengan bahan lain yang sihat seperti kacang walnut, oat, kismis, apricot kering dan sebagainya. Kalau boleh pakai la bahan yang dah ada di rumah supaya lebih jimat.


CARA

1. Letakkan kertas minyak di atas loyang. Sapukan sedikit minyak kelapa atas kertas minyak. Langkah ni paling penting sekali untuk pastikan energy bar mudah dialihkan bila dah masak nanti.

2. Panaskan gula kabung, minyak kelapa, secubit garam, vanilla dan madu. Untuk madu, aku cuma masukkan 2 sudu besar je untuk dipanaskan sebab tak nak semua madu yang digunakan hilang khasiat dan nutrien.
Langkah memanaskan ni penting juga sebab apabila bahan-bahan manis ni dipanaskan atau dikaramelkan, ianya akan menjadi suatu sebatian yang melekit, yang membantu energy bar untuk mengeras nanti.
Panaskan dan kacau selama 3-4 min sehingga berbuih. Jangan lama sangat.

3. Campuran karamel tadi digaul bersama kekacang yang sudah dicincang kasar.

4. Baki madu yang tidak dipanaskan tadi pula digaulkan bersama kekacang. Oleh kerana dalam resipi aku ni kebanyakan madu tak dipanaskan, kekacang jadi kurang keras tapi yang pastinya nutrien dia tinggi hehe... Opsss jangan lupa pakai sudu plastik ok.
Bila mengadun pakai madu sentiasa ingat untuk jangan menggunakan sudu besi sebab besi akan mengurangkan nutrien madu juga.

5. Adunan yang telah digaul diratakan di atas loyang tadi. Ratakan rapat-rapat supaya kekacang ni betul-betul melekat antara satu sama lain. 

6. Panaskan dark coklat secara double boil. Kalau ada microwave lagi senang, panaskan je sampai cair. 

7. Tuang coklat yang dah cair ke atas adunan kekacang. Ratakan dan masukkan ke dalam peti ais (bahagian beku) selama 1-2 jam.
Boleh juga dimasak di dalam oven untuk dapatkan bar yang lebih keras tapi as I mentioned earlier, aku taknak madu tu terdedah kepada haba...
8. Keluarkan dari fridge dan terbalikkan... Tadaaaa!

9. Hias la sikit atas ni. Kalau nampak cam buruk bersepah macam ni anggap jela seni haha.

Zoom in... Ok cari muka panda di dalam gambar ini.

10. Potong kecik-kecik. Haaa sedap tak? Sedap mata memandang kan hihi. Alhamdulillah dengan bajet RM50 boleh la dapat 30 ketul benda ni yeayy!

Disebabkan aku buat ni untuk persediaan aktiviti hiking dan kegiatan lasak yang lain, maka aku pun balut siap-siap pakai kertas minyak je. Nak beli kertas pembalut coklat, kedai dah takde stok pula. So ini la kejadian akhirnya:

Jangan lupa simpan dalam freezer and enjoy :)

Comments

  1. Thank you for the recipe. I loveee energy bar. Tapi nak beli mahal & high in sugar and bahan-bahan lain. Nanti nak buat sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup betul. Kat luar agak mahal dan manis sgt. Kalau buat sendiri kita boleh custom ingredients :) Nanti dah buat share la gambar kat sini ya

      Delete
  2. Wah menariknya. Nampak sedap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Puan Nadxoxo :) Memang sedap, suami asyik cari alasan nak bawak buat breakfast pegi kerja hehe.

      Delete

Post a Comment