Tips Menurunkan Bayi Yang Songsang di Dalam Kandungan Secara Alami



Image by Slideshare {credit to https://www.slideshare.net/yuyuricci/breech-presentation-75519286}
Opss haaaa... Siapa pernah alami benda ni? Baby songsang dan belum turun walaupun kandungan dah lebih daripada 35 minggu.

Seram kan? Lagi-lagi memikirkan kalau baby tak mau turun abeslaaa... Keluar ikut tingkap la nii...


I feel you mommies. Aku alami perkara ni waktu mengandungkan Safiya. Pada usia 37 minggu kandungan budak ni masih terapung-apung lagi. Nervous tu jangan cakap la. 


So doktor bagi lagi seminggu untuk cek semula sebelum buat keputusan nak external cephalic version (ECV) atau Caesar 😱!



External Cephalic Version (ECV)Image by Eastern Southern Midwifery {credit to https://www.easternsouthlandmidwifery.com/pregnancy-and-the-abnormal.html/}
Aku dah cuak.

Oh nooo.. Dalam seminggu tu ada harapan ke?


Aku mula Google cara nak turunkan baby dalam rahim.

Di samping usaha untuk turunkan dia, aku juga cuba gali ilmu mengenai apa itu ECV (pusingkan baby di hospital) dan risiko membuat ECV serta caesar ni. 


Risiko paling mnenakutkan untuk ECV ni takut baby terbelit tali pusat. Tapi apa-apa pun kita usaha dan serahkan pada yang pakar.


Aku belajar untuk redha dan persiapkan diri.

___
TIPS TURUNKAN BABY DALAM KANDUNGAN SECARA NATURAL

Tapi Alhamdulillah dalam tempoh seminggu tu dengan izin Allah baby turun juga masuk ke laluan!


Ya Allah, di saat aku dah redha untuk apa-apa kemungkinan waktu doktor scan pada usia dia 38 minggu tu, Allah bantu. Miracle sangat!


Makanya di sini aku nak berkongsi sedikit ilmu on aktiviti yang aku rasa membantu di sepanjang tempoh seminggu persiapan tu untuk menurunkan baby:


1) Sujud dengan lebih lama

Bukan je waktu solat, malah sebelum dan selepas bangun tidur pun boleh sujud lama-lama. Jadikan rutin setiap hari.

2) Lakukan senaman untuk turunkan baby

Antara senaman yang membantu adalah deep squad, merangkak dan duduk di atas bola gym. 
Yang aku buat cuma dua tu je sebab aku takde bola gym kat rumah (klik gambar untuk melihat video);
Merangkak
Deep squad caranya seperti squad biasa cuma kita mengangkang luas sikit dan turun sebawah yang boleh. Manakala aktiviti merangkak tu memerlukan kita merangkak sekeliling dengan keadaan punggung lebih tinggi daripada kepala. Disebabkan aku dah tahap desperate, aku lakukan selama yang termampu dan 3 kali sehari- Pagi, petang & malam, setiap hari.
Deep squat
3) Pasang radio
Haaa? Macam mana pula radio membantu, you might say? 😏 Ya radio juga amat membantu ya puan-puan. Aku pakai radio kecik yang ada surah-surah tu. Ala beli online je, dalam RM80-90 je harganya. Aku ada terbaca yang bayi dalam kandungan peka kepada bunyi-bunyian di luar badan kita. Apabila kita letakkan muzik di bahagian bawah perut (dekat dengan rahim), baby dalam perut akan mula mendekati bunyi-bunyian tu. So automatik dia akan turun untuk mendekati benda yang dia dengar. 
Sekarang RM45 je kat Lazada, chuolss!
Sumber: Lazada
To make it even more effective, aku buat ni ketika squad atau ketika sujud sebelum tidur. Sambil sujud sambil pegang radio kecik tu letak di area perut / rahim. Buatlah selama yang mampu. Tapi pastikan volume tu tak berapa kuat sangat ye sebab bunyi yang terlalu kuat mampu memberi kesan kepada pendengaran bayi dalam kandungan. So berpada-padalah ya.

4) Lampu

Apabila berada dalam bilik yang gelap, anda juga boleh cuba menyuluh perut sebab bayi dalam kandungan akan tertarik kepada cahaya di luar. Suluh la di bahagian yang anda mahuAku ada juga cuba praktik benda ni tapi jarang sangat.

5) Banyakkan berjalan

Perempuan mengandung paling suka berjalan kat mall kan? Di samping rambang mata nak shopping untuk orang baru, keadaan mall yang sejuk tu paling sesuai untuk berjalan lama-lama. So kamu yang bermasalah seperti ini aku nasihatkan. Pegi la mall. Jalan la cuci mata, shopping, dating, etc etc. Yang suami kena rajin-rajin temankan isteri ok. Bukan selalu pun. 2, 3, 4 tahun sekali je haha.

6) Bercakap-cakap dengan baby

Ni mesti ramai yang praktik kan? Betul dah ni tapi jangan expect result hanya melalui cakap-cakap dengan baby je tau. Dari segi fizikal kena juga rajin usaha untuk ‘bantu’ baby bergerak ke posisi yang betul. So rajinkan diri untuk buat perkara-perkara di atas juga ye.

7) Berdoa pada yang Maha Esa

Last but not least- berdoa. Amalkan surah Maryam. Secara rohani ianya amat membantu memberi ketenangan kepada kita apabila kita meletakkan sepenuh ketakwaan kepada Allah. Allah knows best. Tapi usaha la untuk meminta. Jangan berserah tanpa bertindak. 


Sumber: Google

Akhir kata... Kalau rasa badan tu berat sangat untuk buat semua ni (a.k.a malas), anda dijemput untuk tengok video di bawah. Moga rasa lebih ringan badan selepas tu hehehe:


Again, semoga berjaya dalam usaha korang menurunkan baby. Namun begitu perlu juga diingati, kita berusaha, Allah juga yang menentukan segala sesuatu. 

Ulasan