Safiya Her First Birthday!


19.9.2016


Aku ingat lagi moment melahirkan si Safiya ni. Sesungguhnya pengalaman nak dapatkan, mengandungkan, melahirkan & menjaga Safiya jauh lebih susah daripada kakak dia.


Waktu kami plan nak dapatkan anak kedua ni kami diuji dengan keguguran.


Alhamdulillah, selepas pantang & period sekali aku terus mengandungkan Safiya. Tapi sepanjang tempoh kehamilan dia ni agak perit la. Mabuk sampai tahap muntah darah, berat sebab perut terlalu besar (air ketuban banyak sangat), berat badan naik mendadak & sakit di bahagian rahim- yg ni berdasarkan bacaan aku, perkara normal untuk pregnancy kedua dan seterusnya.


Nak lahirkan budak ni pun mencabar!

Disebabkan GDM aku terpaksa terima induce untuk lahirkan dia on time. Maknanya tak boleh overdue. So waktu serah diri ke Hospital Shah Alam (antara pengalaman teruk bagi aku in terms of layanan diorang) aku terima induce sebanyak 3 kali... 3 kali beb! Sakit tu Allah jela tau. Tu belum masuk kisah sepanjang dalam labour room dan waktu baby dah lahir. Perghhhh dia punya menangis non-stop tu, sampai dengan aku sekali rasa nak menangis. Habis serak suara dia nangis tanpa henti dari tengah malam sampai tengah hari next day. Jadi bahan anak aku sepanjang kat situ sebab dia memang juara betul dalam wad tu haha. Yang ni kalau aku nak cerita panjang berjela pulak...

Dan FYI sampai sekarang dia masih kuat nangis. Sampai sekarang 24 jam menempel, bergantung, takleh berpisah langsung kalau nampak muka aku. Dugaan beb jaga budak Safiya ni tapi Alhamdulillah ni laaa amanah Allah yang kami tunggu-tunggu dulu so InsyaAllah adalah hikmahnya Allah beri sikit dugaan pada kami untuk jaga anak solehah ni kan.

Gambar terkini Safiya Imani (kiri) dan kakaknya Iman Raihannah (kanan). Nampak je ceria tapi kuat nanges budak ni
So back to business, aku nak post sikit pasal sambutan birthday Safiya haritu kot boleh bagi korang sikit ideas. Aku suka benda-benda DIY ni, rasa kepuasan tahap maksima bila berjaya buat tu kan (walaupun takde la lawa nau).

Ni antara DIYs yg aku buat untuk party Safiya haritu:

- Alas meja
- Backdrop
- Skirt tutu for the girls
- Small bday board

Dan untuk menu makanan pula kami pilih untuk buat pot luck, aku pilih untuk masak bihun sup utara, agar-agar & chocolate fondue. Kuih kaswi pandan tak sempat nak hidang, masih ada dalam peti ais nun huhu.


Meh aku detail kan sikit benda yang DIY ni:


1- Alas meja

• Kain organza purple (4 meter)
• Kain cotton purple (2 meter)
Kain organza bahagi kepada 2 bahagian so akan jadi 8 meter in total. Jahit dengan cara dilipat-lipat untuk kesan macam langsir. Actually boleh juga buat macam skirt tutu tu (takyah jahit, hanya ikat pada getah), tapi aku dah tersilap dari awal so teruskan jela haha. Masa pun limited sangat buat macam ni siap kejap je.

2- Backdrop

• Kertas bungkus hadiah pelbagai warna mengikut tema
Ye aku pakai kertas pembalut hadiah je. 1 hiasan bulat tu memerlukan 2 kipas kertas yg digam bersama. Kalau ikut kertas yg aku beli kt Kaison ni 1 roll kertas balut hadiah tu boleh dapat dalan 3 hiasan bulat tu. Cara nak buat boleh rujuk vid ni:
I
Video by StyleconsCloset {credit to https://www.youtube.com/watch?v=yQSNK0hXM2o/}

3- Skirt tutu tanpa perlu dijahit

Purple untuk bday girl. Kuning untuk kakak bday girl
• Kain tulle (pastikan beli yg bulatannya kecik-kecik halus dan materialnya sedikit keras)
• Headband getah untuk budak yg ada lubang-lubang (boleh didapati di kedai My One Shop atau kedai getah rambut)
Adalah sangat penting untuk beli kain tulle yang betul untuk buat tutu ni. Ramai orang tersilap beli tulle dgn organza atau kain lain yg hampir serupa (termasuk aku). Aku pada awal ada terbeli kain yg sedikit lembut (rupa seakan tulle) dan bila diikat kainnya terlalu lembut so tak kembang. Sudahnya aku jadikan kain ni sebagai kain dalam skirt tutu ni je. Cara nak buat sangat mudah, tak perlu jahit pun, boleh tengok vid ni:
Video by Sheryl and Bob {credit to https://www.youtube.com/watch?v=KY3YQ1ZxN3I}

4- Small birthday board (boleh tengok pada awal artikel ni)
• Board gabus keras yg nipis (saiz A3)
• Gambar yg diprint pada glossy paper (saiz A3)
• Plastik balut buku
• Gam
• Mini wooden easel (boleh didapati di Daiso)
Lekatkan je gambar glossy tu pada board menggunakan gam. Then balut semua tu menggunakan plastik balut buku. Letak atas easel & you're done!

So ni la hasilnya:





Happy birthday Safiya!

******************************************


Untuk task kali ni kak Rafidah buatkan kek bentuk skirt ni je. Then aku tambah crown purple yang dibeli kat Daiso tu yang hasilnya macam ni:

Tersenget sikit haha. Menggigil katanya...

Oh, by the way, suka tak kek ni? Lawa kan? Bukan setakat lawa je tau, tapi kek ni memang superb! Aku kalau dah order kek dari akak ni memang susah nak merasa, tau-tau tetamu dah habiskan dulu Alhamdulillah 😂😂

U ols boleh contact kak Rafidah yang talented ni kalau nak order ye. Dia ni memang otai la bab-bab kek cream ni... No telefon beliau:

019-275 6057 (Rafidah)

Moga membantu!

Comments