Review Bufet Ramadhan 2018 di Laman Kayangan, Seksyen 7, Shah Alam


AUTHENTIC ASIAN CUISINE. 
TIGA perkataan yang boleh aku gambarkan untuk bufet Ramadhan 2018 di Laman Kayangan.
___

If you are looking for a Ramadhan buffet that serves original, Asian food and delicacies - then this is it! Western food are also served but with a twist of Asian Flavor... How cool is that? Sesuai la untuk lidah Melayu kita ni kan.

Terima kasih kepada team Segi Seri Sdn Bhd kerana telah menjemput kami untuk Prebiu Ramadhan buffet 2018, yang bertempat di Laman Kayangan, Shah Alam baru-baru ini. Kembara Selera Memikat Jiwa, itulah temanya pada tahun ini.

Bangunan Laman Kayangan terletak di Seksyen 7, Shah Alam dan berada dalam satu tapak kawasan yang sama dengan Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor. Bangunan yang tersergam indah ini biasanya dijadikan dewan perkahwinan pada bulan-bulan biasa.

___
KEMUDAHAN
Antara kemudahan yang boleh digunakan oleh tetamu sewaktu menikmati juadah berbuka puasa di sini nanti ialah:
- Surau
- Dewan makan berhawa dingin
- Akses percuma untuk Wi-fi
- Ruang meletak kenderaan percuma

Ruang parking kereta adalah percuma, luas dan accessible.


Melangkah ke dewan Laman Kayangan umpama menghadiri majlis perkahwinan berkonsepkan modern kontemporari. Dalam dewan pula sarat dengan hiasan dan bunga-bungaan, diiringi alunan muzik ghazal yang merdu dan segar... Tidak dinafikan suasana nyaman di dalam dewan menimbulkan keselesaan untuk bersantap bersama keluarga dan rakan.

___
SUSUNAN MEJA

Meja yang disediakan sesuai untuk makan beramai-ramai, berkumpulan mahupun berdua-duaan. Ada meja panjang, bulat dan duo seperti di bawah:



___
MENU
Ada lebih kurang 88 jenis menu yang akan disediakan di sepanjang bulan Ramadhan tahun ini. Makanan yang dihidangkan terdiri daripada juadah masakan Melayu (Peranakan / Nyonya, Kelantan, Johor, Melaka, Negeri Sembilan), Arab, Indonesia, Singapore dan Thailand

Kelazatan Sup Tulang Merah dan Nasi Arab Kambing Golek menjadikannya 'signature dish' bufet kali ini.

Lain-lain juadah yang enak yang pastinya bakal menjadi tarikan Ramadhan nanti antaranya Kacang Pool Larkin, Ayam Kalio, Daging Damia, Nasi Kabuli dan bermacam-macam lagi!

Menariknya, kesemua hidangan utama disusun di dalam gerai-gerai kecil yang diberi nama dengan istilah yang trending kini seperti gerai Mr. Burn, Noodle In Boat, Bombastic, Tak Tuang Tuang, Kap Khun Kap, Mat Tak Done dan lain-lain.










___
Antara yang sempat kami rasai pada prebiu bufet untuk Ramadhan tahun ini:
    1) Sup Tulang Merah (stall: Aeroon Pak Ajis)

2) Nasi Kebuli - dimakan dengan kambing bakar (stall: Periuk Belanga)


3) Mee Kari Nyonya (stall: Noodle In Boat)

4) Kacang Pool (stall: Kacang Pool Larkin)
5) Pencuci Mulut (stall: Round The Clock)

6) Buah potong Dengan Kuah Rojak (stall: Round The Clock)
___
HARGA

Early Bird (pembelian awal sehingga 16 Mei 2018)

Dewasa: RM50
Kanak-kanak / Warga emas: RM35

Harga Normal
Dewasa: RM65
Kanak-kanak / Warga emas: RM35


___
PAKEJ ISTIMEWA
Pakej Korporat
1) Beli 50 meja
PERCUMA
*500 cenderahati istimewa
*5 Hamper
*PA System & Projector

2) Beli 10 meja
PERCUMA
*1 meja
*100 cenderahati istimewa

Pakej Famili
1) Beli 5 dewasa
PERCUMA
*2 kanak-kanak / warga emas

2) Beli 1 dewasa
PERCUMA
*1 dewasa

___
Untuk tempahan bufet Ramadhan ini, anda boleh hubungi Segi Seri di talian seperti yang tertera di bawah:

017-317 7806
011-1878 4681
019-3117443
017-332 6646


SEGI SERI
Laman Kayangan d/a
Dataran Karyawan,
Kompleks Belia & Kebudayaan
Negeri Selangor, Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor
sales@segiseri.com

Ulasan

  1. Betul tu authentic and very asian..sedap dan worth the price kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat worthy :) Tambah lagi persekitaran & layanan membuatkan kita rasa macam tetamu VIP kan? Fuzy haritu datang jam berapa?

      Padam
    2. sampai dalam jam 4 lebih..tak jumpa pulak kan...next event kita jumpa ya

      Padam
    3. InsyaAllah nanti ada rezeki kita jumpa ya 😊 Kot tak perasan tegur-tegur la hehe

      Padam
  2. adoi !!! wrong time bukak blog awak.. awal pagi akak dah lapar.. huu~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun tersilap baca komen akak time-time ni. Sudahnya saya pun lapar balik ni hahaha

      Padam

Catat Ulasan