Resipi Homemade Lamb Shoulder Set yang mudah-- Buat sendiri je!


Assalamualaikum chuols,

Kalini aku nak share resipi makanan kegemaran my husband-- Kambing bakar ala-ala mat saleh punya style. 

Biasa kalau kat luar satu set ni dijual dalam RM30 satu pinggan kan? Haaa tapi dengan resipi ni kita dapat buat 3 pinggan dengan bajet hanya dalam RM8 je sepinggan (roughly, sebab ada bahan-bahan ni dah ada kat rumah). Bayangkan, RM30 tu 3 orang boleh makan tau kalau buat sendiri kat rumah, kan saving banyak tu!!!

Ok so untuk siapkan satu set ni kita perlu buat 4 benda ni:



1. Daging kambing bakar
2. Kentang lenyek
3. Garden Salad
4. Gravy

Semua benda ni aku buat sekali gus tau so memang normal kalau kat dapur nanti dah macam bersilat ke menari ke apa. Jangan risau, tu normal :)

So kita mulakan dengan kambing bakar. Let's get started!

***** Resipi ini adalah untuk 3 orang *****

1. KAMBING BAKAR
Bahan-bahan:
  • 3 keping daging lamb shoulder (beli kat Mydin USJ, dalam RM4 lebih sekeping)
  • 6 ulas bawang putih
  • Seulas halia sebesar ibu jari
  • Lada hitam
  • Daun oregano
  • Daun rosemary
  • Daun thyme (optional)
  • 3 sudu kecil garam
  • 3 sudu teh gula
  • Sos lada hitam biasa (tak perlu beli yang mahal-mahal)

Cara-cara:
Bawang putih dan halia dipotong-potong halus. Tuangkan sos lada hitam atas daging & gaulkan kesemua bahan dalam satu bekas. Perap selama 1-2 jam minimum. Lagi sedap jika diperap semalaman. 

Panaskan oven pada suhu 250 darjah selama 10 min. Bagi yang menggunakan oven biasa, boleh alaskan bekas dengan aluminium foil dulu supaya daging tidak melekat. Bakar selama 25-30 min sahaja dengan suhu 250 dajah. Dalam tempoh 25 min tu, terbalikkan daging selepas 15 min dimasukkan ke dalam oven untuk pastikan daging betul-betul masak di bahagian atas dan bawah.  Lagi-lagi yang pakai oven kecik macam i ols ni huhu..

====================================


2. GARDEN SALAD
Sepanjang pembakaran berlaku, bolehlah siapkan Garden Salad sekali. Untuk resipi ni aku buat sendiri Italian dressingnya sebab susah nak cari kat kedai.

Bahan-bahan salad:
  • Fusili pasta (dah direbus & ditoskan)
  • 1/4 biji green pepper / lada benggala
  • Sebiji tomato dipotong dadu
  • Sedikit daun salad dipotong-potong
  • 1/2 biji bawang merah dipotong dadu
  • Sedikit lobak merah dipotong dadu (optional)
  • Sedikit timun dipotong dadu (optional)
Bahan-bahan Italian dressing:
  • 4 ulas bawang putih 
  • Daun oregano
  • Daun rosemary
  • Serbuk bawang
  • Cuka
  • Minyak zaitun

Cara-cara:
1. Dalam mangkuk salad, masukkan kesemua sayuran dan pasta. Gaul sebati.
3. Bawang putih & rosemary ditumbuk bersama. Tuangkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi bersama daun oregano & serbuk bawang ke dalam mangkuk berisi sayur-sayuran tadi dan gaulkan. 
3. Tuangkan sedikit cuka & minyak zaitun secukup rasa ke dalam salad. Gaulkan sehingga menepati citarasa korang. 

=====================================


3. KENTANG LENYEK



Bahan-bahan:
  • 5 biji kentang (yang dibuang kulitnya)
  • 3 sudu kecil lada hitam / sulah
  • 1 sudu teh mentega
  • Jagung frozen (optional)
Cara-cara:
Rebuskan kentang sehingga lembut (dalam 30 min). Setelah lembut, lenyekkan di dalam mangkuk menggunakan garfu. tambahkan lada sulah & mentega. Gaulkan sebati.
Sekiranya ada stok jagung frozen dalam peti ais, rebuskan segenggam sehingga masak dan campurkan ke dalam kentang lenyek tadi. Gerenti mavelessss!!



======================================


4. GRAVY


Bahan-bahan:
  • 3 cawan air
  • 3 sudu teh tepung gandum
  • 2 sudu teh tepung jagung
  • 1 kiub pati ayam
  • Lada hitam
  • Sos lada hitam
  • Kicap (optional)

Cara-cara:
1. Di dalam mangkuk, larutkan tepung ke dalam air dan kacau.
2. Panaskan larutan air dan tepung ini di atas kuali dengan api yang kecil. Larutan ni perlu sentiasa dikacau supaya dia tak berketul-ketul.
3. Tambahkan kiub pati ayam dan kacau sehingga likat. Tambahkan sos lada hitam dan lada hitam secukup rasa.  
4. Titiskan sedikit kicap untuk gelapkan sikit warna gravy ni. Kacau sampai likat & menggelegak. Siap!


Gravy boleh dituang ke atas daging dan kentang lenyek



Selamat mencuba :)



Comments

Post a Comment