Resipi Pai Puding Coklat yang Sedap

Pai Puding Coklat

Aku memang penggemar puding coklat. Tapi kat Malaysia ni agak susah nak dapat. Keenakan puding coklat hanya terngiang-ngiang di kepalaku berdasarkan memoriku sewaktu kecil dulu, waktu kami tinggal di US. Ni antara favorite food aku waktu tu,so kalau korang rajin jom laa try buat. Sedap woooo...


Bahan-bahan


Kulit Pai (Serbuk Biskut Oreo):

2 pek besar coklat Oreo (boleh juga pakai biskut lain)
125g mentega (dipanaskan)
Plastik kuih / plastik makanan Ikea
Plastik pembalut makanan

Inti (Puding Coklat):

1 papan coklat masakan
4 biji kuning telur
2/4 cawan gula
1 sudu teh garam
1 setengah sudu teh ekstrak vanilla
2 setengah cawan susu
4 setengah sudu besar tepung jagung



Untuk Hiasan:

Whipped cream--- beli yang dah siap
Hirisan coklat--- ambil sikit dari coklat masakan yang akan digunakan
Strawberi--- dipotong-potong


Cara-cara


Kulit Pai (Serbuk Biskut Oreo):


1. Hancurkan biskut Oreo sehingga halus. 
Lebih baik sekiranya pakai mesin food processor untuk mendapatkan hasil yang sangat halus (lebih mudah dilekatkan menjadi kulit pai) tapi boleh juga buat manual je pakai jari-jemari dengan bantuan kayu penggelek. Tapi hasilnya agak kurang halus, makanya kulit pai nanti akan kelihatan sedikit comot & susah sikit nak dibentuk macam yang aku buat ni (padahal sendiri tak berapa reti kihkihhh):




The result


2. Masukkan cecair mentega yang dipanaskan tadi & gaul sebati.

Ok ok jangan panik sekiranya bancuhan agak kering. Kalau terlalu melekit nanti kulit pai akan jadi terlalu keras selepas disejukkan.




3. Alaskan bekas pai dengan plastik pembalut makanan. Bentukkan kulit pai. Sejukkan di dalam peti ais selama 30 min sebelum digunakan.
Alternatif lain, kulit pai juga boleh dibakar di dalam oven selama 8 min dengan suhu 180C. Tapi tak perlu letak plastik pembalut makanan lah ye, hangus pulak dalam tu nanti alahaii.




Haaa... jangan malu-malu. Tekan-tekan je dia
So ni la hasilnya selepas disejukkan. Comot sikit maaf ler...


******************************************************

Inti (Puding Coklat):

1. Panaskan susu dan coklat di atas api yang kecil sehingga coklat cair sepenuhnya.




2. Gaulkan bahan-bahan kering yang lain
Dalam mangkuk lain, gaulkan kuning telur & gula sehingga kembang. Campurkan bahan-bahan lain (garam+ekstrak vanilla+tepung jagung).

3. Campur kesemuanya
Tuangkan coklat panas tadi ke dalam campuran no.2 dan gaul sebati. Panaskan semula di atas api yang kecil sehingga coklat menjadi pekat, likat, padat & berbuih (dalam 6-8 min). Tutup api dan kacau lagi sehingga rata, sebati, sehati & sejiwa =)

4. Tuang dan sejukkan
Tuangkan puding coklat panas tu ke dalam kulit pai yang dah sejuk tadi. Tutup dengan plastik pembalut makanan dan sejukkan lagi dalam 2-3 jam sampai puding menjadi sedikit keras.





Comel je kan? Hehe


5. Hias
Dah sejuk, hiaslah sikit. Takkan rupe gitu je mana nak selera ye dak? So semburlah atas puding tu whipped cream diserikan dengan hirisan-hirisan coklat diselangselikan dengan stoberi. Baru cik abam sayang lebey ahakkssss :)




Haaaa... kan berseri sikit tu baru semangat nak makan hehe.

Semoga membantu beri sedikit idea pencuci mulut & selamat menjamu mata~

Comments