Selepas Kisah Kami di Aussie Menjadi Viral







Assalamualaikum.. 
Haaa ni la status Facebook aku yang pernah di viralkan oleh Siakap Keli, Bintang Star & The Hypermedia. Kisah benar yang terjadi sewaktu kami bercuti di Australia baru-baru ni pada hujung bulan Ogos 2015. 

Saje nak ulas balik isu ni sebab waktu kisah ni jadi viral haritu aku memang tak sempat nak tulis dalam blog. Kalau nak baca balik original post, boleh lihat di sini.

Kejadian tu betul-betul spoil percutian kami yang overall memang seronok (memandangkan kami travel beramai-ramai, ada 4 couple). Niat aku berkongsi di Facebook sebab of course, I wouldn’t deny akuaku memang bengang giler waktu tu. Dan aku nak jadikan kes tu satu pengajaran yang boleh diambil iktibar. 

Tapi setelah viral, macam-macam komen kami terima. Ada yang positif dan ada juga yang negatif. Biasa lah orang Melayu...

Dan yang negatif rata-rata dari mereka yang pernah pergi / tinggal di Aussie. Bagi dorang ni orang-orang Aussie semua baik-baik belaka, sistem dorang lagi hebat daripada sistem kita, dorang lagi maju, bla bla bla.

Apa ko hengat negara maju takde orang jahat langsung?

Tolonglah faham, kami pun tak minta perkara tu terjadi. Paling best bila ada yang ingat kami ni kumpulan budak Melayu yang jakun bila pi sana, sebab tu kami kena bayar pampasan tu. Tak reti pakai / jaga peralatan hotel katanya. What the...? Ingat kami ni tak bertamadun? 

Eh hello??

Sebelum ni Alhamdulillah aku dah jejak kaki ke US & Europe. Tapi sepanjang aku kat sana belum pernah lagi aku buat onar sampai tahap pihak hotel minta aku bayar atas 'kerosakan vanity toilet & lampu'. Yang vanity rosak sebab kami terlebih pakai air katanya (padahal pakai dalam sinki je) & lampu rosak sebab kami angkat anak-anak kami bagi main dengan lampu atas siling tu. 

Hahahahaha woi korang tak rasa kelakar ke tuduhan mat saleh gila ni?

Aku faham, kita Melayu bila berdepan dengan mat saleh kita ada rasa intimidated sikit. Sebab dia dari negara maju kita rasa apa yang dia cakap semua betul. Nak melawan tak berani. 

Eh, jangan tipula. Aku tau orang Melayu ada perangai macam ni sebab aku pernah kerja dengan depa dulu. Melayu ni paling senang nak buli sebab jarang bising depan-depan. Ok fine, tak semua Melayu. Tapi a big part of them. Dan sewaktu dia tuduh kami hari tu pun kawan-kawan aku tak berani nak argue dengan dia (and think he's right). Mostly sebab takut dia lagi tak mau pulangkan semula luggage kami. Dah lah kami dah memang lambat untuk ke airport. Lagi satu sebab language barrier. Nak argue tapi nak speaking tak berapa lancar. 

Kitorang mintak yang wakil-wakil lelaki ni pi bincang dengan mat saleh tu tapi dia langsung tak mau consider pulangkan luggage melainkan kami bayar dia untuk kerosakan-kerosakan yang dia tuduh kami buat tu. Last, aku pi office dia dengan kawan aku. Mula-mula aku tanya dia elok-elok. Tapi mamat ni main tinggi-tinggikan suara dia pulak (sampai merah padam muka). Tak pasal-pasal aku hilang sabar aku tengking dia balik. 

Michael si ah long kawasan Copacabana. Tengok laaa gaya dia tu eeeii meluat aku!


Aku cakap yang sepanjang aku bercuti di negara orang ni 1st time la aku experience kejadian yang shitty macam ni (termencarut, marah sangat). Aku cakap lagi, entah-entah ko sengaja bagi kitorang apartment yang dah memang rosak kan?  Dia punya respon merapu-rapu, asyik tukar-tukar topik. Dah la waktu kami call service sebab lampu rosak, takde sorang pekerja pun datang tolong tengokkan. Dua kali kami report, takde apa-apa respon, sudahnya boleh pulak depa tuduh kami yang buat?

Bila kami persoalkan kenapa ambil luggage kami, alasannya sebab dia kata dia tak dapat rekod kami dari Agoda. Takut kami lari macam tu je. Aish, salahkan Agoda pulak! Kalau dari awal takde rekod, kenapa waktu check in ko terima kedatangan kitorang macam biasa? Tak masuk akal betul!

Lepas tu kawan aku si Aiman cuba cool kan keadaan, tanya lagi berapa paling murah dia boleh bagi. Then dia turunkan lagi kepada AUD$400 pulak. Dey, memula cas AUD$1000, lepas tu ko turunkan lagi (aku lupa berapa). Then dah kena tengking baru turun lagi. Hipothesis aku, dia memang dah aim nak pow kami AUD$400, cuma nak cari alasan je. Waktu tu masa memang memihak kepada dia sebab kami dah terlalu desperate nak kejar flight. Nak report polis pun tak sempat sebab kami cuma ada 3 jam before next flight ke Malaysia. 

Resit buat kenangan kejadian yang menyayat hati tersebut  T___T

Anyway, kejadian ni mengajar kami banyak perkara. Ramai minta kami buat aduan pada Australian Embassy, persatuan pengguna Australia, Agoda, etc. Untuk pengetahuan, kami telah pun buat aduan kepada Agoda, tapi sehingga kini belum dapat respon walaupun sebelum ni dia maklumkan kami akan buat siasatan. Aku pun dah hantar complaint pada Accomodation Association of Australia tapi respon yang diterima agak mengecewakan sampai aku pun malas nak baca. Pihak Copacobana Apartment claim yang kami buat kerosakan tu dan takkan pulangkan pampasan tu. Dan kalau kami tak puas hati boleh bawa ke mahkamah sana.

Huh, of course la tak. Banyak pulak duit kitorang, & dah tentu-tentu kami takde bukti yang kami tak buat. Vanity tu pun ada kerosakan (yang kami pun tak tau macam mana boleh jadi waktu kami berada kat luar), so sure la pihak dorang yang akan menang kan?

So kesimpulannya, beringat dulu sebelum kena. Travelling can be fun until you meet these kind of evil people. Nak percaya atau tidak, terpulang.

A little update:
- Kebetulan ternampak ada tourists dari Itali yang turut merungut perkara sama di page apartment ni kat Facebook. Ingat nak paste gambar post tu kat sini tapi tak jumpa pulak.

- Anda boleh baca review orang lain tentang apartment ni kat link ni. You're welcome :)

Comments