Kehilangan...

30/10/2015: Gambar yang penuh makna... selain nak tunjuk jarum tu, kat tangan ni jugak la tersemat cincin tunang yang kini menjadi simbol kehilangan janin keduaku...sayu aihhh.

Harini hari ke-3 aku berpantang...


Hurmmmm... tau dek kawan-kawan aku mesti terkejut ni. Ntah bila pulak aku bersalin hihi.


Actually waktu ni hari pertama aku keguguran anak / janin kedua. The story goes... 


4 hari lepas yakni 29hb October aku terdetik hati nak ajak husband scan baby. Dia sepatutnya dah nak masuk 11 minggu. Excited aku, suami dan Iman Raihannah pi klinik nak tengok baby baru dalam perut. Sepatutnya minggu ni dia dah ada kepala, tangan, kaki dan sebagainya.


Tapi nak dijadikan cerita doktor cek perut aku tak nampak baby. Yang nampak cuma kantung yang kosong dan dah tak berapa bulat.... Ok waktu ni dah mula rasa seriau tapi cuba bertenang lagi.


Sebaik doktor tu kasi kitorang surat rujuk pakar, kitorang pun apa lagi. Kelam kabut drive ke PPUM. Sepanjang perjalanan tu sedih jangan cakap laaa... Perkara luar jangkaan kan.


Sampai PPUM perut aku yang semenjak subuh tadi sakit makin menjadi-jadi. Dah la perut sakit, ada darah (spotting) pulak. Ingatkan spotting ni perkara biasa di awal pregnancy (sumber: ilmu Google), tapi bila dah sakit perut sekali ni aku pun risau jugak la. Sakit macam angin, tapi makin lama makin kuat.


Setelah 2, 3 jam menunggu, akhirnya aku pun dianalisa oleh doktor....


Dan memang sah kandungan aku tak membesar.


Kemudian sample darah diambil. Then tunggu lagi 2 jam untuk result. Perut aku ni pulak makin lama makin teruk, darah makin banyak.


Selesai cek darah, aku di scan semula oleh gynae yang comey lotey, Dr Doris. Dia minta tunggu lagi 2 minggu untuk baby turun sendiri sebab bagi beliau, selagi belum ada bukti, selagi tu masih ada harapan untuk janin tu membesar. So kitorang pun balik menanti hari yang tak pasti...


Baru 1 jam berehat di rumah, tau-tau kitorang kembali semula ke PPUM. Apa tak nya, toilet rumah penuh dengan darah! Panik ok, panik! Sakit di perut semakin membuak-buak, hampir pengsan aku dibuatnya.


Sampai di wad kecemasan, aku ditolak di atas stretcher. Sakit dia, MasyaAllah... menangis-nangis aku kat wad kecemasan tu sambil gigil-gigil macam orang kena sawan. Literally.


Doktor inject ubat tahan sakit untuk kurangkan sakit, tapi badan masih menggigil juga. Slowly I drifted into a 2 hours of sleep, Alhamdulillah. But then again, selepas 2 jam aku terpaksa request for another dose sebab sakit semula.


Lebih kurang jam 1am diorang bawa aku masuk ke wad bedah. Kiranya nak buat D&C la tu. Huhu seriau woii, dah lah tengah sakit nak kena seluk lagi, tak larattttt!


Dr Doris keluar sebentar mengambil tools untuk D&C. Aku anggap pemergian beliau sebagai satu tanda warning of the next incoming pain, so aku mula gabra... O oh... No, cannot la, sakit ni 😭😭

Aku tengok diorang dah start tolak troli masuk aku pun apa lagi. Sambung la gelabah... So apa aku buat? Diorang keluar je, aku terus teran macam orang nak bersalin tu.

Debuk!


Keluar benda berketul-ketul lebih kurang 3 kali. Seram juga masa tu sebab tak tau apakah benda yang keluar bawah selimut tu kan. Tapi disebabkan aku lebih takut kena D&C, makanya aku gagahkan juga diri untuk setelkan benda tu seorang diri di atas stretcher tersebut.


Aku bagitau Dr. Doris & the geng, janin dah keluar. Ya, pemeriksaan seterusnya mengesahkan ketulan daging janin dah berjaya dikeluarkan secara alami, fuhhh.... Syukurrrr... 

So officially janin aku tu (bentuk daging) dilahirkan lebih kurang jam 2 pagi pada 30hb Oktober 2015, yang juga merupakan tarikh ulang tahun pertunangan aku dan suami 5 tahun lepas... Tarikh keramat 😢 Maka sesi berpantang pun bermula.

TAMAT
___
Kesimpulan yang aku dapat daripada kejadian ini ialah:

- Sakit keguguran itu seolahnya lebih sakit daripada sakit contraction. Kalau bersalin tu kita ada jarak tempoh kejap sakit kejap rehat kan, sakit keguguran ni dia sentiasa sakit tanpa henti. Kau tak boleh lari walau sekejap pun dari kesakitannya, so tangisan ketika sakit sewaktu janin nak gugur itu adalah normal ya puan-puan. 


- Bagi aku layanan staff PPUM terbaik. Doktor dan nurse sangat lembut layan aku dan pesakit lain kat wad kecemasan tu, so bagi aku PPUM highly recommended.


- Allah permudahkan urusan aku Alhamdulillah... Kejadian ni semua berlaku dalam masa satu hari, tak perlu tunggu 2 minggu. Dan kebetulan keesokan harinya (31hb Oktober) aku ada exam TOEFL. Aku bersyukur, walaupun tak diberi kesempatan untuk study, tapi Allah sembuhkan aku betul-betul sehari sebelum exam aku ni. So 2nd day pantang aku sambut kat ofis tempat ambil exam TOEFL, tawakkal jela sungguhpun soalannya susah ya Rabbi! Nasib baik tak meroyan aku kat situ hadoiyaiii...


...sedih tu memang sedih bila teringat balik. Tapi redha tu pun penting. Allah lebih tau apa yang terbaik untuk kita so aku memang yakin pasti ada rezeki yang lebih baik menanti kami. Tapi kadang-kadang bila anak aku dok cakap, "It's ok ibu, next time we have another baby brother ok," boleh tangkap leleh jugak la kan... Iman Raihannah ni pun.


Dan yang pastinya kejadian ni beri sedikit sebanyak pengajaran kat aku betapa susahnya nak dapat anak sebenarnya. Dulu aku tak rasa sangat sebab anak 1st aku ni Alhamdulillah Allah permudahkan. Bila dah jadi macam ni baru rasa bersyukur sangat dengan apa yang ada.

Alhamdulillah :')

Comments

Post a Comment