Misteri Objek di Langit

Assalamualaikum readers,

Especially to the 80's dan 90's kids. Hai korang, ingat lagi tak dengan kisah penampakan 26 objek aneh di langit yang pernah kecoh suatu ketika dahulu pada tahun 1992?


misteri objek di langit tanda kuasa Allah
Lakaran mengenai kejadian aneh tu.
Sumber: Berita Harian
objek yang dilihat di langit oleh pelajar sekolah agama di Klang
Sumber: forum.lowyat.net
"Peristiwa dilaporkan itu ternyata pelik dan penuh misteri. Rentetan kisah dilaporkan akhbar itu berlaku lewat malam 26 Julai tahun itu apabila kira-kira 200 pelajar sekolah agama di Klang, Selangor, mendakwa melihat 26 bentuk objek aneh di langit!

Objek aneh itu dikatakan muncul secara tiba-tiba di langit malam apabila kumpulan pelajar terbabit dalam perjalanan pulang ke asrama selepas menghadiri kelas mengulang kaji pelajaran.
Bentuk misteri itu dikatakan muncul berturutan hampir empat jam bermula 11.30 malam sehingga membuatkan kumpulan pelajar itu kebingungan dan ketakutan untuk berhari lamanya.
Antara objek yang muncul adalah kalimah Allah, manusia berkepala anjing, batu nisan, janin, manusia, mayat dibungkus, sebiji mata merah (seperti orang marah), lidah panjang serta lidah dipotong dan disambung semula." - Berita Harian.
Bila aku search tentang kes ni, ada beberapa orang yang ada kaitan dengan pekerja di sekolah tersebut atau Jabatan Agama Islam (JAIS) turut mengesahkan kejadian ni. In fact, ada artikel lain turut claim ramai saksi lain di kawasan Klang yang turut menyaksikan peristiwa misteri tersebut. Sekolah yang terlibat juga merupakan sekolah berprestasi tinggi, jadi agak kurang munasabah sekiranya pelajar-pelajar tu menipu kan...
Bagaimanapun selepas pelbagai penelitian dibuat, akhirnya kes ni disabitkan sebagai hoax oleh pihak berkuasa zaman tu, dan 200 orang pelajar yang menjadi saksi dikatakan berkhayal dan dengan kata lain dah di brainwashed oleh guru yang dipercayai menyebarkan agama sesat... Wallahualam. 

Untuk baca berita penuh boleh klik link ini


PENGALAMAN AKU

Actually to be honest, aku seakan percaya pada kejadian ni. Aku tak pasti la dorang menipu atau betul hanyalah khayalan mahupun ajaran sesat, tapi aku sendiri pernah alami kejadian seumpama ini so aku rasa benda ni tak mustahil. 

Kejadian yang benar-benar aku lalui ini terjadi pada tahun 2000, waktu tu aku dalam tingkatan 2. Sebenarnya aku tak pernah ceritakan perkara ni kepada sesiapa pun kecuali suami. Tapi bila suami cerita balik tentang kes 1992 tu barulah terbuka hatiku nak share pengalaman sendiri di sini. 

Kejadian yang aku lalui berlaku sewaktu program perkhemahan Kor Kadet Polis di padang sekolah. Beberapa hari sebelum program ni berlangsung, sekolah kami digemparkan dengan kejadian pelajar asrama sekolah kami (aku tak tinggal di asrama) menyaksikan kalimah suci 'Allah' terbentuk oleh awan di langit. Zaman tu bukannya canggih macam sekarang, boleh snap gambar lepas tu post kat FB kan. 

Waktu aku dengar kisah tu aku rasa takjub sangat! Rasa teringinnyaaa nak tengok juga, kan best kalau time tu aku pun ada kat situ...

Ok, berbalik kepada program perkhemahan kami yang diadakan beberapa hari selepas kejadian misteri di sekolah tu. Untuk pengetahuan, program ni dijalankan selama 3 hari 2 malam. Biasa la kan pada malam kedua pastinya ada acara kebudayaan. Bagi yang tak tau, acara kebudayaan ni adalah waktu di mana peserta perkhemahan perlu membuat persembahan, sambil bertemankan cahaya bulan dan unggun api gitu hehe. 

Usai persembahan kami, aku pun duduklah semula di tempat asal sambil tengok persembahan kawan-kawan. Sambil-sambil tu aku pun lihatlah langit yang cerah pada malam tu. Boleh bayang tak keluasan langit apabila kita duduk di satu padang seluas padang bola tu? Padang ni lagi luas lah sebab padang sekolah kan, so langit kita boleh tengok dengan jelas sebab tiada pokok-pokok atau halangan langsung.

Tengah aku perhatikan tu tiba-tiba aku perasan yang awan-awan di langit sedang bergerak. Walaupun keadaan waktu tu gelap tapi langit malam tu agak cerah dan indah, dan pergerakan awan tu aku boleh nampak dengan jelas.

Apabila awan-awan tu berhenti baru aku perasan... Rupa-rupanya awan-awan tersebut membentuk ayat-ayat dalam bahasa jawi dan mungkin ayat Quran yang agak kurang jelas untuk aku baca disebabkan keluasan langit, bentuk awan yang kurang sharp (tapi masih boleh dilihat bentuknya secara kasar) dan kepantasan awan-awan tu bergerak membentuk tulisan lain! SubhanAllah! Allahuakbar!

Perkara tu terjadi berulang-ulang kali. Setiap kali awan-awan tu bergerak ia akan berhenti sekejap untuk membentuk ayat lain! Kemain aku gosok mata nak pastikan apa yang aku lihat waktu tu bukan mimpi, tapi ternyata benar. 

Aku bagitau rakan-rakan, tapi dorang cuma melihat sekilas pandang, dan lepas tu buat tak tau. Seolah-olahnya seperti hanya aku seorang yang nampak kejadian yang berlaku beberapa minit itu. Sambil melihat kebesaran Allah, aku nantikan juga sekiranya awan-awan tu akan membentuk kalimah suci Allah, tapi sehingga ianya berakhir aku tak nampak kalimah tu. 

Walaubagaimanapun aku sangat bersyukur diberi peluang untuk melihat kejadian ini yang ku pasti merupakan satu tanda kebesaran Allah. Sebelum tu aku teringin sangat nak lihat kejadian awan membentuk kalimah-kalimah suci ni dan Alhamdulillah Allah makbulkan. Aku cuma terkilan sebab tak sempat nak baca ayat-ayat yang ku nampak, dan tak terfikir langsung nak rakam pakai kamera kodak waktu tu... Namun begitu aku akan ingat kejadian ini sampai bila-bila, SubhanAllah, Alhamdulillah...

Maka apabila ku renung kembali kisah pada tahun 1992 tu, bagi aku ianya tak mustahil berlaku, apatah lagi yang menyaksikan kejadian tu merupakan sekumpulan pelajar sekolah agama yang aku pasti ilmu agama dorang lebih mantap daripada aku yang banyak kekhilafan ni. 

A117
Sumber: Surah.my
Maksudnya: 'Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia.' [Al Baqarah, ayat 117]

Kepada mereka yang suka pertikaikan logik sesuatu kejadian aneh seperti ini, aku cuma sekadar nak ingatkan:

Ilmu Allah tak pernah logik. Dalam hukum Allah 2+2 tak semestinya 4. 
Dalam hukum Allah, boleh jadi 2+2 = 6, 8 atau 10 sekalipun kerana ilmu Allah bukanlah bersandarkan logik semata-mata... Wallahualam.

Ulasan