Wefie dan Menang RM10,000 dengan Jus Hidayah Gold oleh Seraimas Herbs!!

Seronok tak kalau ada orang bagi kita 2 ketul goldbar bernilai RM10,000 hanya dengan ber-wefie Raya? 

GAMBAR SEKADAR CONTOH je hehe. Tak boleh edit macam ni tau, pihak Seraimas boleh cek pembelian Jus Hidayah Gold melalui QR Code yang tertera di kotak.
Apa yang korang akan buat dengan duit tu nanti?

Jual? Simpan? Bagi mak ayah? Pergi umrah? Beli rumah? Beli kereta? Mulakan perniagaan? Bercuti? Bayar hutang?... Wow, macam-macam boleh dibuat dengan duit banyak tu... Tapi siapa pula yang nak bagi tu?

Siapa lagi kalau bukan Seraimas!

Tahukah anda Seraimas kini sedang mengadakan contest WEFIE RAYA JUS HIDAYAH GOLD yang menjanjikan hadiah bernilai RM10,000 beserta peluang untuk beramah mesra dengan dutanya, Imam Muda Asyraf... Wahhh best ke best?


Kepada pelanggan tetap Jus Hidayah Gold, ini adalah peluang terbaik untuk sertai peraduan ni, Selain mendapat manfaat herba alam semulajadi yang terdapat dalam Jus Hidayah Gold, boleh jadi anda juga bakal mendapat duit Raya!

Kepada kaki selfie, wefie, instafamous dan seangkatan dengannya, bolehlah ambil peluang ini untuk menggunakan kreativiti anda untuk merebut hadiah yang lumayan ni! Yang bukan kaki selfie pun tak salah mencuba, mana tau rezeki Raya kan :)

Tapi sebelum wefie kenalah dapatkan Jus Hidayah Gold dulu di:-

1- Toko-toko jamu berhampiran
2- www.seraimas.my
3- Facebook Seraimas HQ

Tangkap gambar banyak-banyak tau, sebab anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang dikehendaki, dengan syarat setiap penyertaan mesti mempunyai gambar kotak produk Jus Hidayah Gold sebagai bukti pembelian. Mudah je kan?

CARA PENYERTAAN:
1- Beli Jus Hidayah Gold

2- Peserta perlu bergambar beramai-ramai (“wefie”) bersertakan Jus Hidayah Gold sebagai bukti. Pemenang dalam peraduan ini akan dipilih berdasarkan gaya yang paling kreatif. Pemilihan pemenang dibuat oleh pihak juri yang dilantik.

3- Muat turun aplikasi QR reader di App Store atau Play Store dan scan QR code yang tertera di kotak Jus Hidayah Gold.

4- Isi butiran lanjut dan masukkan “original code”. Ikut langkah seperti yang tertera di laman sesawang www.seraimas.my

5- Masukan slogan “Saya sertai peraduan Wefie Raya Jus Hidayah Gold kerana......... Ayat tidak boleh melebihi 50 patah perkataan. 

6- Muat naik gambar wefie raya anda di platform yang disediakan. Dengan memuatnaik gambar di platform ini anda telah mengakui bahawa:
- Gambar adalah milik anda 
- Tiada sebarang pelanggaran hak cipta atau seumpamanya 
- Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap gambar dan maklumat yang dimuatnaik 
- Membenarkan pihak penganjur menggunakan atau menyiarkan gambar anda di sebarang media bagi tujuan pengiklanan dan promosi produk Seraimas. 

7- Untuk anda berpeluang memenangi hadiah, penyertaan anda mestilah diterima pada hari akhir tempoh peraduan. Semua penyertaan yang diterima di luar tempoh peraduan tidak akan dilayan. 

8- Dengan menyertai peraduan ini, anda adalah dengan ini dianggap telah menerima dan bersetuju dengan terma dan syarat Peraduan #WefieRayaJusHidayahGold. Sila klik link ini.

PENTING
Tarikh Tutup Penyertaan: 17/5/2018 sehingga 1/7/2018 jam 10 malam. 
Tarikh pemenang diumumkan: 1/7/2018 melalui Facebook Seraimas HQ.


HADIAH

Hadiah bernilai RM 10,000.00 bakal dimenangi dan anda berpeluang untuk beramah mesra di rumah terbuka Hari Raya bersama Imam Muda Asyraf dan keluarga Seraimas bersama pasangan di (maklumat mengenai lokasi, masa dan tarikh akan diberitahu kemudian).

Seramai 5 orang pemenang akan dipilih. Berikut adalah hadiah-hadiah yang disediakan untuk para pemenang:
Tempat Pertama:
Gold Bar (20g) + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas
Tempat Ke-2:
Gold Bar (10g) + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas
Tempat Ke-3 sehingga ke 5:
1 dinar emas + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas


JUS HIDAYAH GOLD - Jus herba alam semulajadi
Perasan tak, orang tua-tua biasanya mengamalkan macam-macam petua menggunakan bahan alam semulajadi dan makanan sunnah untuk kesihatan luar dan dalaman, membekalkan tenaga serta mengekalkan awet muda? 
Antara herba dan makanan sunnah yang diketahui umum mengandungi banyak khasiat perubatan adalah seperti:
  • Madu
  • Buah Tin
  • Kismis
  • Kurma Merah
  • Apricot
  • Delima
  • Lada Pintal
  • Cengkih
  • Kunyit
  • Buah Pala
  • Senduduk Putih
  • Mahkota Dewa
  • Habbatus Sauda
  • Mengkudu
  • Teja Lawang dan sebagainya
Dalam kesibukan kita menguruskan diri dan keluarga di zaman serba moden ni, agak sukar untuk kita berkesempatan mengamalkan kesemua herba yang diamalkan oleh nenek moyang kita. 
So cuba korang bayangkan dengan hanya mengambil Jus Hidayah Gold, korang mendapat khasiat daripada gabungan 23 jenis herba (termasuk kesemua yang di atas), menjadikan Jus Hidayah Gold minuman kesihatan yang semestinya bermutu tinggi dan of course, maintenance diri menjadi lebih mudah!

Mencegah itu lebih baik daripada merawat. Maka adalah tidak mustahil sekiranya Jus Hidayah Gold mampu mencegah pelbagai penyakit, menyihatkan badan dan mengembalikan keseimbangan sistem tubuh badan sekiranya diamalkan setiap hari dan dijadikan rutin harian. 


‘LEBIH KUAT, LEBIH CERGAS, LEBIH BERAMAL’- Imam Muda Asyraf

Duta yang dilantik oleh Seraimas juga bukan calang-calang orangnya. Jangan tak tau, Imam Muda Asyraf yang merupakan juara musim pertama Imam Muda keluaran Astro Oasis ni lah salah seorang idolaku hehe. Sampakan tesis master dulu pun buat berkenaan Imam Muda, punya berkenan sungguh tu kan! Suka tengok Imam Muda Asyraf berbicara, lembut dan sopan je penyampaiannya tapi kelakar boleh tahan.

Selaku duta, Imam Muda Asyraf juga boleh ditonton di program bual bicara, Hidayah Talk. Program yang berlangsung tiga kali dalam sebulan ini ditayangkan melalui laman Facebook Seraimas HQ  dan mengupas topik-topik semasa tentang kekeluargaan dan pentingnya kesihatan.


SERAIMAS HERBS - From zero to hero
Dalam kita menilai sesuatu produk tu, dah tentu kita nak tau juga siapakah gerangan pengasas produk ni kan? 

Datin Hajjah Sunita Bibi (kiri) merupakan pengasas yang juga Pengarah Urusan Syarikat Serai Mas Herbs Sdn Bhd ditubuhkan pada 2005.

Perjalanan Serai Mas Herbs Trading bermula daripada sebuah kedai jamu milik Datin Hajjah Sunita Bibi yang ketika itu menjadi stokis untuk satu produk tempatan syarikat lain. Beliau nekad untuk membina empayarnya sendiri selepas dia ditipu dan ditikam belakang oleh syarikat terbabit. Seiring dengan cita-citanya semenjak kecil yang mahu menubuhkan perniagaan sendiri, tanpa ragu beliau mengeluarkan produk kesihatannya sendiri. Walaupun ketika itu beliau kurang arif dengan ilmu dalam bidang jualan dan pemasaran, namun atas nekad dan sokongan daripada suaminya, beliau yakin bahawa syarikatnya pasti akan berjaya suatu hari nanti.

Datin Hajjah Sunita Bibi tidak mempunyai pendidikan tinggi dan mempunyai latar belakang dari keluarga yang porak peranda, namun beliau berjaya menepis segala tomahan masyarakat yang suatu ketika dahulu mengejinya dan berjaya menubuhkan syarikat sendiri hasil titik peluhnya itu. 

Seraimas bermula dengan produk khas untuk kaum wanita seperti Losyen Terapi Anggun Dan Dara Mas Cucian Wanita, Serai Mas Herb serta Astanita Collagen Skinz dan C'Bidadari Juice Khas yang dirumus khas untuk kecantikan luaran dan dalaman wanita.

Seraimas kemudiannya meluaskan perniagaan dengan memperkenalkan produk lain seperti Jus Hidayah, Kismis Hidayah, Raudhah Energy Drink, Rest Slimm Mango Drink dan Bengkung Puteri Mas.

Inspirational sungguh kisah penubuhan Seraimas Herbs ni kan? Orang kata, hendak seribu daya. Tak hendak seribu dalih.
______

Sekiranya korang ada sebarang kemusykilan, atau nak tau lebih lanjut berkenaan peraduan Wefie Jus Hidayah Gold atau produk lain keluaran Seraimas, sila kunjungi laman web, Facebook dan Instagram Seraimas di link berikut:

Facebook: Seraimas HQ
Instagram: @seraimashq
Youtube: Seraimas Herbs
No telefon: +6012 7848364

Comments

  1. Wah, menariknya! Boleh cuba juga nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya marilah kita! Kalau menang jgn lupa belanja :)

      Delete
  2. kagum dengan kandungan bahan yg ada dlm jus hidayah ni..mesti kena cuba

    ReplyDelete
  3. Wefie ramai² xde la segan kan.. hehe.. menarik contest die

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi betul jgk. Boleh pakat ramai-ramai buat pose kreatif

      Delete
  4. hadiah dia menariklah... rugi plak rasa xjoin kan.... jom wefieeee!!

    ReplyDelete
  5. nak menang senang cuma wefie dengan slogan ... jangan lupa beli jus hidayah gold tau

    ReplyDelete
  6. bestnye hadiah dia !! memang wajib join ni.. mana la tau rezeki kan.. hee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Rezeki tak pernah salah alamat :)

      Delete
  7. senang sangat contest gini. Ber'wefie'je boleh menang. Harap dapat menang la... eem kena pergi cari jus tu dulu apa2 pon... kan? kang x valid plak nnt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kena beli dulu Jus Hidayah Gold. Dah beli baru wefie, gittewww

      Delete
  8. Nak beli lah jus hidayah gold ni. Banyak khasiat. Baik diamalkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Ada rezeki lebih elok jgk bagi mak ayah ni kan

      Delete
  9. mak aih gambar tu dah ada lah satu melekat jus hidayah gold, wah kalau join good luck gambateh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi tu edit je tu nak bagi bayangan siap2 :)

      Delete
  10. bagus la company seraimas ni buat contest mcm ni.. hadiah plak lumayan.. sapa tak join rugikkk

    ReplyDelete
  11. Jom jaga kesihatan sambil join contes

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jaga kesihatan sambil menang wang besar :)

      Delete
  12. beruntung sapa yang menang, kena dapatkan juga ni jus hidayah . mana tau rezeki last minit. bagus ni kalau amalkan badan pun sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kesihatan tu sendiri satu niklmat yg perlu dijaga. Kot dapat wang besar dah berganda-ganda nikmat hehe

      Delete
  13. Sempat ke idok nak join ni. Ade 2 hari je lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sempat InsyaAllah, chaiyok chaiyok!!

      Delete
  14. Wowww lumayan hadiah yang disediakan. Kalau menang untung sangat ni lepas raya. Hehehehe jus ni pun memang bagus untuk kesihatan.. jom join. Sempat lg ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sempat! Gi beli Jus Hidayah Gold cepat!!! hehe

      Delete
  15. Best nya hadiah ..!!! boleh memang gold bar..harap2 sempat nk join

    ReplyDelete
  16. Mudah betul nak join. Wefie je boleh menang 20g gold bar. Sape nak bagi kan. Sempat lagi join nie. Nak join lah !

    ReplyDelete

Post a Comment