REPOST- Sesi Newborn Photoshoot DIY Baby Safiya

*Repost artikel 2017 ni sebab baru dapat edit semula gambar-gambarnya...
 

Nak #balingbelakang sikit pasal photoshoot yang kami buat sendiri (DIY) untuk Safiya Imani. Kami buat ni waktu dia berusia 32 hari (2016), so sangatla menguji keimanan MasyaAllah gitu...

Aku plan nak buat sendiri ni sejak preggy dulu lagi. Terlebih rajin konon nak buat props sendiri sudahnya tak pakai sangat pun lalalaalaa. Pastu harga newborn photography pun boleh tahan eh, tu yang aku rasa macam eh nak try jadi kreatif la jugak kan, kot hasil tu kevavoom hihi. Tak, bukan kedekut. Tapi aku memang sejenis suka buat benda-benda DIY ni, satu kepuasan untuk diri sendiri sebenarnya.

Tapi kan.. Emmm.. Dah buat tu baru rasa.. eh apsal susah sangat ni? Haaa padan muka aku 😂
Susah sebab anak aku yang sorang ni sangatlah kuat nangis. Sejak hari pertama keluar perut memang hobi di masa lapang dia adalah menangis. Dah la tempat kitorang pilih untuk photoshoot tu panas (rumah baru otw nak pindah, kipas belum ada. Aircond tak boleh function, elektrik pun belum ada). Harapkan kipas duduk dan angin dari luar je la. Lampu pun takde, kitorang memang rely 100% on cahaya matahari dari luar. Tapi don't worry, kami pastikan baby dalam keadaan selesa, cuma tu la. Dia memang kuat nangessss 😂

Berikut bahan-bahan yang kami pakai:


PROPS (8 items):-
- Bantal bulat gebu: RM50 (Jusco)
- Selimut kecik berbulu: RM5 (Daiso)
- Bantal baby elephant lembut: RM28 (Shopee)
- Benang tebal (wool yarn): anggaran RM6 (kedai bunga / kedai alat tulis)
- Papan hitam kecik: RM5 (Daiso)
- Paip PVC (ukuran rujuk gambar di bawah): anggaran RM20 (hardware)
Kain hitam: anggaran RM10
Kain hitam: anggaran RM10 (kedai kain)
Sepit kecik bercorak: anggaran RM5 (kedai alat tulis)
- Lebihan kain: (dah ada kat rumah)
- Pampers bayi: (dah ada kat rumah)
- 2 jenis selimut gebu: (dah ada kat rumah)

Anggaran kos keseluruhan : RM130

**Semua bahan ni boleh dipakai semula so ok la kan?

UNTUK SI COMEL:
- Headband cecomel  (dah ada kat rumah)
- Bebaju cecomel untuk dipakaikan sekiranya perlu. Untuk Safiya kami pakaikan dia pampers je. Tapi lebih lawa sekiranya pakaikan pampers jenis kain yang pakai basuh tu sebab yang tu nampak lebih comel and proper untuk bergambar.
-

Tips aku sebelum memulakan photoshoot ni:
  • Photoshoot macam ni sesuai dibuat ketika bayi masih kecil (ibu dalam pantang) sebab waktu ni bayi banyak tidur dan kurang meragam (kecuali kalau baby korang macam baby aku ni).
  • Pastikan suasana selesa untuk bayi. Pastikan hawa sedikit sejuk supaya bayi tak berpeluh.
  • Mulakan di awal pagi di kawasan yang banyak cahaya matahari pagi untuk mendapatkan lighting yang cantik.
  • Shoot yang paling best dibuat sewaktu baby tidur. Namun demikian lain halnya dengan anak aku, dia tak mau tidur 😅
  • Google gambar-gambar newborn photography untuk mendapat sedikit idea macam mana nak bagi baby pose dan props yang diperlukan untuk photoshoot supaya dapat setel cepat. 

DISCLAIMER: Berhati-hati ketika membentuk posing si comel. Badan dia lembut lagi so kena buat lemah lembut gemalai ok. Dan kalau dia merengek tu cek la diaper ke, tidurkan sekejap atau bagi susu supaya baby bertenang. Wajib ada pembantu agar lebih mudah uruskan anak.

_____________________________________

Buat stand untuk gantung kain yang akan digunakan sebagai background. Kalau tengok stand kami ni macam pelik sikit kan. Haaa yang tu sebab tapak tu orang kedai hardware tersilap potong, so cik abg ikat jela pakai cable tie. Boleh la ek...

Actually stand ni tak perlu buat pun tak apa kalau korang boleh gantung backdrop pakai benda lain (contoh pakai tempat penyidai baju ikea je ke, atau lain-lain). Aku just tunjuk sini apa yang aku pakai sebab dah rajin terbuat pulak dulu.

Setelah digantung selimut yang gebu dan letak bantal kat tengah-tengah tu, maka tercipta la hasil sebegini dengan kos yang tak semengah di atas. Kami pakai kamera Canon DSLR je, selebihnya lebih kepada touch up dan editting pakai Adobe Photoshop.
Ok nak terangkan sikit aku ni tak pandai sangat pun pakai Photoshop, tapi basic editting tu boleh la. Selainnya rujuk tutorial dalam YouTube je, so kalau tak lawa jangan kecam tauuu...

Imej belakang tabir. 
Backdrop tu pakai kertas tisu yang dibuat bunga dan digantung pada jaring tapi sudahnya tak pakai pun sebab banyak bunga diperlukan untuk tutup lompong-lompong tu😂.


HASIL PHOTOSHOOT SELAMA 3 JAM

Sebelum & Selepas

         newborn photoshoot


  


  
              gambar bayi

yaniepedia


 
           photoshoot baby




diy photoshoot


Dan yang bawah ni antara gambar-gambar yang memerlukan lebih masa untuk di edit sebab memerlukan lebih banyak kerja-kerja pembetulan. Almaklumlaaa, props dan kamera pun ala kadar 😬







kids portraiture

Ermm... ok yang ni kelakor hahaha. Gambar first tu adalah gambar original, muka baby mencebik. Sebab nak dapatkan muka dua orang budak ni dalam keadaan senonoh, maka terpaksa la aku tampal muka yang kecik tu dengan gambar lain yang muka comey sikit. 
Dahlah maknye tak reti nak balut baby, tu yang asal boleh je hasilnya😂
Boleh la ye, takat nak print simpan dalam album buat kenang-kenangan untuk digelakkan budak-budak ni di masa akan datang kan 😂


Yang ni my personal favorites:






Behind the scenes:



Behind the scenes dia memang comot 😅. Dengan baby dok mencakar diri sendiri, berpeluh-peluh, menangis tak berhenti, tak selesa, berak kencing etc etc. Adoii hati memang kena kental la sepanjang photoshoot ni, sebab tu professional photographer untuk newborn ni layak dibayar dengan bayaran yang setimpal. It's hardwork ok! Salute to all newborn photographers :)

Ulasan

Catat Komen