Pengalaman Temuduga Tenaga Pengajar Muda 2016

Sebulan selepas selesai menghadap exam TOEFL (hadap exam sehari selepas keguguran), yang result nya agak mengecewakan (kurang 3 point daripada min yang diperlukan Cardiff-- aku explain pasal kes keguguran tu pun dorang tak mau accept 😭), aku dapat email daripada UiTM untuk menghadiri temuduga Tenaga Pengajar Muda. 

Punyalah excited sebab tahun sebelum ni aku ada jugak apply tapi hampa sebab langsung tak dapat sebarang respon. Tup tup dah setahun penantian aku. Aku rasa ada sedikit perbezaan dalam application kali ini sebab tu aku dipanggil kot. Antaranya:

- Aku tukar tajuk proposal. Buat lebih proper dan lebih relevan
- Aku apply awal sikit tahun ni, tahun lepas apply on last day hehe
- Aku dah dapat offer letter daripada universiti (selain Cardiff)
- Tahun ni ada beberapa subject baru yang di offer oleh fakulti. Mungkin kat situ diorang perlukan lebih ramai pensyarah.


So dipendekkan cerita yang tak berapa pendek ni aku cuma ada 2 hari untuk


persediaan menghadapi temuduga sebab waktu aku terima email, aku sedang bercuti di kampung (takde line internet). Sesampai di rumah baru aku tau yang aku perlu sediakan slides berkenaan tajuk proposal aku untuk Mock Teaching di hadapan para panels nanti.

Apa lagi, dah macam orang gila jugak aku siapkan slides sehari sebelum interview sebab aku pun dah naik lupa tajuk proposal aku nih hehehe. Lama sangat dah simpan, mana tak lupa.

Waktu sampai ke fakulti on the day, kami calon TPM diminta tunggu di satu ruang bacaan yang mana aku tengok. Hurrrmmm… boleh tahan jugak ramai calon nih. Hebat-hebat belaka pulak tu kalau nak banding dengan aku yang tak seberapa ni huhu… Sorang minah yang aku ajak borak ni abang dia kat Oxford, kakak dia on the way ke Leeds, dan dia sendiri aim nak ke UK. Sorang calon ni pulak dah memang pensyarah, dan tentu-tentu terer bercakap ye dak?

Ok, nak pendekkan lagi cerita. Kami semua diberikan kumpulan mengikut tajuk masing-masing. Dan calon interview pulak dipanggil secara berkumpulan, yang mana aku dimasukkan dalam kumpulan 4. Bagai nak rak buat slides kan, sekali waktu interview depa takmo tengok pun slides kami. Maybe sebab ramai sangat kot, diorang pun tak lalu nak tengok kihkihkihhh (ketawa dalam tangisan). 

Waktu dalam sesi interview tu kami semua ditanya soalan yang sama mengikut turutan. Ok, kat sini aku bersyukur sangat-sangat sebab jadi orang ke-4 sebab apa-apa soalan dia akan tanya pada calon pertama dulu, diikuti calon kedua dan seterusnya. So bila soalan diajukan pada calon 1st tu, kami yang lain pun ready siap-siap jawapan kepada soalan tersebut. Oh ya, kami semua merupakan calon TPM untuk subjek Technology Development of New Media (Fakulti Komunikasi & Pengajian Media), oleh itu soalan-soalan yang ditanya adalah seperti berikut:


1) Why are you here?
  • Jawapan soalan ni aku dah ready sebelum attend interview lagi hasil Google search soalan calon-calon TPM sebelum ni


2) Tell us briefly about your proposal.
  • Bab ni aku rasa selain introduction, paling penting sekali kena explain juga kepentingan proposal kita tu.
  • Disebabkan aku lupa nak print slides aku & slides pun tak diperlukan sewaktu pembentangan, makanya aku baca je serba sedikit slides aku dalam Surface pro macam baca buku. Tu yang best pakai Surface pro ni sebab tak nampak macam laptop sangat kan. Sebelum interview ready bukak siap-siap, jangan la pulak pi bukak time tengah bercakap dalam interview session, nampak biadab pulak kan hihi. 


3) What do you think will happen to the media technology in 10 years?
  • Sebelum tu ada calon group sebelum kami yang dah reveal soalan ni so kitorang pun agak dah bersedia nak menghadapi soalan ni.
  • Untuk soalan ni aku sebut tentang education, business growth, technology hologram, etc (3 benda ni je aku huraikan waktu interview sebab nak cakap benda-benda lain semua dah disebut oleh calon-calon lain).


4) Any questions? (soalan terakhir)
  • Memandangkan semua senyap aku pun tanyalah soalan. Tanyalah apa-apa pun, janji tanya sebab aku pernah terbaca dalam tips temuduga: Di akhir temuduga tu penting untuk kita bertanya sebagai cara untuk menunjuk minat kita terhadap kerja yang ditawarkan.

Sebelum tu kami diberitahu yang dalam 5 orang calon dalam group kami tu, cuma 2 orang je yang proposalnya menepati apa yang diorang nak. Proposal aku tak termasuk sebab aku buat lebih kepada kesan technology sedangkan yang diorang nak adalah proposal berkenaan technology itu sendiri seperti iphone, etc.

Kat situ aku ada rasa down sikit tapi aku percaya pada takdir & rezeki Allah. Baru-baru ni terdengar sesi motivasi dalam IKIM.fm kata ustaz tu:

"Lepas kita dah usaha, jangan letakkan usaha kita itu sebagai penyebab kejayaan /kegagalan kita. Serahkan semuanya kepada Allah (sebab tu semua kerja Allah)," lebih kurang macam tu la yang aku dengar.

So akhir kata, aku dah berusaha, sekarang aku hanya berdoa dan berserah je la untuk TPM ni. Kalau ada rezeki aku tak ke mana. Kalau lain jawapannya maka aku redha dan teruskan usaha, tu yang terbaik buat masa ni.

Dengar khabar, jawapan dalam masa 3 bulan tapi tak pasti.


Semoga post kali ini bermanfaat & memberi sedikit gambaran tentang temuduga TPM. 

Doakan lah moga aku lulus ye =)

JazakAllahu khairan katheeran. 

*************************************

Latest update: 


Aku dah dipanggil ke 2nd interview dalam 3 bulan selepas 1st interview ni. Memang happy sangat sebab harapan tu macam dah tinggi kan. 2nd interview ni aku citer briefly jela ye.


Kalini TPM buat lain sikit. Buat 2 kali interview, tanpa sebarang teaching aids. 2nd interview ni solely untuk berkenalan dengan calon sahaja, kami tak perlu buat-buat mengajar macam calon-calon sebelum ni buat.


So hadirlah aku pada pagi yang indah itu dengan calitan make-up and tudung lilit-lilit sikit dengan harapan dapat menyerlah, hahaha. Masuk ke dalam dewan, semua calon mewakili fakulti masing-masing dah ada dalam tu, masing-masing dok menelaah lagi sebagai persediaan interview jap lagi. Uiissshh, semua kompiden aku tengok. Almaklumlaaa... Dah 2nd interview, takkan fail pulak ye dak? At least that's what I thought hehehe.


Calon PhD fakulti aku dipanggil untuk interview agak awal juga la. Dalam jam 10am camtu. Terkejut mak, calon 3 orang je termasuk aku. So makin menggunung la harapan tu kan hihi. 


Masuk bilik interview, dia tanya soalan-soalan peribadi. Contoh: 

Dah kahwin belum? Anak berapa? Suami keje apa? Offer study dah dapat ke belum? Nak study kat mana & kenapa? Paling susah dia tanya kalau dapat TPM ni apa sumbangan yang kita akan sumbangkan untuk UiTM? Dan apa peranan pensyarah? Etc etc. 

Tips aku untuk yang ni: BE CONFIDENT


Nak bagi tips lebih-lebih pun aku tak boleh nak bagi sebab aku GAGAL 
pada interview kalini huhu (not really gagal la, dalam surat dia tulis 'Terpilih Sebagai Calon Simpanan'. Agak frust menonggeng la sebab tu aku malas nak update heee.. Lagipun aku sarat baru-baru ni so memang takde mood langsung nak hadap blog. La ni dah bersalin baru ada kekuatan sikit. 


Anyway, aku pun tak sure siapakah gerangannya manusia bertuah yang terpilih di antara kami bertiga hari tu. Bagi aku semua calon TPM awesome awesome belaka. Semua boleh bercakap, mostly dah memang lecturer dah pun, ada keje bagus. Seriously cakap, negara kita punyai ramai talents cumanya kekangan dari segi budget & scholarship sahaja yang membantutkan usaha talents kita. Dan dengan terkuburnya harapan aku nak dapatkan TPM ni, maka sedikit sebanyak harapan aku nak menyumbang ilmu pada generasi muda agak terkesan sedikit. 


I don't know... Selain maybe ada tersilap cakap ke apa time interview tu, maybe jugak aku gagal sebab aku tunjuk sangat keinginan nak belajar kat oversea tu. Sebab aku dengar dengar start tahun ni budget TPM semua hanyalah untuk study locally. Yang mana dapat offer study abroad pun diminta untuk apply semula universiti, tapi universiti tempatan sahaja. Budget ke oversea dah takde. In fact, aku rasa pengambilan calon TPM kalini pun agak sedikit. Bayangkan, subject baru yang nak diperkenalkan ada dalam 5, 6 subjects tapi dorang hanya nak ambil sorang je, out of thousands yang apply. Masuk 2nd interview hari tu pun aku rasa dorang boleh je ambil kami bertiga, tapi tula. As I mentioned earlier, ramai sok sek sok sek yang mengatakan benda ni ada kaitan dengan pengurangan budget... Selain tu, rezeki pun memainkan peranan juga kan. Adala hikmahnya tu aku tak dapat :')


So kepada adik-adik yang membaca, satu je aku nak pesan: Kehidupan di Malaysia semakin mencabar. Maka BERTABAHLAH!

Ulasan

  1. Setuju, kak Yanie.. sob2..huhu. Terima kasih kongsi ilmu. Minta halal ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila. Sila. Moga bermanfaat hendaknya :)

      Padam
  2. may I know bila TPM buka setiap tahun. thank you :) email me for the onfo please

    nurhazirahahmadrazi@gmail.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi dear, usually TPM application opens every mid year starting from Aug-Oct if I'm not mistaken. Like this page: https://www.facebook.com/Tenaga-Pengajar-Muda

      They will announce the opening of TPM every year.

      Padam

Catat Ulasan